Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket
Showing posts with label peringatan. Show all posts
Showing posts with label peringatan. Show all posts

Friday, January 27, 2012

Stres Dari Sudut Positif

a) Stres akibat takut gagal, menyebabkan kita bangun berusaha dengan lebih gigih.

b) Stres akibat hubungan kita yang tidak mesra dengan ibu bapa, menyebabkan kiya bertindak meminta maaf, berterus terang dan melakukan tindakan-tindakan positif bagi membetulkan keadaan.

c) Stres kerana jahil akan mendorong seseorang itu bangun menimba ilmu.

d) Stres kerana merasakan diri berdosa akan mendorong orang yang masih ada sekelumit iman dalam hati beristighfar, bertaubat dengan bersungguh dan berazam tidak akan mengulangi dosa silam.

e) Stres kerana merasakan diri tiada pencapaian akan memotivasikan diri berusaha meraih kejayaan dalam hidup.

f) Stres kerana melihat perbuatan mungkar berleluasa akan meyebabkan jiwa memberontak ingin melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

g) Stres kerana didiagnosis ada risiko kesihatan akan menyebabkan si pesakit berusaha menjaga pemakanan dan melakukan pelbagai usaha untuk penyembuhan. 

Source : Pahrol Mohamad Juoi, Majalah Solusi #16 

Tuesday, January 17, 2012

Oh My Broadband!!

hai... nampaknya ni la 1st personal entry untuk tahun baru ni... kekekekee
well, nak cerita pasal broadband usb stick daku. Alkisahnya sebelum new year aritu beli la hard disc baru dengan niat nak transfer la segala macam folder yang dah menggunung dalam lappy ni. Naik semput dah lappy ni ranning macam siput sedut. Tengah syok-syok transfer sana transfer sini, uninstall sana install sini... sekali ter 'uninstall' la pulak folder program vodafone usb. Nak jadi cerita, masa uninstall tu vodafone usb dok melekat lagi kat lappy~meaning : internet tengah connect la masa tu~ dah nama pun 'ter'.. dengan dalam-dalam usb stick tu di 'uninstall' nya sebab bila nak install balik, ada folder error. Alamakkk!!! >__<
Petang hari berikutnya, dengan lajunya ajak hubby pegi beli broadband usb stick baru. Tanya kat booth celcom~kalau beli usb aje harga RM250. hrmm mahalnya.. Sambil tu jeling-jeling kat pakej baru yang celcom offer. Interesting!! Kalau dulu pakej RM68 dapat 3G dengan speed 512 je tapi kali ni harga RM68 dapat 4G dengan speed 1.5mbs. Not bad, terus register baru... weeeeee


Alhamdulillah, ni la yang dikatakan ada hikmah disebalik kejadian. Bila terjadi sesuatu musibah, jangan terus melenting. Renung-renungkan balik. Allah swt tarik 1 rezeki tapi dalam masa yang sama Dia bagi rezeki lain yang lebih baik dari yang ditarik.

Sunday, December 18, 2011

Perhatian : Gambar Anda Kini Boleh Dibogelkan!!!

Apa perasaan anda..??

Nak tahu kenapa tajuknya macam tu... sila la klik cepat-cepat kat situuuu -----> wahai wanita solehah... ni saya share entry dari blog blogger lain, thanks a lot kat acik ita...
-Sharing is caring-

Wednesday, December 14, 2011

Baju Dia Kotor


Sepasang suami isteri baru saja berpindah ke rumah baru. Setelah memindahkan kesemua perabot dan barangan, si isteri memilih satu sudut yang menghadap tingkap bagi meletakkan meja tulis. Disitulah nanti dia akan menghabiskan masanya dengan menulis dan mengemaskini blognya memandangkan dia suri rumah sepenuh masa. Sambil menulis, dia dapat melihat segala gelagat jirannya dari tingkat dua pangsapuri yang disewa. Apatah lagi kawasan yang didiaminya itu terkenal dengan kepadatan penduduk.Pada suatu hari, dia ternampak jirannya menjemur baju. Tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Apabila suaminya pulang, diceritakan kepada suaminya perihal jirannya itu. 

"Saya rasa jiran kita tu tidak reti basuh baju la abang," luahnya kepada suaminya, satu-satunya teman berbual.
"Kenapa sayang cakap macam tu?"
"Sebab saya nampak baju-baju yang dia jemur macam kurang bersih. Masih ada lagi kekotoran yang melekat."
"Oh, balas suaminya ringkas sambil mencuri pandang kearah tingkap.

