Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket
Showing posts with label kota kinabalu. Show all posts
Showing posts with label kota kinabalu. Show all posts

Wednesday, July 27, 2011

Final Episode @ Kota K!nabalu

Hola...good morning to readers yang menjengah diawal pagi... ^^,
Pagi ni entry last episode my journey to KK, sambungan untuk Part 1 & Part 2
lalalala....

Oleh kerana hari terakhir.. sebelum keluar siap-siap kemas la katilnya, masa check in kemas bila nak check out pun atleast kemas la sikit takde la serabut je...

Beg-beg pun dah siap-siap packing letak tepi... kang nak check out senang terus angkat je... so potensi untuk tertinggal barang kurang la... 

Planning hari ni nak ke Muzium Marin kat UMS so after breakfast terus ke terminal..
Ni City Bus.. bus ni je yang masuk dalam bandar KK, bus lain tak masuk... tambangnya RM0.50 je, kalau nak ke Jesselton Point pun boleh naik bus ni jugak... apa benda Jesselton Point tu boleh tengok kat Sini... 

Ada banyak perkhidmatan bus kat KK ni... sebelah sini semua bus & van ada belang oren...

Sebelah sini pulak belang biru... ni KK tau buka labuan... iklan je tu... =D

Ni tempat tunggu bus, kat atas bumbung tu ada lekat papan tanda mewakili nama tempat so contohnya kalau nak pergi inanam~bus @ van yang pergi inanam mesti ada parking kat depan papan tanda tu... so korang takkan sesat @ salah naik bus sebab bus siap tulis nama tempat yang dituju, no bus & parking tunggu penumpang di tempat yang betul...    

Lokasi UMS agak jauh dari bandar KK, ni tempat terakhir yang dituju & paling jauh... naik pulak bus mini yang laluannya masuk kawasan taman-taman perumahan sekali bukan lalu kat jalan besar je sampaikan tempat turun pesakit Hospital Likas pun bus ni masuk... Bagus betul, takyah orang nak kena jalan jauh.... turun bus je terus masuk lobi hospital...

Masa bus masuk taman-taman peruhaman, ternampak berderet rumah-rumah yang ada bendera macam ni sepesen je semua... mula-mula heran jugak tapi bila dah sampai hujung baru perasan hostel student UMS rupanya... ^__^

Akhirnya selepas 1/2 jam sampai jugak ke UMS tapi tak dapat nak ke muzium marin tu sebab jarak dari pintu masuk ke muzium tu lebih kurang 30minit... kalau naik kenderaan sendiri / teksi boleh la pegi ni jalan kaki memang mustahil la... so snap beberapa keping gambar kat sini sebelum tunggu bus semula balik ke pusat bandar KK.. 

Sampai KK lunch dulu sebelum balik bilik hotel... 
Menu saya...

Soto pilihan hubby... masa nak order ni, hubby cakap bihun sup... terpinga-pinga je diorang..

then rehat-rehat kejab tuggu kul 1200pm untuk check out...
Dah check out, kitorang terus je ke Kota kinabalu International Airport walaupun masih awal... 

Pukul 1400pm kitorang terus je check in beg walaupun flight pukul 1730 then ambik boarding pass sekali...

Economy class je...


Kapal yang bakal dinaiki... MH 2617

Sambil-sambil menunggu kapal kat depature hall tu sempat snap gambar-gambar kapal yang turun & naik... waktu sibuk masa ni, banyak burung besi yang landing & takeoff...  

Selepas delay 15 minit, akhirnya 1745 baru dapat masuk kapal...

Bergerak meninggalkan airport... selamat tinggal KK!! 
kapal berlepas tepat jam 1810pm

1820pm : Kapal dah berada diruang udara, cuaca berkabus je & lembab sebab baru lepas hujan...
Pulau Gaya, Sapi, Mamutik, Manukan & Suluk dari ruang udara....

Selepas 1/2 jam, dinner dah dihidangkan... perut pun dah lapar, jom makan \(^_^)/... yeahhh
oppss... bismillah...

