Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Tuesday, February 14, 2012

Petua Dapur

1. Bekas gula didapur sering menjadi tumpuan semut. untuk mengelakkan daripada dihurung serangga tersebut, letak tiga atau empat biji bunga cengkih.

2. Bagi membuatkan kulit badam mudah ditanggalkan, rendamkan dulu dalam air panas selama 15-20 minit.
3. Sapukan sedikit jus lemon diatas permukaan hirisan epal bagi mengelakkan ia menjadi lebam. Hirisan epal akan nampak segar lebih lama.

4. Untuk mengekalkan kesegaran batang seleri lebih lama, bungkus dengan foil aluminium dan letakkan dalam peti sejuk.

5. Jika permukaan kulit melecur terkena api atau air panas, segera sapukan pisang lecek untuk memberi kelegaan.

6. Jika permukaan kulit terkena minyak panas, sapukan minyak masak sejuk dengan segera pada permukaan tersebut bagi mengelakan permukaan tersebut mengelembung dan berasa perit.

Friday, January 27, 2012

Stres Dari Sudut Positif

a) Stres akibat takut gagal, menyebabkan kita bangun berusaha dengan lebih gigih.

b) Stres akibat hubungan kita yang tidak mesra dengan ibu bapa, menyebabkan kiya bertindak meminta maaf, berterus terang dan melakukan tindakan-tindakan positif bagi membetulkan keadaan.

c) Stres kerana jahil akan mendorong seseorang itu bangun menimba ilmu.

d) Stres kerana merasakan diri berdosa akan mendorong orang yang masih ada sekelumit iman dalam hati beristighfar, bertaubat dengan bersungguh dan berazam tidak akan mengulangi dosa silam.

e) Stres kerana merasakan diri tiada pencapaian akan memotivasikan diri berusaha meraih kejayaan dalam hidup.

f) Stres kerana melihat perbuatan mungkar berleluasa akan meyebabkan jiwa memberontak ingin melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

g) Stres kerana didiagnosis ada risiko kesihatan akan menyebabkan si pesakit berusaha menjaga pemakanan dan melakukan pelbagai usaha untuk penyembuhan.

Source : Pahrol Mohamad Juoi, Majalah Solusi #16

Tuesday, October 11, 2011

Pemanggang Ajaib

Mesti biasa dengar alat pemanggang ajaib yang menggunakan bahan die-casting bagi mengelakkan makanan yang dipanggang mudah hangus... Tak rugi kalau memiliki 1 kat dapur rumah anda... berdasarkan pengalaman, memang best guna Die-Casting Pemanggang Ajaib ni... tak hangus, kalau panggang ikan takde la ikan tu kering sangat kalau panggang lama sikit pun kalau nak dibandingkan panggang guna arang.

Ni hasilnya...
Sebelum...

Selepas...

Dah lama sangat cari kuali pemanggang guna dapur gas je... sekali terjumpa kat sini fromkitchenware.blogspot.com... ciri-ciri pun dah menepati citarasa so apa lagi terus beli la... Harga pun RM129.00 je... berbaloi la..

Saturday, September 17, 2011

62 Petua Amalan Kebahagiaan Rumah Tangga

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan. Biarpun berjuta halangan merintangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi. Dalam melayari dunia rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah memberi 62 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumahtangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah denga khidmat.
5. Murah dengan belayan kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada prespektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka~boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi~tegur / perubahan / berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira gerak batin 'intuition' perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan,
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredhai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
26. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
27. Meletakkan hak pada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi 'menang-menang'.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semulajadi pasangan.
34. Memahami peranan 'pasangan'.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji & satu teguran.
40. Sebut 'I Love U' sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku ~ sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi dari menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat ~ bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi :-
a) Mental, pendidikan dan ilmu
b) Emosi
c) Fizikal dan ekonomi
d) Sosial
e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa)
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindah bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza :-
a) Pendapat atau pandangan
b) Hobi
c) Kegemaran
d) Makanan
e) Citarasa
f) Warna pilihan dan perlbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandan ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumahtangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

Baca.. Faham.... & Selamat Beramal !!

Sumber : Utusan~Disember 2009

Thursday, August 4, 2011

Golden Churn Butter Disahkan TIDAK HALAL

ehsan dari mr. google ^__^
Pagi tadi sempat tengok kat berita TV1~dimana butter golden churn ni dah disahkan TIDAK HALAL & diingatkan kepada semua pengusaha kek lapis yang menggunakan butter jenis ni diarahkan menyamak semua peralatan yang digunakan. Mana-mana pengusaha yang dah siapkan stock kek tu harap-harap diorang lupuskan la jangan dijual pulak, naya pembeli nanti...

Mujur saya tak pernah guna produk ni... bila dah disahkan tidak halal, lagi la kena lebih berhati-hati... Ada baiknya belajar masak sendiri kek, kueh-kueh @ biskut-biskut demi terjamin kebersihan & status halalnya & kepuasan...

Selamat mem 'baking' !!

Wednesday, August 3, 2011

Adakah Bulu Binatang Itu Najis?

