Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket
Showing posts with label solusi. Show all posts
Showing posts with label solusi. Show all posts

Friday, January 27, 2012

Stres Dari Sudut Positif

a) Stres akibat takut gagal, menyebabkan kita bangun berusaha dengan lebih gigih.

b) Stres akibat hubungan kita yang tidak mesra dengan ibu bapa, menyebabkan kiya bertindak meminta maaf, berterus terang dan melakukan tindakan-tindakan positif bagi membetulkan keadaan.

c) Stres kerana jahil akan mendorong seseorang itu bangun menimba ilmu.

d) Stres kerana merasakan diri berdosa akan mendorong orang yang masih ada sekelumit iman dalam hati beristighfar, bertaubat dengan bersungguh dan berazam tidak akan mengulangi dosa silam.

e) Stres kerana merasakan diri tiada pencapaian akan memotivasikan diri berusaha meraih kejayaan dalam hidup.

f) Stres kerana melihat perbuatan mungkar berleluasa akan meyebabkan jiwa memberontak ingin melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

g) Stres kerana didiagnosis ada risiko kesihatan akan menyebabkan si pesakit berusaha menjaga pemakanan dan melakukan pelbagai usaha untuk penyembuhan. 

Source : Pahrol Mohamad Juoi, Majalah Solusi #16 

Thursday, December 15, 2011

Rahsia Disebalik Warna Hijau


Ayat-ayat al-Quran menyebut bahawa pakaian ahli syurga berwarna HIJAU pilihan warna ini mengandungi rahsia yang sangat mendalam. Para ulama sejak dahulu hingga sekarang banyak membincangkan makna disebalik warna HIJAU ini. Menurut imam al-Qurtubi dalam kitab al-Tazkirah, warna HIJAU menjadi pilihan kerana ia sangat lembut dipandang mata. Warna putih sangat menyilaukan dan warna hitam sangat gelap. Warna HIJAU berada antara putih dan hitam serta warna ini menghimpunkan cahaya.

Selain itu warna HIJAU juga memberi kesan psikologi yang sangat mendalam. Iman Mahmud Bin Abdillh al-Alusi menulis dalam tafsirnya "warna HIJAU adalah warna yang paling indah. Hati berasa gembira setiap kali melihatnya melebihi warna-warna yang lain".

Ucapan pakar tafsir ini mendapat sokongan daripada pakar pengkaji moden. Para pengkaji menemukan bahawa warna HIJAU mencerminkan ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan. Jika seorang pesakit melihat warna HIJAU hatinya akan dipenuhi perasaan optimistik. Kerana itulah warna HIJAU dipakai oleh doktar bedah didalam bilik pembedahan.

Warna HIJAU juga melambangkan kepuasan, kebanggaan dan kekuasaan. Menurut iman Ibn Ashur, warna HIJAU menjadi pilihan raja-raja zaman dahulu apabila syurga dipenuhi dengan warna ini, seolah-olah ia melambangkan kepuasan yang sangat sempurna dihati setiap ahlinya.  

Sumber sepenuhnya umar m.noor - solusi #38

Wednesday, December 14, 2011

Sutera Hijau Pakaian Ahli Syurga


Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : "Mereka itu (orang yang) diberikan syurga 'Adn, yang mengalir sungai-sungai dibawahnya. Didalam syurga itu, mereka dihiasi dengan gelang tangan emas dan memakai pakaian hijau daripada sundus dan istabraq. Mereka duduk sambil bersandar diatas pelamin-pelamin yang indah." (Suruh al-Kahfi 18 : 31) 

Dalam ayat yang lain,

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : "Pakaian mereka adalah pakaian hijau yang diperbuat daripada sundus dan istabraq, serta dihiaskan mereka dengan gelang tangan daripada perak. Tuhan mereka memberikan mereka minuman yang sangat suci." (Suruh al-Insan 76 : 21)

Sumber sepenuhnya umar m.noor - solusi #38
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...