1842pm : Kapal terbang pada ketinggian 30,000 kaki atas aras laut dengan kelajuan 800km/j masuk melalui barat ikut ruang udara Kuantan terus ke KL...
2010pm : Kapal berada pada 150km ke timur KLIA dengan cuaca berawan pada suhu 28c...
2015pm : Pesawat mula menurun..
2019pm : Lampu dalam kabin dimalapkan untuk tujuan pendaratan kapal...
2028pm : Landing time...
2030pm : Touch down... Alhamdulillah, tiba dengan selamat...

Home sweet home... pick up beg dulu then pegi solat sebelum meninggalkan KLIA... 

Souvenir yang sempat dibeli di KK...

Selesai sudah catatan perjalanan 4 hari 3 malam di Kota Kinabalu... Merakam 1001 kenangan & pengalaman yang tidak mungkin dapat dibeli dimana-mana... thanks a lot to my hubby for the precious moment....
next vacation... eheheheh



Sunday, July 24, 2011

Journey At Kota Kinabalu (Part II)

Assalamualaikum + hai... hai... 
minggu ni agak kurang post entry baru, tiba-tiba penyakit 'M' melanda >_<... hari ni merajinkan diri jugak untuk menulis sesuatu disini so nak sambung la story morie perihal vacation hujung bulan lepas, kira sambungan untuk Part I la ni... \(^_^)/

Hari ke-3 di Kota Kinabalu....
Seawal jam 0730am dah keluar terus ambik breakfast... kat KK ni harga makanan boleh tahan mahalnya..

Lepas breakfast terus jalan kaki je ke terminal.. naik bus ke likas & turun di depan Likas Square untuk ke KK Wetland Centre...

Dah turun kat Likas Square kena la jalan sikit masuk kedalam... jalannya besar bukan jalan kecik, wetland ni terletak kat belakang taman perumahan mewah sebabnya tengok rumah-rumah area situ semuanya besar..

Dah sampai, lepas bayar tikat masuk.... mari menjelajah...

Dalam ni memang dah siap sedia track pejalan kaki... so jalan je la atas tu...

Ni tempat tinjauan burung-burung... datang la seawal jam 0730 sebab time ni time burung keluar dari tempat persembunyian untuk cari makan... kalau luck memang dapat tengok lagi banyak burung-burung... tapi kena pastikan ada teropong baru nampak kalau tak memang susah nak nampak... jaraknya jauh... kalau takde teropong sendiri don't worry, boleh sewa kat kaunter tiket..

Ketam sepit satu... 

 Antara hidupan lain yang menghuni kawasan paya bakau ni :-
Biawak monitor... apa kena mengena dia dengan monitor?? hrmm.. =)

Punai Daun...

Ikan belacak... nama lainnya ikan tembakul... ikan ni tak takut kat orang, hampir-hampir nak sentuh dia baru la dia lari itu pun lari dekat je... dah biasa jumpa orang agaknya ikan ni.. ^^,

Ikan tembakul ni tingal kat dalam busut-busut, ada dua mata timbul atas kepala, mata untuk akuatik & daratan...

Menara tinjau... masa ni kawasan menara ni ditutup tapi 2 orang pelancong ni naik je, diorang pengkaji burung rasanya sebab siap dengan buku-buku & nota-nota tentang burung-burung lagi...

Advanture bermula...

Laluan tidak berturap...

Kat sini memang advanture... percaya tak kena lalu kat jambatan yang ditengelami air ni dengan track yang berlopak kat belakang tu... jangan jatuh dah la, tak jatuh pun confirm kotor... track berlopak kat belakang sana tu paling advature~hampir takde tempat kering nak pijak, semuanya air & tanah lembik...

Pihak Wetland pun dah tahu memang confirm kotor so dah sediakan siap-siap paip air untuk kegunaan pengunjung...

