Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket
Showing posts with label recipe's. Show all posts
Showing posts with label recipe's. Show all posts

Tuesday, February 26, 2013

[Resepi] Spaghetti Aglio Olio

Ini antara makanan Itali yang paling mudah, sedap & cepat *kepada yang tak suka western food mmg sampi bila-bila la tak sedap*

Bahan-bahan :

1) Spaghetti (ikut suka nak banyak mana)
2) Seafood (sotong, udang & kupang/kepah)
3) Seulas bawang putih
4) Sedikit minyak olive oil / soya/ jagung
5) 1 s/b daun parsli
6) 1 s/b oregano 
7) 1 s/k cili besar dicincang
8) 1 s/k serbuk lada hitam
9) 1/2 @ 1 kiub pati ayam

Cara-cara :
1. Panaskan air & rebus spaghetti selama 10 minit @ hingga lembut.
2. Rebuskan seafood hingga hampir masak.. Air rebusan jangan buang.
3. Panaskan munyak untuk menumis.
4. Masukkan bawang putih, kacau hingga layu. *Jangan bagi hangus* 
5. Masukkan sesenduk air rebusan seafood tadi.
6. Masukkan parsli, oregano, serbuk lada hitam, cili besar & kiub pati ayam.
7. Masukkan spaghetti, masukkan seafood & kacau rata.
8. Sedia untuk dihidang.

p/s : 
a) Mungkin ada yang tertanya-tanya, daun parsli tu apa?... Jawapannya daun sup..
b) Semua bahan-bahan adalah tertakluk kepada berapa banyak spaghetti yang ingin dimasak.

Selamat Mencuba...
Ciao (*^^,)/


Wednesday, January 9, 2013

[Resepi] Sotong Tumis Bersos Tiram



Bahan-bahan :-
1/2 kg sotong saiz sederhana (dibersihkan)
5 batang kacang panjang (dipotong 1 inci)
1 labu bawang besar (hiris halus)
1 biji cili besar (hiris serong)
4 sudu makan sos tiram
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukupnya
Air secukupnya
Minyak untuk menumis 

Cara Membuatnya :
1) Gaul sotong dengan serbuk kunyit. 
2) Panaskan minyak, masukkan sotong yang telah digaul & kacau hingga nampak layu.
3) Masukkan garam & sos tiram. Kacau hingga rata.
4) Masukkan bawang, cili besar & kacang panjang. Kacau seketika.
5) Masukkan air ikut kesukaan. Jika suka berkuah masukkan lebih air.
6) Pastikan rasa seimbang, angkat & hidang.

Tips : Sila rasa dulu sebelum letak garam sebab sos tiram dah rasa sedikit masin. Tapi kalau dah termasin tu, masukkan secubit gula.. 

Simple tapi lazat ^^

[Resepi] Ketupat Sotong



Bahan-bahannya :
5 ekor sotong saiz besar (bersihkan)
80gm pulut (bersih & toskan)
450ml santan
2 senduk gula merah (cairkan & tapis)
Campur sedikit gula pasir
1 helai daun pandan (simpul)
Garam secukup rasa
Lidi penyucuk

Cara Membuatnya :
1) Masukkan pulut kedalam sotong, jangan terlalu padat kang takde ruang nak mengembang pulutnya.
2) Semat kepala sotong dengan lidi bagi mengelakkan pulut terkeluar semasa proses memasak.
3) Susun sotong kedalam periuk.
4) Masukkan santan, gula merah, garam dan daun pandan.
5) Tutup periuk dan masak menggunakan api yang perlahan selama lebih kurang 1 jam.
6) Perlu dikacau sekali sekala.

Tips :- 
a) Boleh lebihkan gula jika suka rasa yang lebih manis.  
b) Lebihan kuah yang ada boleh dimakan dengan pulut kukus.

