Dari Kuala Kangsar menuju je Taman Tasik Taiping dan destinasi seterusnya dan secara rasminya penutup untuk Family outing kali ni adalah pekena mee usang di Kuala Sepetang.. Alang-alang dah sampai ke Taiping tu apa salahnya lajak sikit ke Kuala Sepetang.. bukan selalu pun.. ^___^
Masuk aje kawasan Kuala Sepetang ni memang banyak kedai-kedai yang jual mee udang, tepuk dada tanya selera.. pilih aje kedai mana yang berkenan dihati... Untuk kali ni kitorang pilih Restoran Mee Udang Mak Jah.. Restoran ni dah memang ada nama, dah biasa masuk paper, tv, mag so memang sangat ramai la pengunjung nya..
Kasi tengok sikit macam mana rupa paras mee udang kedai Mak Jah ni...
Ni mee udang biasa, kalau yang special lebih besar dan lebih banyak udangnya..
Kopek siap-siap kulitnya lebih senang nak makan nanti.. Yang bestnya, udang yang digunakan adalah udang laut dan bukannya udang pelihara..
My father in law~macam tak cukup sifat je udang yang sebelah lagi tu.. =D
Jemput makan... ლ(´ڡ`ლ)
Depan Restoran Mee Udang Mak Jah...
~saya tiada disitu kerana saya ada disini~
Gendang gendut tali kecapi.. kenyang perut senang hati (o^^)o♥
0 Br!LL!anT !DeA:
Post a Comment