Setelah seminggu berlalu, si isteri bercerita lagi kepada suaminya, "Jiran kita tu dah reti basuh baju. Saya tengok baju yang dia jemur tu bersih. Tak macam biasa." Suaminya terangguk-angguk. 
"Masalahnya bukan jiran kita tu tidak tahu membasuh baju atau cuci baju ala kadar, tetapi masalahnya ialah tingkap kita ni yang kotor. Hari ahad hari tu abang dah cuci tingkap tu sampai bersih berkilat," jelas suaminya.

Pengajaran :
Satu jari telunjuk yang menunding kearah orang lain, hakikatnya empat lagi menunjukkan kearah diri kita sendiri. Sebelum menyalahkan orang lain atas sesuatu yang kita sendiri belum jelas tentangnya, koreksi diri kerana kita juga ada kesalahan sendiri.

Sumber : Solusi #38

Sunday, December 11, 2011

Isteri Saya Hilang


 Seorang suami berjumpa polis untuk melaporkan kehilangan isterinya yang keluar seketika untuk membeli gula, namun tidak pulang-pulang.

"Sudah berapa lama isteri encik keluar?" soal polis.
"Saya tidak pasti pula. Pagi tadi atau tengah hari kot."
"Dia pakai baju warna apa?"
"Tak pasti la tadi. Mungkin hitam atau putih. Kalau tak pun kelabu."
"Baiklah. Dia ada bawa kad kredit atau kad ATM bersama?"
"Kad ATM memang selalu ada dalam dompet dia, tapi kad kerdit tak pasti pula."

Polis tersebut menggeleng-gelengkan kepala. "Isteri encik keluar dengan kereta persendirian?"
"Ya tuan, dia keluar menggunakan kereta saya, Produa Myvi. Kereta saya tu berwarna silver, berusia hampir 4 tahun 12 Disember nanti. Bumper depan kereta sebelah kiri ada kesan calar sikit. Bahagian dalam kereta saya guna wangian Teddy Dream dari Lovely Lace."
"Okey, kalau macam tu kita cari kereta encik dahulu sebelum mencari isteri encik," kata polis menamatkan sesi soal siasat.

Pengajaran :
Adakah ada ketikanya metarial lebih mudah kita terangkan ciri-cirinya secara detail berbanding insan yang kita sayangi? Pulanglah kerumah dan kenalilah insan-insan yang dekat dengan anda. Mengenali untuk menyayangi, bukan untuk mencari benci.

Kredit : Solusi #38 

Mimpi Seekor Nyamuk

 Seekor nyamuk memberitahu sahabatnya, seekor belalang hijau : 

"Aku bermimpi semalam."
"Kau mimpu apa?"
"Aku bermimpi aku hisap darah segar kenyang-kenyang. Seronok sangat."
"Wah, itu mimpi yang hebat!"
"Ya dan aku sangat gembira."

Belalang melihat perut sang nyamuk, kempis. Keesokkan harinya, sang nyamuk bercerita lagi.

"Aku bermimpi indah lagi semalam. Kali ini lebih hebat. Aku mimpi, WHO (World Health Organisation) telah mengharamkan penggunaan sebarang jenis ubat nyamuk sebab ia membawa kesan yang tidak baik untuk kesihatan. Wah, seronoknya! Tak perlulah lagi aku terbang lintang pukang menyelamatkan diri setiap kali manusia guna ubat nyamuk." 
"Hah, hah, hah! Macam-macam mimpi kau. Aku ni tidur mati tiap-tiap malam."

Sang nyamuk tergelak gembira dan menari-nari.
Hari yang berikutnya, sang belalang hijau pula menegur sang nyamuk :

"Engkau mimpi indah lagi? Tersenyum memanjang."
"Tepat tekaan kau tu. Semalam aku bermimpi lagi hebat. Aku bermimpi nyamuk diiktiraf sebagai serangga yang dipelihara dan tidak boleh dibunuh. Wah, indahnya hidup ini!"

Sang belalang melihat lagi perut sang nyamuk. Makin kempis. Rupa-rupanya nyamuk masih tenggelam diulit mimpi.

