Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket

Tuesday, June 7, 2011

Chocolate Chiffon Cake



Bahan A
30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)

100gm gula kastor

130gm tepung naik sendiri

1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
1 tsp esen vanila



Bahan B ~ cara bt maringue

4 biji putih telur

60gm gula kastor

1/4 tsp cream of tartar



sebelum
selepas

Cara-cara


1. Panaskan oven pada suhu 130C - 150C. 

2. Pukul butter, kuning telur & gula kemudian masukkan semua bahan A yang lain dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.

3. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.

4. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" yang telah disapu butter kelilingnya.

5. Bakar selama 35 minit atau hingga masak.

6. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai.
7. Setelah sejuk boleh la dipotong kepada 4 bahagian disapu mousse & diletak topping ikut citarasa sendiri. 


potong setelah kek betul-betul sejuk












Cara Buat Coklat Keping

Biasanya digunakankan untuk menghias kek...

1. Bentang kertas minyak atas board keras.
2. Cairkan coklat masakan menggunakan kaedah double boiler.
3. Tuang coklat keatas kertas minyak & ratakan mengikut ketebalan dikehendaki.
4. Kemudian cairkan coklat putih & masukkan kedalam piping beg.

ni gaya orang tak pro piping coklat putih..
comot betul rupanya... +___+

5. Picit coklat putih keatas coklat hitam tadi. Ikut suka corak apa yang berkenan.
6. Masukkan kedalam peti selama 10minit.
7. Kemudian keluarkan & potong. Kalau coklat keras, rehatkan seketika hingga boleh dipotong.
8. Pastikan tekan pisau hingga kertas putus ketika memotongnya. Potong la ikut corak yg disukai..

Apa Itu Maringue

Pada yang dah biasa masak-memasak kek mesti dah tahu maringue ni apakan. Pada yang belum, jom tengok macam mana nak buat maringue ni.

Bahan-bahannya :-
Telur putih
Gula kastor
Cream of tar tar (optional)
(kuantiti bergantung pada resepi la)


sebelum diputar

selepas diputar maksimum
Cara-cara :-
Putar dengan mixer kesemua bahan diatas pada kelajuan maksimum sehingga kembang, putih & bertanduk.
Nak tahu macam mana dah cukup kembang, cuba terbalikkan mangkuk tu, kalau adunan tak jatuh maknanya dah kembang. Like a magic!!

Sagu Gula Melaka

menu simple sesuai sangat untuk buat minum petang @ buat berbuka puasa... dimakan sejuk lagi sedap..

Bahan:-
1 cawan sagu mata ikan dibasuh & direndam seketika.
5 cawan air @ secukupnya

Bahan untuk kuah :-
100 ml santan segera + 1 cawan air
4 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam

Bahan untuk gula :-
1 cawan gula merah lembut
1 cawan air
1 helai daun pandan disiat

Cara-cara :-
A) untuk sagu
1. Panaskan air hingga mendidih, masukkan sagu, kacau hingga berkilat & jernih. Tambah air jika perlu. Agak-agak, jangan terlalu banyak nanti sagu lembik susah nak beku.
2. Angkat & masukkan kedalam acuan kecik-kecik. Sejukkan pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam peti ais untuk lebih sejuk.

B) untuk kuah
1. Masukkan santan, gula pasir & garam kedalam periuk.
2. Kalau nak santan lebih cair, tambahkan air lagi.
3. Panaskan hingga santan masak.

C) untuk gula
1. Masak gula merah, air & daun pandan hingga gula hancur.

Hidangan :-
keluarkan sagu yg telah beku & sejuk dari acuan kecil. Masukkan kedalam mangkuk. Curahkan santan & sedikit gula merah. Sedia untuk dimakan.

Char Kuey Teow

dah lama sangat nak buat char kuey teow dan ni baru berpeluang gara-gara baru jumpa sos ikan...hehehe
char kuey teow ni kena masak sepinggan-sepinggan, kalau gandakan bahan untuk masak sekali gus  berpinggan-pinggan nanti jadi tak sedap..
yang ni tak letak udang tu pasal nampak kerang je... =)

jom tengok bahan-bahannya :-
1. 1 sudu minyak masak
2. 1 ulas bawang putih (dicincang)
3. 1 sudu pes cili
4. 5 ekor udang
5. 1 genggam kerang
6. 1 sudu sos tiram
7. 1 sudu kicap cair masin
8. 1 sudu sos ikan
9. 1 genggam kuey teow
10. sedikit taugeh
11. sedikit kucai (dipotong 1" @ 2")
12. sebiji telur
13. 1/2 @ 1 cawan air ~ ikut saiz cawan la, kalau nak berkuah lebihkn air

cara-caranya :-
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang putih & pes cili (goreng sekejap).
3. Masukkan udang (goreng sekejap)
4. Masukkan sos tiram, sos ikan, kicap cair & air. 
5. Masukkan kerang & kuey teow & biar mendidih seketika.
6. Masukkan taugeh & kucai.
7. Kecilkan api kemudian masukkan telur.
8. Pecahkan telur kuning & gaul2 shingga rata seketika kemudian angkat. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...