Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket

Sunday, July 10, 2011

Journey At Kota Kinabalu (Part I)

Assalamulaikum... 
Dah beberapa hari tak update blog & hari ni nak sambung catatan & kenangan perjalanan bersama hubby di Kota Kinabalu.. sebelum tu trip untuk 2hari 1 malam Part IPart II, menyaksikan matahari terbenam, hari terakhir di Labuan a.k.a Pearl Of Borneo.. 

permandangan bandar KK dari udara... 
flight 1205 dari labuan ke KK pada 27hb Jun 2011 memasuki ruang udara KK & selamat touchdown tepat 1230pm.. 

sampai BKI terus ke pintu keluar tapi sebelum tu kena ambil pas masuk ke sabah bagi orang luar kat kiosk emigration dulu, tempoh kebenaran duduk sehingga 90 hari je..

kenderaan ni dipanggil bus mini tapi dalam bentuk van, naik van ni jimat sikit sebab tambang RM1.50 je sorang berbanding naik teksi tambang dalam RM25.00 sehala cuma bezanya keselesaan la. Kalau naik teksi terus sampai hotel tapi kalau naik van ni kena turun kat terminal plaza (station bus utama KK) then ambil City Bus (RM0.50) untuk masuk bandar KK (letaknya hotel). Dah alang-alang nak melancong lebih baik travel dengan kenderaan awam macam ni, selain boleh saving, lebih luas permandangan & pengalaman ternyata berbeza..

petang takde perancangan kemana-mana so just jalan-jalan kat Pasar Kraftangan a.k.a Pasar Filipina yang  terletak kat jalan sector 1, sederet dengan Pasar Besar KK.. kat sini memang sesuai la kalau nak beli apa-apa cenderahati & PETUANYA kalau nak membeli kat pasar kraftangan ni kena pandai menawar jangan terus bayar ikut harga yang tertera kat barang je sebab harga yg tertera dengan harga yg tokey kedai tu boleh bagi jauh lebih rendah.. banyangkan la harga kerongsang yang tertera RM80.00 tapi tokey kedai tu boleh bagi RM15.00-20.00 je so kalau pandai menawar lagi bagus..

macam ni la keadaan dalam pasar kraftangan tu, ada banyak lorong & banyak gerai.. andaikata anda terpisah dr group/family, keluar terus ikut mana-mana lorong then tengok kat pintu masuk lorong yang anda berdiri tu ada huruf apa yang tertera sebab setiap lorong diwakili alphabet sebab setiap gerai lebih kurang sama so agak susah nak jumpa kalau cari ikut garai-gerai ye.. 

antara pilihan gelang tangan yang dibuat daripada mutiara air tawar, ditambah permata & sebagainya untuk lebih cantik... ada yang ready made & ada juga yang diikat sendiri oleh pemilik gerai ikut kretivitinya... 

serius je hubby... kakak gerai ni peramah sangat & banyak info yang dia kongsi...

yang ni rantai leher diilhamkan oleh kakak baju hijau atas tadi, rantai ni dibuat dari mutiara air tawar diikat dengan tapak & permata... 1 set sekali dengan cincin, memang cantik & harga yang tertera kat kotak tu RM250.00 tapi pemilik kedai boleh bagi RM100.00.. kalau anda pandai menawar boleh dapat harga lebih rendah dari RM100.00..

majoritinya  pemilik kedai ikat sendiri mutiara untuk dijadikan gelang & rantai... mutiara terbahagi kepada 2 jenis, air tawar & air masin.. bezanya mutiara air tawar bentuknya agak lonjong, tak sempurna, harga lebih murah & mudah diperolehi berbanding mutiara air masin bentuknya bulat sempurna & harga lebih mahal sebab sukar diperolehi.. tapi jangan tertipu antara mutiara sebenar dengan kelongsong mutiara, ada juga kelongsong (dicelup pewarna, boleh terkopek) dibuat rantai, gelang, butang baju melayu & kerongsang.....

benda ni pun ada dijual dijadikan uncang duit syiling...macam katak betul pun ada, kalau katak betul barapa banyak la katak yang terkorban... >_<

 kat luar Pasar Kraftangan ni ada ramai pekerja dengan mesin jahit buat alteration seluar/baju... berderet je kat kaki lima pasar ni... pamandangan yang sememangnya susah untuk dilihat di semenanjung.. 

lepas membeli belah di Pasar Kraftangan hari pun dah gelap, sebelum balik ke bilik singgah ke Pasar Bajau (macam pasar malam)... gerai banyak tapi menunya sama je... 
banyak gerai yang jual makanan laut macam ni, pilih je gerai mana nak, boleh tapau boleh jugak makan kat situ je... harga pun agak murah la...

ni antara gerai jual seafood bakar yang sediakan tempat untuk pengunjung yang nak makan kat situ.. banyak lagi gerai macam ni, bersusun je sebelah menyebelah..

selain seafood bakar, banyak jugak gerai yang jual menu macam ni... harga murah tapi kuantiti sangat banyak...

pakcik ni tengah buat mee goreng yang saya order, harga RM3.50 tapi penuh sepenuhnya satu polistrin, boleh share dua orang kalau makan sorang memang tak habis... harga dengan kuantiti tak sama, senang cerita kira murah la kat pasar bajau ni rasa pun not bad... kalau kat atas kedai mahal la terutamanya air..

 Pasar Ikan Masin ni terletak bersebelahan dengan Pasar Kraftangan.. 

 pasar yang jual buah-buanhan ni lokasinya sebelah Pasar Ikan Masin...

Tamat hari pertama di Kota Kinabalu... 
will be continue..







1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...