Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket
Showing posts with label menu simple. Show all posts
Showing posts with label menu simple. Show all posts

Friday, May 25, 2012

Prawn Nugget Sempoi ^^

Satu soalan... ~ Pernah try?
Sama je macam makan burger, makan dengan roti burger cuma asasnya prawn nugget dan bezanya prawn nugget ni digoreng... memang sedap. Ni pun 1st time cuba dan tak mengecewakan... Tak caya, cuba la... ^^,)v

Wednesday, May 9, 2012

[Resepi] Telur Masak Kicap


 Bahan-bahan :
a) 4 biji telur (digoreng mata)
b) 1 biji bawang besar (potong bulat)
c) 1 biji cili besar merah (hiris serong)
d) 1/2 cawan kicap masin
e) 1 sudu sos tomato
f) Daun sup/daun bawang (hiasan)
g) Minyak untuk menggoreng/menumis

Cara memasak :
1. Panaskan minyak dan tumis cili & bawang besar hingga naik bau.
2. Masukkan kicap & sos tomato. 
3. Apabila mendidih masukkan daun sup/daun bawang.
4. Sedia dihidang.


Tips : Kalau nak lebih pedas, boleh letak 1@2 sudu cili boh/kisar semasa menumis bawang & cili potong. Tapi pastikan tumis cili kisar dulu. 

[Resepi] Nasi Goreng Saefood


Bahan A :-
a) 6 cawan nasi sejuk
b) Udang *
c) Sotong *
d) Fishball/Fishcake *
e) Lobak merah *
f) Kubis *
g) 1 biji telur
h) Daun bawang (hiasan)
i) Minyak masak (menumis)
j) Garam secukupnya *

Bahan B (Kisar) :-
a) 10 tangkai cili kering
b) 2 ulas bawang putih
c) 1 labu bawang besar
d) 1 batang serai
e) i sudu makan udang kering

Cara memasak :-
1. Panaskan minyak secukupnya & tumis bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan bahan bertanda (*)
3. Masukkan nasi dan kacau rata.
4. Masukkan telur dan kacau rata dengan semua bahan.
5. Angkat & taburkan daun bawang.


Friday, May 4, 2012

[Resepi] Mini Popia Bersira


Bahan-bahan A (Untuk Kulit)
a) Kulit popia secukupnya
b) 1 sudu makan + 1 sudu makan air (dibancuh sebagai gam kulit popia)
c) Minyak masak 

Bahan-bahan B (Untuk Sos)
a) 3 sudu makan cili kisar/boh
b) 2 sudu makan sos cili
c) 1 sudu makan cuka
d) 2 sudu makan gula
e) Minyak masak secukupnya
f) Bijan (optional)

Cara Membuatnya :-
1. Sekeping kulit popia dipotong dua.
2. Gulung longgar & gam dihujungnya dengan bancuhan tepung.
3. Potong menjadi 1 inci setiap satu.
4. Goreng hingga kekuning-kuningan. Angkat & ketepikan.
5. Tumis cili hingga garing. Masukkan sos, cuka, gula, bijan & masak hingga pekat.
6. Masukkan popia & gaul hingga sebati.
7. Angkat & sedia dinikmati.

Saturday, April 21, 2012

[Resepi] Popia Goreng Bersos


Bahan-bahan A (Untuk Kulit)
a) Kulit popia secukupnya
b) 1 sudu makan + 1 sudu makan air (dibancuh sebagai gam kulit popia)
c) Minyak masak 

Bahan-bahan B (Untuk Inti)
a) 1 biji telur
b) 1 batang lobak merah (disagat)
c) 1 cawan taugeh
d) 1 cawan daun kucai (potong 1 inci)
e) 1 labu bawang besar (hiris)
f) 1 ulas bawang putih (hiris)
g) 1 sudu minyak masak
h) 1 biji telur (goreng hancur)
i) Garam secukup rasa

Bahan-bahan C (Untuk Sos)
a) 3 sudu makan cili kisar/boh
b) 2 sudu makan sos cili
c) 1 sudu makan cuka
d) 2 sudu makan gula
e) Minyak masak secukupnya
f) Bijan (optional)

Letak ciput je, kalau banyak-banyak kang debab pulak popianya susah nak gulung...