PENGAJARAN :
Ramai manusia hanya bermimpi dan berkhayal, namun hakikatnya tidak pernah melakukan apa-apa. Jangan jadi Muslim yang menyangka mereka telah cukup beramal sehingga berangan-angan pasti mendiami syurga, sebaliknya imbangilah yang dilakukan dengan campuran dua ramuan ; khauf (takut) dan raja' (harap).


Jangan biarkan diri terus dibuai mimpi.
Kredit : Solusi #38  

1 Daripada 99 Rahmat


Tahukan Anda??

1/99 Rahmat
Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam menguraikan sifat Al-Rahman Al-Rahim ALLAH s.w.t yang bermaksud : " ALLAH mencipta 100 rahmat, 1 rahmat dibahagikan kepada seluruh isi dunia ini, sedangkan 99 bahagian lagi dibahagikan di akhirat (iaitu didalam syurga)." (Riwayat Muslim)

Jadi secara kasarnya, kesenangan didalam syurga itu adalah 99 kali ganda berbanding kesenangan di dunia sekarang ini. Inilah pesona yang mampu menggerakkan Mukmin memburu baki 99 rahmat yang ditahan disisi-Nya.

Sumber : Solusi #38

Tuesday, October 11, 2011

Pernah Tengok Tak??

Tahukan anda wujud cicak berbelang merah seperti ini di dunia? Pernah tengok, jumpa @ ini kali pertama...
Mempersembahkan cicak malang berbelang merah.. Ini bukan semulajadi  sejak azali tetapi terjadi kerana tak berhati-hati.. >___<


Macam ini la hasilnya kalau suka suki je diving dalam jug air sirap ku.. nak bunuh pun tak sampai hati, akhirnya lepaskan aje la.. tu pun punya la lama duk melekat kat batang paip tu... 2,3 ari lepas nampak lagi cicak merah ni.. hai panjang umur ko!!

Thursday, August 4, 2011

Golden Churn Butter Disahkan TIDAK HALAL

ehsan dari mr. google ^__^
Pagi tadi sempat tengok kat berita TV1~dimana butter golden churn ni dah disahkan TIDAK HALAL & diingatkan kepada semua pengusaha kek lapis yang menggunakan butter jenis ni diarahkan menyamak semua peralatan yang digunakan. Mana-mana pengusaha yang dah siapkan stock kek tu harap-harap diorang lupuskan la jangan dijual pulak, naya pembeli nanti...

Mujur saya tak pernah guna produk ni... bila dah disahkan tidak halal, lagi la kena lebih berhati-hati... Ada baiknya belajar masak sendiri kek, kueh-kueh @ biskut-biskut demi terjamin kebersihan & status halalnya & kepuasan...

Selamat mem 'baking' !!

Wednesday, August 3, 2011

Adakah Bulu Binatang Itu Najis?

Assalamualaikum... tengah blog walking tiba-tiba terjumpa satu blog, Blog Jom Faham dengan topic yang sangat menarik, khususnya kepada pencinta-pencinta haiwan terutamanya meow yang comel-comel... mesti ramai yang memelihara kucingkan termasukkan la saya... saya adopted 2 ekor budak nakal ni...
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
V

haiii... saya ChiMot & saya Chitam.... kami budak baik tau...eheheheh

Saturday, May 28, 2011

Tak Malu Ke..

disuatu pagi yang indah.. seekor monkey jantan
tengah exercise...

"jogging atas pagar boleh menguatkan kaki & membesarkan otot..."

 "ulang 25 kali sehari selama seminggu boleh dapat otot macam gorila ni...
perhhh.... hensemnya aku nanti...."

"sapa pulak yang kacau port aku ni...
fuyooo ada cikaro laaaa.. cun!! "
jeng...jeng...jeng...

I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V


"kat sini pun boleh la, bikin kenangan terindah..."
"lu apa tengok-tengok, pandang sana la..."


 (beberapa kaki dibelakang)
oit mat, tunggu la..suruh aku pegang menda alah ni nk bt apa..
dapat cikaro terus lupa aku... 

tak tough pun ada cikaro nak...cancel la exercise, buat sakit badan je..
dating ngan aweks lagi syok.. darlingggg wait for me!!


p/s :- manusia & binatang dibezakan dengan akal fikiran, justeru itu gunakan lah akal yang waras untuk menentukan pilihan jalan hidup di dunia ini. 

"Dunia Hanya Pinjaman akan tetapi Akhirat Adalah Kekal Abadi"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...