Tahu tak mentarang tu apa, pernah dengar... pernah tengok... pernah pegang? Tak pernah... ish..ish kecian.. ^^ Mentarang itu sejenis hidupan laut yang bercengkerang & habitatnya dalam lumpur, sepupu dia yang paling glamour adalah kerang.. Jom berkenalan... ni la rupa paras mentarang..
Hidup lagi ni, tengak aje lah saiznya besar mana. Kalau nak cari mentarang ni kena pakai sarung tangan sebab muncung depannya tajam, silap-silap haribulan boleh terbelah jari O.o"
Jom tengok macam mana cara nak mengopek mentarang ni... Boleh jugak rebus dulu macam rebus kerang kemudian baru keluarkan isinya tapi rasanya kurang power la berbanding dimasak fresh..
Nampak tak anak panah tu, kena kopek/cabut kepingan tu dulu baru boleh bukak mentarang ni, kira macam kunci la..
Bila dah buang kepingan tu baru la boleh kopek..
Tadaa... isi mentarang yang masih segar...
Jangan lupa buang dua keping benda keras 'gigi' dalam isi mentarang ni.. Saiz macam duit syiling 5sen.. benda tu tak boleh makan..
Ni la tokey gerainya... Makcik ni siap-siap tolong kopekkan.. Almaklum ajelah, kali pertama beli.. sebelum ni tengok je tak pernah makan.. Tapi kalau datang time weekdays boleh la makcik ni tolong kopekkan kalau weekend memang tak dapat la sebab orang ramai.. Bila dah tengok demo, lepas ni boleh la kopek sendiri.. very easy (^^,)v
Masa datang gerai ni takde pelanggan so boleh la tanya itu ini. Menurut makcik ni mentarang boleh dimasak tomyam, kari dan sambal. Saya try masak tomyam, memang yummy sampai gambar pun lupa nak capture... ehehehe... Oh ya, lokasi gerai ni kat Pantai Remis, Selangor... bukan Pantai Remis, Perak tau.. Jaraknya cuma 5 minit je dari Restoran Ikan Bakar Pantai Jeram...
mentarang ni kat area jalan dari sekinchan ke sg besar pun ada jual tepi2 jalan..huhu ^^
ReplyDeleteJungRara : memang kawasan dia la tu... dkt dgn laut.. yg duduk jauh dr laut ni, silap2 aribulan mentarang pun tak pernah dengar ^___^
ReplyDeleteThanks Mira, ya memang saya tak pernah dengar nama mentarang ni. Last Saturday jalan2 ke KL lalu ikut Sg Besar, Sekinchan, nampak le tulisan2 sini ada jual mentarang, pastu nampak lagi sini ada jual mentarang bakar pulak pastu ada mentarang rebus la pulak, hahaha... puas fikir fikir dgn hubby apa mentarang tu. Thanks Mira for your info n photos on mentarang.
ReplyDelete