Sebelum digoreng...

Cara Membuatnya :-
1. Tumis bawang hingga wangi.
2. Masukkan taugeh, kucai dan lobak merah. Goreng hingga layu kemudian masukkan garam & telur hancur.
3. Letak inti diatas kulit popia, gulung & lipat kiri kanan kemudian gam dihujungnya dengan bancuhan tepung.
4. Goreng hingga kekuning-kuningan. Angkat & ketepikan.
5. Tumis cili hingga garing. Masukkan sos, cuka, gula, bijan & masak hingga pekat.
6. Masukkan popia & gaul hingga sebati.
7. Angkat & sedia dinikmati.

Thursday, April 19, 2012

[Resepi] Cencaru Sumbat Kelapa


Bahan-bahan :
a) 3 ekor ikan cencaru (belah bahagian belakang & bersihkan)
b) Setengah biji kelapa parut
c) 1 biji bawang besar
d) 2 ulas bawang putih
e) 4 biji cili besar merah
f) 1 inci kunyit hidup
g) 2 keping asam keping~jgn besar2, kang rasa masam sgt *(optional)
h) 2 helai daun kunyit dihiris halus
i) Garam secukupnya

 Rupa paras kelapa parut yang telah digaul sebati...


Cara membuatnya :
1. Kesemua bahan kecuali asam keping & daun kunyit ditumbuk hingga lumat.
2. Masukkan daun kunyit & asam keping, gaulkan kesemua bahan dengan kelapa parut hingga sebati.
3. Sumbatkan kepala kepada ikan kemudian ikat dengan tali kain. (kalau taknak ikat pun boleh)
4. Boleh digoreng atau dibakar hingga masak. (A/N : saya lebih suka bakar, dapat kurangkan penggunaan minyak) 

Tips :
1. Bahan-bahan kena tumbuk, tak boleh blander sebab kalau blander kena guna air tapi resepi ni tak menggunakan air, so get ready la dengan segala perisai ye ^____^. 

[Resepi] Sardin Gulung


Bahan A :
6 keping roti sandwich biasa
2 biji telur (letak sedikit garam & pukul hingga agak kembang)
Serbuk roti (bergantung pada kuantiti)
Minyak untuk menggoreng

Bahan B (Inti) :
1 tin kecil sardin
1 labu bawang besar
1 biji cili besar merah (hiris)
1 biji limau kasturi (optional)
Garam secukupnya

Cara membuat :
1. Tumis bawang besar hingga layu, masukkan cili besar, sardin, perahan limau kasturi & garam.  
2. Setelah cukup rasa, ketepikan & hancurkan dengan garpu.
3. sapu inti pada roti, kemudian gulung & gam dengan sedikit telur yang telah dipukul tadi.
4. Celupkan keseluruh roti didalam telur yang telah dpukul.
5. Golekkan dalam serbuk roti.
6. Goreng hingga kekuning-kuningan.
7. Angkat & sedia dihidang.

Sunday, April 8, 2012

[Resepi] Sayur Campur Ala Cina

Soalan pertama : On diet ke?!
Kalau ye, resepi ni memang sesuai untuk orang berdiet. Cuba dulu baru tahu rasanya macam mana. Very simple but delicious taste..


Bahan-bahan :-
a) 8 ekor udang (dibunag kulit)
b) 30gm brokoli
c) 30gm bunga kubis
d) 30gm baby kailan
e) 1/2 batang lobak merah
f) 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
g) 2 sudu makan tepung jagung ( campur dengan 2 cawan air)
h) 1 biji telur
i) 1 kiub pati ayam
j) Minyak untuk menumis
k) Garam secukup rasa
l) Sedikit air

Cara Membuat :-
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau & kemudian masukkan udang.
2. Masukkan sedikit air & kiub pati ayam, kacau rata.
3. Masukkan sayur & kacau seketika kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung.
4. Kemudian masukkan telur, biar telur masak separuh dalam 30 saat kemudian barulah dikacau perlahan-lahan.
5. Masukkan garam jika perlu & tambah air jika kuah menjadi terlalu pekat. 
6. Kacau hingga mendidih, angkat & sedia untuk dihidang.