Masak Dari Hati, Masak Dengan Iman... macam pernah dengar ekk (^o^)v
Selamat Mencuba..~

Friday, May 25, 2012

[Resepi] Kari Sotong aka Sotong Berempah

Kari sotong tanpa menggunakan santan
Bahan-bahan A (hiris) :
a) 1 biji bawang besar
b) 2 ulas bawang putih
c) 1 inci halia
d) 2 tangkai daun kari


Bahan-bahan B :
a) 10 ekor sotong saiz sederhana
b) 4 sudu makan rempah kari ikan
c) 1 biji tomato
d) Minyak untuk menumis
e) Garam secukupnya
f) Air secukupnya


Cara membuatnya :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris hingga nauk bau.
2. Masukkan rempah kari ikan dan kacau hingga garing.
3. Masukkan sotong, kacau hingga layu kemudian masukkan air, tomato dan garam secukupnya.
4. Biarkan mendidih seketika dan sedia untuk dihidang.


Tips : Kalau letak lebih kuah jadi la kari sotong tapi kalau tak berkuah jadi la sotong berempah. Tapi kali ni saya buat berkuah.

[Resepi] Asam Pedas Ayam Berserai


Bahan-bahan A (kisar)
a) Cili kering
b) Bawang putih
c) Bawang besar
d) Halia

Bahan-bahan B 
a) Ayam dibersihkan
b) 1 batang serai
c) Daun kesum
d) 1 biji tomato
e) 1 cawan air asam jawa
f) Air secukupnya
g) Garam secukupnya
h) Minyak untuk menumis

Cara menbuatnya :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga garing.
2. Masukkan ayam, serai dan gaul seketika kemudian masukkan air asam dan air yang mencukupi.
3. Biarkan hingga ayam empuk.
4. Masukkan tomato, daun kesum & garam. Biarkan hingga kuah agak pekat dan pecah minyak.
5. Sedia untuk dihidang.

A/N : Ni resepi asam peda guna serai tapi secara peribadi saya lebih suka asam pedas Melaka yang tak pakai serai. Tepuk dada tanya selera ^_________^ 

Wednesday, May 9, 2012

[Resepi] Telur Masak Kicap


 Bahan-bahan :
a) 4 biji telur (digoreng mata)
b) 1 biji bawang besar (potong bulat)
c) 1 biji cili besar merah (hiris serong)
d) 1/2 cawan kicap masin
e) 1 sudu sos tomato
f) Daun sup/daun bawang (hiasan)
g) Minyak untuk menggoreng/menumis

Cara memasak :
1. Panaskan minyak dan tumis cili & bawang besar hingga naik bau.
2. Masukkan kicap & sos tomato. 
3. Apabila mendidih masukkan daun sup/daun bawang.
4. Sedia dihidang.


Tips : Kalau nak lebih pedas, boleh letak 1@2 sudu cili boh/kisar semasa menumis bawang & cili potong. Tapi pastikan tumis cili kisar dulu. 

[Resepi] Nasi Goreng Saefood


Bahan A :-
a) 6 cawan nasi sejuk
b) Udang *
c) Sotong *
d) Fishball/Fishcake *
e) Lobak merah *
f) Kubis *
g) 1 biji telur
h) Daun bawang (hiasan)
i) Minyak masak (menumis)
j) Garam secukupnya *

Bahan B (Kisar) :-
a) 10 tangkai cili kering
b) 2 ulas bawang putih
c) 1 labu bawang besar
d) 1 batang serai
e) i sudu makan udang kering

Cara memasak :-
1. Panaskan minyak secukupnya & tumis bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan bahan bertanda (*)
3. Masukkan nasi dan kacau rata.
4. Masukkan telur dan kacau rata dengan semua bahan.
5. Angkat & taburkan daun bawang.


Friday, May 4, 2012

[Resepi] Mini Popia Bersira


Bahan-bahan A (Untuk Kulit)
a) Kulit popia secukupnya
b) 1 sudu makan + 1 sudu makan air (dibancuh sebagai gam kulit popia)
c) Minyak masak 

Bahan-bahan B (Untuk Sos)
a) 3 sudu makan cili kisar/boh
b) 2 sudu makan sos cili
c) 1 sudu makan cuka
d) 2 sudu makan gula
e) Minyak masak secukupnya
f) Bijan (optional)

Cara Membuatnya :-
1. Sekeping kulit popia dipotong dua.
2. Gulung longgar & gam dihujungnya dengan bancuhan tepung.
3. Potong menjadi 1 inci setiap satu.
4. Goreng hingga kekuning-kuningan. Angkat & ketepikan.
5. Tumis cili hingga garing. Masukkan sos, cuka, gula, bijan & masak hingga pekat.
6. Masukkan popia & gaul hingga sebati.
7. Angkat & sedia dinikmati.