Assalamualaikum... tengah blog walking tiba-tiba terjumpa satu blog, Blog Jom Faham dengan topic yang sangat menarik, khususnya kepada pencinta-pencinta haiwan terutamanya meow yang comel-comel... mesti ramai yang memelihara kucingkan termasukkan la saya... saya adopted 2 ekor budak nakal ni...
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
V

haiii... saya ChiMot & saya Chitam.... kami budak baik tau...eheheheh

Saturday, July 16, 2011

Mari Baca Buku

NOTA FIKIR UNTUK ZIKIR ~ manusia juga perlu berfikir...
bagus buku ni, kebanyakan contoh-contoh yang diberikan berdasarkan segala kejadian yang wujud dalam kehidupan seharian ditambah dengan kupasan yang sangat menarik... pembacaan yang ringan & mudah difahami, jika anda suka membaca, cuba lah buku ni...
kan Membaca Jambatan Ilmu =D

Thursday, July 14, 2011

Tutorial : Reka Tab Menu Sendiri

Hai...
Pada yang belum tahu macam mana nak buat tab menu sendiri guna photoshop boleh la follow tutorial yang dibuat oleh sarah naiemah ni, sangat detail so pada yang baru nak berkenalan dengan photoshop pun mesti boleh buatnya.. apa-apa pun thanks alot pada sarah naiemah diatas kerajinan dia membuat tutorial yang berjela tu  ^^,)
Selamat mencuba...

Tuesday, June 7, 2011

Cara Buat Coklat Keping

Biasanya digunakankan untuk menghias kek...

1. Bentang kertas minyak atas board keras.
2. Cairkan coklat masakan menggunakan kaedah double boiler.
3. Tuang coklat keatas kertas minyak & ratakan mengikut ketebalan dikehendaki.
4. Kemudian cairkan coklat putih & masukkan kedalam piping beg.

ni gaya orang tak pro piping coklat putih..
comot betul rupanya... +___+

5. Picit coklat putih keatas coklat hitam tadi. Ikut suka corak apa yang berkenan.
6. Masukkan kedalam peti selama 10minit.
7. Kemudian keluarkan & potong. Kalau coklat keras, rehatkan seketika hingga boleh dipotong.
8. Pastikan tekan pisau hingga kertas putus ketika memotongnya. Potong la ikut corak yg disukai..

Apa Itu Maringue

Pada yang dah biasa masak-memasak kek mesti dah tahu maringue ni apakan. Pada yang belum, jom tengok macam mana nak buat maringue ni.

Bahan-bahannya :-
Telur putih
Gula kastor
Cream of tar tar (optional)
(kuantiti bergantung pada resepi la)

sebelum diputar

selepas diputar maksimum
Cara-cara :-
Putar dengan mixer kesemua bahan diatas pada kelajuan maksimum sehingga kembang, putih & bertanduk.
Nak tahu macam mana dah cukup kembang, cuba terbalikkan mangkuk tu, kalau adunan tak jatuh maknanya dah kembang. Like a magic!!

Tuesday, May 31, 2011

Cara Untuk 'Centre Widget'

Yang ni pun tutorial untuk diri sendiri jugak....
1) Pilih mana-mana  widget yang nak dike'tengah'kan di page elements.
2) Klik edit pada gadget tu.
3) Tambah kod
di awal dan kod
di akhirnya seperti gambar dibawah.

4) Kemudian preview dulu untuk lihat hasilnya.
5) Save.

Cara Pasang Link Banner

tutorial ni peringatan untuk diri sendiri... =p
1) salin semua kod dibawah kedalam add gadget page elements

(KOD A - UNTUK MEMBUAT LINK BANNER / GAMBAR)

<textarea rows="6" cols="20" name="code">

</textarea>
atau

(KOD B - UNTUK MEMBUAT LINK SAHAJA)

<textarea rows="6" cols="20" name="code">
Cheat-Gunbound

</textarea>

2) Tukar :- a) hijau - tajuk blog
b) biru - URL blog
c) marah - link blog
3) Preview dulu sebelum save.
4) Copy paste url banner pada blog ke add gadget yang baru kemudian save.

Friday, May 27, 2011

Keperluan Asas Membuat Kek

semalam sempat menyerbu kedai alatan kek Yummie Bakery kat kompleks diamond belakang WARTA bandar baru bangi.. dah lama sangat dah nak cari kedai jual alatan buat kek  & ni baru kesampaian.. 120% happy.. Thanks a lot la pada hubby yang sudi meneman & mencari barang sekali... and thanks a lot jugak kepada pemilik cutieshomebakery.blogspot.com diatas info yang diberi...

ni alamat kedai tu :-
Yummie Bakery
Lot 313,
Kompleks Diamond,
Jln Medan Bangi Off Persiaran Bandar,
Bandar Baru Bangi, Selangor
Fon : 03-8210 1588

kedai ni ada buka lagi satu kedai yang lebih besar, tak jauh pun dari kedai lama ni.. berdepan masjid bandar baru bangi tu ada kedai kopitiam bangi. kedai yummie bakery baru ni terletak kat bangunan bertengang dengan bangunan kedai kopitiam bangi. boleh nampak dari jalan besar traffic light tu.

sempat la memborong dekat 20 jenis barang dengan harga tepat RM88.00, harga pun lagi murah dari kat pasaraya la.. memang teruja, lagi pun anniversary dalam 2 minggu lagi, cadang-cadang nak buat indulgent cake so mencari bahan2 la... baru la boleh mem'baking' cake dengan gumbiranya... (^^,)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...