Tips :
i) Tepung jagung digunakan bertujuan untuk memekatkan kuah.
ii) Jangan masak sayur terlalu lama~sayur akan menjadi lembik menyebabkan hilang rasa sebenar sayur & kandungan nutrisi didalamnya. 

[Resepi] Pengat Nangka

~Mari menjamu selera~
Entry resepi ni dah pernah share sebelum ni, bulan puasa tahun lepas kalau tak silap tapi takpe la ni kira refresh and update la... ^___^


Bahan-bahan :-
a) Isi nangka (dipotong kecil)
b) Sebelah kelapa (diambil santannya, jangan terlalu cair)
c) 2 sudu sagu biji / sagu mata ikan
d) Gula putih secukupnya
e) Gula merah lembut secukupnya
f) Secubit garam
g) 2 helai daun pandan (disiat)

Cara-cara :-
1. Masukkan santan kelapa, gula merah, gula putih & garam kedalam periuk.
2. Masak hingga mendidih sedikit.
3. Masukkan sagu biji & daun pandan kemudian masukkan isi nangka.
4. Pastikan santan mendidih dengan api sederhana. Terus kacau supaya kuah tak berketul.
5. Setelah masak bolehlah di hidangkan..



[Update] Oat Cookies With Raisins


Ada pelbagai variasi... entry sebelum ni Oat Cookies With Honey Nuts.. Ada jugak campuran apple dan yang berperisa coklet. Pilih aje mana yang berkenan. Setakat ni suka yang with honey nuts tapi manis sikit la berbanding dengan with raisins ni... Cuba jangan tak cuba. Ada yang harga RM7.70 dan ada jugak RM7.90, benda sama je tapi dah kedai lain-lain harga pun tak sama... o_O~

Friday, March 30, 2012

Oat Cookies With Honey Nuts


Pernah try cookies ni? Kalau tak pernah, baik cuba sebab rasanya memang yummy!! Sangat sesuai untuk breakfast, mengenyangkan dan baik untuk kesihatan. Pada yang on diet lagi sesuai, lagi pun ambik nuts waktu pagi memang elok. Mula-mula ingatkan tak sedap sebab ada oat. Saya tak berapa nak masuk oat ni... kekekeke

So hubby beli 1 paket je ada 10 paket kecik-kecik dalamnya. Dalam 1 paket kecik tu ada 3 keping cookies. Tiba-tiba terasa nak try, mintak la sekeping je. 2 minit lepas tu~~~ mintak 1 paket terus.. ehehehe yummy.. memang sedap. Nampaknya next time these cookies will go to the shopping list each month la.... ^__________^

p/s : Cookies ni ada beberapa perasa dengan harga RM7.70/pack 

Saturday, March 17, 2012

Chicken Fingers.... yummy

Marina Chicken Fingers with two different flavor 
Original & Black Paper =D 

Nyum....nyum... yummy

Friday, February 24, 2012

Homemade "Apam Balik"

Ringkas, mudah & cepat...  Semudah ABC.... =D
Bahan-bahan :-
a) 2 cawan tepung gandum
b) 1/2 cawan gula pasir
c) 4 sudu teh serbuk penaik
d) 1/2 sudu teh garam halus
e) 1 sudu minyak masak
f) 1/2 sudu susu dibancuh dengan 2 cawan air

Inti :-
a) Gula pasir secukupnya 
b) Jagung @ kacang tanah yg telah dikisar (optional)

Cara-cara :-
1. Campurkan semua bahan kedalam mangkuk.
2. Whisk dengan kelajuan maksimum hingga kembang (buih-buih kelihatan)
3. Panaskan 'nonstick pan' dan masukkan sesenduk adunan.
4. i) Untuk apam balik nipis - Ratakan adunan macam nak buat lempeng tapi jangan terlalu nipis.
    ii) Untuk apam balik tebal - Jangan ratakan adunan.
5. Taburkan gula pasir & kacang tanah @ jagung.
6. Tutup kuali dan biarkan hingga kelihatan kekuningan/garing dikeliling adunan.
7. Lipat 2 dan boleh diangkat.