Saturday, April 21, 2012

[Resepi] Popia Goreng Bersos


Bahan-bahan A (Untuk Kulit)
a) Kulit popia secukupnya
b) 1 sudu makan + 1 sudu makan air (dibancuh sebagai gam kulit popia)
c) Minyak masak 

Bahan-bahan B (Untuk Inti)
a) 1 biji telur
b) 1 batang lobak merah (disagat)
c) 1 cawan taugeh
d) 1 cawan daun kucai (potong 1 inci)
e) 1 labu bawang besar (hiris)
f) 1 ulas bawang putih (hiris)
g) 1 sudu minyak masak
h) 1 biji telur (goreng hancur)
i) Garam secukup rasa

Bahan-bahan C (Untuk Sos)
a) 3 sudu makan cili kisar/boh
b) 2 sudu makan sos cili
c) 1 sudu makan cuka
d) 2 sudu makan gula
e) Minyak masak secukupnya
f) Bijan (optional)

Letak ciput je, kalau banyak-banyak kang debab pulak popianya susah nak gulung...

Sebelum digoreng...

Cara Membuatnya :-
1. Tumis bawang hingga wangi.
2. Masukkan taugeh, kucai dan lobak merah. Goreng hingga layu kemudian masukkan garam & telur hancur.
3. Letak inti diatas kulit popia, gulung & lipat kiri kanan kemudian gam dihujungnya dengan bancuhan tepung.
4. Goreng hingga kekuning-kuningan. Angkat & ketepikan.
5. Tumis cili hingga garing. Masukkan sos, cuka, gula, bijan & masak hingga pekat.
6. Masukkan popia & gaul hingga sebati.
7. Angkat & sedia dinikmati.

Thursday, April 19, 2012

[Resepi] Cencaru Sumbat Kelapa


Bahan-bahan :
a) 3 ekor ikan cencaru (belah bahagian belakang & bersihkan)
b) Setengah biji kelapa parut
c) 1 biji bawang besar
d) 2 ulas bawang putih
e) 4 biji cili besar merah
f) 1 inci kunyit hidup
g) 2 keping asam keping~jgn besar2, kang rasa masam sgt *(optional)
h) 2 helai daun kunyit dihiris halus
i) Garam secukupnya

 Rupa paras kelapa parut yang telah digaul sebati...


Cara membuatnya :
1. Kesemua bahan kecuali asam keping & daun kunyit ditumbuk hingga lumat.
2. Masukkan daun kunyit & asam keping, gaulkan kesemua bahan dengan kelapa parut hingga sebati.
3. Sumbatkan kepala kepada ikan kemudian ikat dengan tali kain. (kalau taknak ikat pun boleh)
4. Boleh digoreng atau dibakar hingga masak. (A/N : saya lebih suka bakar, dapat kurangkan penggunaan minyak) 

Tips :
1. Bahan-bahan kena tumbuk, tak boleh blander sebab kalau blander kena guna air tapi resepi ni tak menggunakan air, so get ready la dengan segala perisai ye ^____^. 

[Resepi] Sardin Gulung


Bahan A :
6 keping roti sandwich biasa
2 biji telur (letak sedikit garam & pukul hingga agak kembang)
Serbuk roti (bergantung pada kuantiti)
Minyak untuk menggoreng

Bahan B (Inti) :
1 tin kecil sardin
1 labu bawang besar
1 biji cili besar merah (hiris)
1 biji limau kasturi (optional)
Garam secukupnya

Cara membuat :
1. Tumis bawang besar hingga layu, masukkan cili besar, sardin, perahan limau kasturi & garam.  
2. Setelah cukup rasa, ketepikan & hancurkan dengan garpu.
3. sapu inti pada roti, kemudian gulung & gam dengan sedikit telur yang telah dipukul tadi.
4. Celupkan keseluruh roti didalam telur yang telah dpukul.
5. Golekkan dalam serbuk roti.
6. Goreng hingga kekuning-kuningan.
7. Angkat & sedia dihidang.

