Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket

Friday, November 2, 2012

Exercise Di Gunung Bunga Buah, Genting Highland

Update : Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan jurupandu/guide berpengalaman, boleh hubungi Mr.Ded (013-2556838)..

-----*-----*-----*-----*-----
Setelah lebih sebulan menyepi, kini kembali berceloteh itu dan ini.. Secara rasminya ni adalah entry pertama untuk kesekian kali~ Mendaki Gunung Bunga Buah yang berlokasi di Genting Highland. Kiranya gunung ni yang paling dekat dengan pusat bandar, lebih kurang 40km dari Kuala Lumpur menjadikannya popular bagi pendaki sekitar Lembah Klang..

Gunung Bunga Buah yang setinggi 4690 kaki dari aras laut ni seelok-elok mulakan pendakian seawal yang boleh, atleast pukul 0700 tu dah mula dah..

Sebelum memulakan pendakian, kita sengih dulu =D
Ni adalah kawasan parking kereta kemudian lalu di celah-celah kebun sayur untuk ke starting point~ bermaksud cabaran sudah bermula..




Lebih kurang macam ni la pendakian permulaannya.. Mula-mula lagi dah terpaksa 'merangkak' lepas tu terus mencanak je treknya.. Pergh, macam nak pecah jantung rasa terseksa sangat nak melangkat setiap step tu. Dalam kepala dah fikir, nak balik.. nak balik... nak balik.... padahal bukan jauh pun nak tiba ke kawasan jalan raya tu >< Semangat setinggi Everest tadi terus jatuh merudum.. Untuk amateur climbers macam saya ni memang menguji fizikal dan mental..

Lepas trek yang mencanak tadi tu, tiba di kawasan berturap ni.. Nampak macam berjalan biasa tapi mendaki jugak ni..

Lepas tu jumpa kawasan kuari macam ni...

Nampak berlorong sebab kawasan ni tak pernah sunyi dari  dilalui oleh pendaki-pendaki..

Ni kira check point la, naik atau turun pendaki-pendaki mesti akan berhenti kat sini.. berehat sebentar menikmati permandangan...

Antara rupa paras trek yang perlu dihadapi.. Untuk mengelakkan dari tersesat, sila la gunakan trek yang sedia ada, jangan pandai-pandai nak guna laluan lain.. perhati betul-betul trek yang jelas kelihatan memang takkan sesat, mendaki sorang-sorang pun boleh.. 

Pendakian diteruskan~menghala ke Gotong Jaya.. 
Yang menariknya gunung ni berperingkat, maksudnya ada ketika pendaki kena mendaki dan ada ketikanya mendatar dan pada satu ketika kena menurun jadi badan tidak terlalu stress...

Tiba dikawasan Rock Garden. Biasanya tempat ni menjadi lokasi pendaki berhenti, kepada yang ingin ke puncak.. perjalanan akan diteruskan mengambil masa lebih kurang sejam untuk tiba dan pada yang sebaliknya, mereka akan berpatah balik. Tapi menjadi perkara wajib untuk berhenti disini..

Gambar dirakam dari kawasan Rock Garden.. Yang ada anak panah tu la Pusat Peranginan Genting Highland.. nampak macam banggunan-banggunan kan.. So nak ber'facebook' ber'twitter' atas gunung ni pun boleh!! \(^^,)/ Ibaratnya sambil mendaki sambil makan angin.. =D

Kawasan Rock Garden ni memang cantik, rasa sejuk je dan kalau bernasib baik, dapat tengok kabus disepanjang pendakian so memang tak rasa panas. Berpeluh tapi rasa nyaman macam dalam aircond.. Itu salah satu kelebihan gunung ni.. kurang la sensara dek kepanasan mentari..


Nampak berlumutkan, maknanya sejuk.. Jangan lupa bawak sweater.. silap-silap haribulan boleh mengigil kalau tak pakai sweater.. 

Saje je panjat atas batu tu... tapi permandangan dan sekitarnya memang memukau...

XPDC kali ni tak tiba ke puncak pun, sekadar tiba di Rock Garden je.. jadi sekitar jam 1300 dan mula mendaki turun..  

Turun dan turun lagi......... tapi tak bermakna turun tu takde istilah mendaki kan.. (^^,)v 


Akhirnya tiba semula di starting point.. Kepada pendaki-pendaki yang ingin menawan gunung-gunung lain seperti Tahan atau Kinabalu, gunung Bunga Buah ni menjadi pilihan lokasi terbaik untuk aktiviti latihan dan persediaan.. 

Youtube version... eheheee

6 comments:

  1. Hi, Janice here! I am interested to hike G. Bunga Buah minggu ni dengan kawan-kawan Jepun. Boleh tak cik advise mana entrance masuk dan perlu tak cari guide bawa kami jln bukit ini?

    ReplyDelete
  2. Janice Lam : hii.. thanks for visiting my blog^^
    I think if for the first time, better guna guide because from car park, kena melalui kawasan kebun sayur, around 5 minute walk sebelum tiba di step pendakian yang pertama.. And the entrance looks a bit difficult to tracked because many bushes cover it.

    But to avoid any problem, better use guide. I used guide too.. His nice, good and most importantly he is very knowledgeable about this mountain... If you interested, i can give his contact number..

    ReplyDelete
  3. Thx for ur reply n advice, it wil b great if u can provide me d guide's contact... •﹏•

    ReplyDelete
    Replies
    1. no problem ^^
      i have updated the contact number below entry title...
      i give it once again -----> Mr.Ded (013-2556838)..

      Delete
    2. Tq very much for the guide's contact!!!

      Delete
    3. you're welcome..
      have fun hiking!
      =D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...