Tips :
i) Sukat menggunakan apa-apa saiz cawan pun tak kisah asalkan semua bahan-bahan disukat dengan cawan yang sama.
ii) Kalau guna cawan yang terlalu besar / kecil, pastikan jumlah penggunaan tepung penaik bersesuaian ye, kalau tak nanti terbantut pulak apam baliknya.
iii) Sedap dimakan ketika masih panas. 

Friday, February 17, 2012

New Year Burger

Yessss.... it's Mc Donald Prosperity Burger!! 




Cuci mata yea... kekekee 
Dalam setahun ada la dalam 3 bulan je burger ni interfrem. Hujung tahun hingga la awal tahun tu pasal jadi burger tahun baru, macam time musim sejuk je kat negara 4 musim tapi kat Malaysia ni hujung tahun musim tengkujuh dan awal tahun panas. Makan time cuaca panas ditambah pulak dengan limpahan sos lada hitam yang berlinangan tu, memang nak terbakar lidah rasanya. Tu sebab la saya tak pernah pass makan burger ni. Tak pernah berjaya makan sebiji pun, paling power pun daging dengan roti sekerat je tu pun dah siap lap-lap sosnya... 

So "i'm lovin' it" tu kasi tukar ke "i'm not really lovin' it"... hehehaha T__T

Sunday, February 5, 2012

Talang Masin Masak Asam

makan dengan nasi panas memang tasty ><

Bahan-bahan : 
a) Isi ikan masin talang/duri
b) 1 labu bawang besar (potong bulat)
c) 2 ulas bawang putih (hiris memanjang)
d) 1 biji cili besar merah/hijau (potong memanjang)
e) Sedikit pati bilis *optional
f) Garam & gula secukupnya
g) Semangkuk kecil air asam jawa

Cara-cara :
1. Basuh & gorengkan isi ikan hingga masak.
2. Tumis bawang besar, bawang putih & cili hingga naik bau.
3. Masukkan air asam jawa, pati bilis, garam & gula secukup rasa.
4. Masukkan isi ikan yang telah digoreng tadi.
5. Setelah cukup rasa, boleh la angkat & hidangkan.

p/s : kuantiti untuk bahan-bahan bergantung pada berapa banyak isi ikan yang digunakan.





Tuesday, October 11, 2011

Sambal Udang Petai


Suka makan petai?? Ada orang suka ada orang tak suka... stinky bean kata mat salleh.. ^^,v
stinky pun stinky lah janji sedap kan...

Sambal udang bersama petai... yummy!!

Bahan-bahan :-
1) Pisahkan petai dari kulit & selaputnya
2) Udang segar secukupnya
3) Pes cili boh + bawang merah & putih
4) Bawang besar (potong bulat)
5) Sedikit air asam 
6) Minyak untuk menumis
7) Air & garam secukupnya

Cara-cara :-
1. Rebus seketika petai (jangan terlalu lama nanti lembik)
2. Panaskan minyak & tumis pes cili hingga garing, naik bau & berubah warna keperangan.
3. Masukkan udang segar, kacau seketika kemudian masukkan bawang besar.
4. Masukkan air asam & air secukupnya.
5. Masukkan petai yang telah direbus, masukkan garam secukupnya & biarkan mendidih.
6. Setelah mendidih boleh diangkat & hidang.

Wednesday, July 27, 2011

Sup Sotong Simple

Bahan-bahan :-
a) 5 ekor sotong dipotong & dibersihkan
b) 1 ulas bawang besar
c) 2 ulas bawang putih
d) 2" halia
e) Sedikit air asam jawa
f) Sedikit soohun (optional)
g) Sedikit serbuk lada hitam (optional)
h) Garam secukupnya
i) Sedikit minyak untuk menumis
j) Air secukupnya

Cara-cara :-
1) Tumbuk semua bahan (b-d).
2) Panaskan minyak. Masukkan bahan yang ditumbuk & goreng hingga naik bau.
3) Masukkan sotong & goreng sikit hingga layu.
4) Masukkan air asam jawa, soohun & air secukupnya.
5) Setelah mendidih, masukkan garam secukup rasa.
6) Sedia untuk dimakan..

Note : Kalau suka banyak kuah, lebihkan la bawang & halianya supaya kuah tak cair je..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...