Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket
Showing posts with label ukmsc. Show all posts
Showing posts with label ukmsc. Show all posts

Tuesday, September 2, 2014

Proses IUI : Rezeki Permata Hati Masih Jauh

Sebelum saya teruskan, pastikan ada yang tertanya-tanya IUI tu proses apa.. boleh tengok kat SINI berkenaan IUI..

 Saya menjalani proses IUI sebanyak 3 kali berturut-turut, rehat sebulan lebih kemudian cuba untuk kali keempat, kesemuanya masih gagal.. nampak nya rezeki untuk memiliki permata hati masih jauh walau pun keadaan telur & sperm sangat cantik..  selepas IUI ke-4, doc buat pernilaian semula, sebab clomid tu ada side effect jika ambik terlalu kerap & banyak.. lepas buat perbincangan, doc cadangkan saya dapatkan pandangan & nasihat seorang profesor pakar bahagian infertility di HUKM private wing tingkat 7 dimana terletaknya UKM Specialist Centre.. maka pada Jun 2014 saya menemui Prof Dr Zainul Rashid.. apakah pandangan & nasihat prof akan saya share dlm entry seterusnya...

Laparaskopi : Endometriosis Stage 4 [After Surgery]

Lepas operation luka bedah sembuh dengan baik, dek kerana banyak makan ikan haruan ^^.. tapi hakikat sebenar mmg haruan ngan gamat membantu penyembuhkan luka pembedahan dengan cepat tapi dek kerana terlalu cepat, luka tu akan meninggalkan parut yang tak cantik.. seperti yang saya alami parutnya tersangat jelas timbul dan kelihatan.. lagi satu untuk pesakit yang ada cyst tidak digalakkan ambik haruan/gamat sebab kandungan yang ada dlm haruan/gamat akan mempercepatkan lagi tumbesaran sel2 cyst semula.. saya sendiri pun baru tahu tentang info ni.. 

rawatan selepas pembedahan ni, doc arahkan saya mengambil suntikan lucrin setiap bulan bagi mengawal kedatangan period.. maksudnya selama 6 bulan saya dimonopos kan.. huhu apa boleh buat kan, ikut aje la... lepas selesai 6 bulan lucrin saya terus ambil pil kesuburan clomid & mencuba secara natural sebanyak 2kali, hasilnya tidak berjaya maka saya teruskan dengan rawatan IUI.. IUI tu apa? boleh tengok kat cini ---> ProsesSecaraIUI

p/s : sebarang pertanyaan terus ke xgenatic@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...