Perjalanan keseluruhan meneroka wetland mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah, kurang @ lebih bergantung pada berapa lama tempoh berhenti disatu-satu tempat... Sekitar jam 1130am ambik bas untuk balik semula ke terminal...

Naik bas sekali lagi di terminal untuk ke Muzium, amik bas yang menuju ke Penampang & turun di depan Hospital Queen Elizabeth (jalan bertentang la)...

Dari jalan besar tu kena la jalan kaki sikit, naik bukit sikit macam bukit nak ke KL Tower tu... then baru la sampai kat pintu gerbang ni... actually nak naik teksi pun boleh terus dari KK tapi kos nya berlipat kali ganda la... dah alang-alang datang melancong~gaya bag pakers pun ok jugak... lagi banyak pengalaman yang boleh kita dapat... 




Kat luar pintu masuk muzium ni, jumpa pulak bakul gergasi ni... memang giant sungguh >=)

Keluar dari Muzium Negeri terus ke Muzium Warisan... terletak sebelah menyebelah je, masuk percuma je... 


Ni kawasan dapur salah sebuah rumah panjang yang ada dalam muzium warisan ni...

Jemput la naik... jangan segan-segan.. (^_^)v


Keluar dari Muzium Warisan dah melepasi waktu tengahari... perut pun menjerit kelaparan, mujur la depan Muzium Warisan ni ada cafe yang dibuka untuk staf-staf & pengunjung muzium... Apa lagi mai menjamu selera la...
menu atas : nasi goreng ayam 
menu bawah : nasi goreng ikan masin
ketara perbezaan dua2 nasi goreng ni dengan nasi goreng semenanjung... ehehehe biasa la lain padang, lain la belalangnya.... lain tempat, lain la caranya... =)

Selepas menjamu selera, ambik bas semula untuk balik ke terminal... Badan pun dah letih, terus balik ke bilik.. restttt...

Sekitar jam 1730pm... cadang nak ke Atkinson Clock & Signall Hill..
Ni Padang Merdeka...

Nak ke Signal Hill boleh berjalan kaki @ berkenderaan... kalau nak jalan kaki track pejalan kaki memang disediakan di kiri & kanan bahu jalan... amik masa lebih kurang 15 minit bergantung pada gaya berjalan masing-masing la... kalau nak jalan kaki better waktu petang tak terlalu panas...

Akhirnya sampai jugak... cuaca pun dah mula mendung & hujan dah mula nak turun...

Disediakan 2 tempat tinjauan kiri & kanan... tapi yang tak bestnya banyak bangunan tinggi yang menghalang pemandangan kearah laut & pokok-pokok besar yang dah semakin meninggi mencacatkan lanskap..

Sebahagian dari bandar KK dirakam dari Signal Hill

Turun dari Signal Hill terus ke Atkinson Clock yang terletak kat kaki bukit... Dari jalan besar boleh nampak menara jam ni...

Masa turun dari Signal Hill hujan masih turun renyai-renyai... mujur ada bawa payung... pada sesiapa yang nak travel tu lebih baik bawak siap-siap baju hujan untuk lebih memudahkan pergerakan...

Dari Atkinson Clock terus ke Waterfront... jalan 5 minit di celah-celah bangunan & kedai-kedai terus menuju ke laut...

Tugu dolphin..

Ikan todak... eh ikan malin kot... semua yang ada muncung tajam macam tu semua saya panggil ikan todak je.... ehehehe.... 

Dari Waterfront terus berjalan ke Pasar Bajau yang terletak dibelakang Pasar Filipina.. untuk malam terakhir kat KK ni pekena ikan bakar la, RM6.00 je harga ikan tu... terus makan kat situ je sebab dah ada disediakan meja untuk pengunjung menjamu selera... ada banyak sangat pilihan makanan laut bakar, pilih je mana berkenan dihati... kat pasar ni harga makanan murah sikit berbanding di kedai-kedai makan...

Ni adalah malam terakhir di KK.... will be continue with Final Episode @ KK...
See u soon!!









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...