Sunday, April 8, 2012

[Resepi] Sayur Campur Ala Cina

Soalan pertama : On diet ke?!
Kalau ye, resepi ni memang sesuai untuk orang berdiet. Cuba dulu baru tahu rasanya macam mana. Very simple but delicious taste..


Bahan-bahan :-
a) 8 ekor udang (dibunag kulit)
b) 30gm brokoli
c) 30gm bunga kubis
d) 30gm baby kailan
e) 1/2 batang lobak merah
f) 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
g) 2 sudu makan tepung jagung ( campur dengan 2 cawan air)
h) 1 biji telur
i) 1 kiub pati ayam
j) Minyak untuk menumis
k) Garam secukup rasa
l) Sedikit air

Cara Membuat :-
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau & kemudian masukkan udang.
2. Masukkan sedikit air & kiub pati ayam, kacau rata.
3. Masukkan sayur & kacau seketika kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung.
4. Kemudian masukkan telur, biar telur masak separuh dalam 30 saat kemudian barulah dikacau perlahan-lahan.
5. Masukkan garam jika perlu & tambah air jika kuah menjadi terlalu pekat. 
6. Kacau hingga mendidih, angkat & sedia untuk dihidang.

Tips :
i) Tepung jagung digunakan bertujuan untuk memekatkan kuah.
ii) Jangan masak sayur terlalu lama~sayur akan menjadi lembik menyebabkan hilang rasa sebenar sayur & kandungan nutrisi didalamnya. 

[Resepi] Ayam Masak Merah

Selepas mencuba beberapa kali, experimen sana sini akhirnya baru la dapat resepi yang kena dengan selera sendiri. Yang penting kena cuba, try and test.. At the end memang dapat la kepuasannya... =D


 Bahan A :-
a) 1 ekor ayam
b) 1 labu bawang besar (potong bulat/gelang)
c) 1 biji tomato (belah 6)
d) 2 sudu makan sos tomato
e) Serbuk kunyit
f) Garam & gula secukup rasa
g) Minyak (menggoreng & menumis)
h) Sedikit air untuk kuah 

Bahan B (dikisar) :-
a) 20 tangkai cili kering (lebih @ kurangkan ikut kesesuaian citarasa)
b) 2 inci halia
c) 4 ulas bawang putih
d) 1 labu bawang besar (ikut saiz)
e) 2 batang serai
f) 1 biji tomato (ikut saiz)

Cara Memasak :-
1. Ayam dipotong kecil & dibersihkan. Kemudian digaul dengan kunyit & sedikit garam. Goreng sehingga masak.
2. Panaskan minyak yang mencukupi dalam kuali. Tumiskan kesemua bahan yang dikisar hingga garing /  berubah warna keperang perangan.
3. Masukkan air sekupnya, sos tomato, gula, garam, bawang & tomato.
4. Setelah semua rasa seimbang, masukkan ayam kemudian gaul hingga rata & sebati.
5. Hidangkan didalam pinggan. 


[Resepi] Pengat Nangka

~Mari menjamu selera~
Entry resepi ni dah pernah share sebelum ni, bulan puasa tahun lepas kalau tak silap tapi takpe la ni kira refresh and update la... ^___^


Bahan-bahan :-
a) Isi nangka (dipotong kecil)
b) Sebelah kelapa (diambil santannya, jangan terlalu cair)
c) 2 sudu sagu biji / sagu mata ikan
d) Gula putih secukupnya
e) Gula merah lembut secukupnya
f) Secubit garam
g) 2 helai daun pandan (disiat)

Cara-cara :-
1. Masukkan santan kelapa, gula merah, gula putih & garam kedalam periuk.
2. Masak hingga mendidih sedikit.
3. Masukkan sagu biji & daun pandan kemudian masukkan isi nangka.
4. Pastikan santan mendidih dengan api sederhana. Terus kacau supaya kuah tak berketul.
5. Setelah masak bolehlah di hidangkan..



Saturday, March 17, 2012

Chicken Fingers.... yummy

Marina Chicken Fingers with two different flavor 
Original & Black Paper =D 

Nyum....nyum... yummy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...