Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket
Showing posts with label bakar. Show all posts
Showing posts with label bakar. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

[Resepi] Cencaru Sumbat Kelapa


Bahan-bahan :
a) 3 ekor ikan cencaru (belah bahagian belakang & bersihkan)
b) Setengah biji kelapa parut
c) 1 biji bawang besar
d) 2 ulas bawang putih
e) 4 biji cili besar merah
f) 1 inci kunyit hidup
g) 2 keping asam keping~jgn besar2, kang rasa masam sgt *(optional)
h) 2 helai daun kunyit dihiris halus
i) Garam secukupnya

 Rupa paras kelapa parut yang telah digaul sebati...


Cara membuatnya :
1. Kesemua bahan kecuali asam keping & daun kunyit ditumbuk hingga lumat.
2. Masukkan daun kunyit & asam keping, gaulkan kesemua bahan dengan kelapa parut hingga sebati.
3. Sumbatkan kepala kepada ikan kemudian ikat dengan tali kain. (kalau taknak ikat pun boleh)
4. Boleh digoreng atau dibakar hingga masak. (A/N : saya lebih suka bakar, dapat kurangkan penggunaan minyak) 

Tips :
1. Bahan-bahan kena tumbuk, tak boleh blander sebab kalau blander kena guna air tapi resepi ni tak menggunakan air, so get ready la dengan segala perisai ye ^____^. 

Tuesday, March 6, 2012

Proses Penyediaan Satay

Satay yang telah siap dibakar... nyum...nyum

Bahan-bahan :-
a) 1 kg Daging ros/batang pinang @ Isi ayam
b) 2 Bawang besar *
c)  1 labu Bawang putih *
d) 3 batang serai *
e) 3" Lengkuas *
f) 3" Halia *
g) 2" Kunyit hidup *
h) 350gm gula pasir + gula merah (campur kedua-duanya)
i) 1 1/2 peket rempah kari daging Babas
i) Garam secukupnya
j) Lidi pencucuk
k) Minyak + sedikit air (renjis pada satay)

Cara-cara penyediaan :-
1. Potong daging ikut kesesuaian kemudian basuh, toskan dan ketepikan.
2. Kisar semua bahan bertanda (*)

3. Campur semua bahan yang telah dikisar bersama gula, garam dan rempah kari.

4. Gaul ayam atau daging tadi dengan bahan-bahan yang telah dikisar hingga sebati dan perap selama 2, 3 jam. 

5. Cucukkan pada lidi satay. Pastikan dicucuk tidak terlalu tebal dan rapat.

6. Bakar mengunakan suhu panas yang perlahan dan setelah 3/4 masak, renjiskan campuran minyak & air untuk mengelakkan daging terlalu kering dan keras.  

 
7. Setelah masak, boleh dinikmati bersama kuah kacang dan nasi impit.


Selamat Mencuba!!
v(^__^)v

Tuesday, October 11, 2011

Pemanggang Ajaib

Mesti biasa dengar alat pemanggang ajaib yang menggunakan bahan die-casting bagi mengelakkan makanan yang dipanggang mudah hangus... Tak rugi kalau memiliki 1 kat dapur rumah anda... berdasarkan pengalaman, memang best guna Die-Casting Pemanggang Ajaib ni... tak hangus, kalau panggang ikan takde la ikan tu kering sangat kalau panggang lama sikit pun kalau nak dibandingkan panggang guna arang.

Ni hasilnya...
Sebelum...

Selepas...

 


Dah lama sangat cari kuali pemanggang guna dapur gas je... sekali terjumpa kat sini fromkitchenware.blogspot.com... ciri-ciri pun dah menepati citarasa so apa lagi terus beli la... Harga pun RM129.00 je... berbaloi la..

Thursday, July 28, 2011

Biskut Buah a.k.a Mix Fruit Cookies

Assalamualaikum... 
Beberapa hari lagi nak tiba kedatangan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, selepas sebulan nanti berhari raya lah kita... semalam try la buat resipi biskut buah ni... rasanya sedap cuma rupanya tak berapa nak cantik, kali pertama buat belum dapat skill lagi nak membentuk bagi cantik... yang penting rasa dulu kasi tiptop then baru fikir macam mana nak makeup kasi cun... =p

multi rupa, bentuk & saiz yang terhasil tapi rasa tetap sama...

Bahan-bahan :-
a) 250gm buttercup
b) 1 cawan menggunung gula ising / 1 cawan rata gula halus (saya guna gula ising)
c) 3 1/2 cawan tepung gandum
d) 1/2 cawan tepung jagung
e) 2 biji telur kuning shj
f) 1 cawan buah-buahan campuran (boleh tambah ceri merah&hijau dipotong halus)
g) 1 sudu teh baking powder(ayak dengan tepung)


Cara-cara :-
1) Putar butter & gula hingga kembang.
2) Masukkan telur kuning, putar sekejab kemudian masukkan buah-buahan.
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit & gaul hingga menjadi doh.
4) Bentukkan adunan menjadi segi empat panjang seperti kotak gigi (lihat gambar atas). 
5) Bungkus dengan plastik (sambil bungkus tu kemas & padat-padatkan).
6) Sejukkan dalam peti ais pada suhu biasa selama 1-2jam.
7) Keluarkan & potong setebal 1cm setiap keping.
8) Panaskan oven terlebih dahulu kemudian bakar pada suhu 150c selama 10min @ hingga masak.

Note : Setiap oven tak sama tahap panasnya so kena adjust sendiri la ikut kesesuaian oven masing-masing... ^^,



Friday, April 8, 2011

CenCaRu BaKar Vs aSaM PeDaS CenCaRu

Cencaru Bakar 
a) Ikan cencaru (jumlah & saiz ikan trpulang pd selera masing2)
b) Basuh bersih (jgn buang kulit keras)
c) Bakar kayu arang hingga menjadi bara.
d) Bakar ikan hingga masak (pastikn jgn bakar trlalu kering)


ikan bakar dimakan dgn nasi panas, budu perahan kasturi & ulam timun... nyum...nyum..nyum



Asam Pedas Cencaru

Bahan-bahan :

a) Seekor ikan cencaru saiz sederhana d potong 3
b) 6 sudu bsr pes cili kering
c) 2 ulas bwg putih (tumbuk)
d) 1 labu bwh besar (tumbuk)
e) 1 sudu kecik kerisik
f) beberapa helai daum kesum
g) sedikit air asam jawa
h) minyak utk menumis
i) garam secukup rasa
j) Air secukupnya

Cara membuat :

a) Tumis pes cili kering brsama bwg besar & bwg putih hingga garing.
b) Masukkan ikan cencaru, kacau hingga sedikit layu.
c) Masukkan kerisik, daun kesum & air asam jawa.
d) Masukkan air mengikut tahap kecairan kuah yg d kehendaki.
e) Biar hingga menggelegak, kacau sekali sekala.
f)  Masukkan garam secukupnya.
g) Setelah ikan masak boleh lh d hidang utk lunch @ dinner


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...