Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket
Showing posts with label rebus. Show all posts
Showing posts with label rebus. Show all posts

Saturday, February 4, 2012

Ketam Bunga Di Hujung Minggu

Hai...
Rasa-rasanya dah lama tak post entry masak memasak kat sini, last time pun dah tak ingat bila tahun lepas la tu.. hehehe ^^ So hari ni kita layan ketam bunga di hujung minggu.. kata orang coklet 'flowering crab' tapi kata orang putih tak tahu la apa o__O 
Dah lama tak makan ketam so sometimes terasa jugak la nak merasa seafood bercengkerang ni. Kali ni rebus aje lah, simple... asyik masak rempah-rempah, lemak-lemak je kang tak muat pulak IJN tu.. kolestrol tinggi =)

Belum masak macam ni la rupanya. Dalam kuali ni semuanya ketam betina, kalau ketam jantan tu handsome la sikit warnanya biru-biru tapi saya lebih suka ketam betina sebabnya ada telur dan lebih berat dengan isi. Well, kita kan nak makan isi bukan nak makan kulitnya... ^^,)

Dah masak, apa lagi... moh la kita bersantap. Yummy...yummy!!
Jemput tengok  gambar ye (^__^)v

Tips : Kalau nak beli ketam tu beli time bulan penuh, maksudnya 15hb atau hujung bulan 30hb. Guna kalender Islam tau. Time tu isi ketam pun penuh, berat la ketamnya kalau time lain ketam-ketam tu diet... T__T 

Tuesday, October 11, 2011

Sambal Udang Petai


Suka makan petai?? Ada orang suka ada orang tak suka... stinky bean kata mat salleh.. ^^,v
stinky pun stinky lah janji sedap kan...

Sambal udang bersama petai... yummy!!

Bahan-bahan :-
1) Pisahkan petai dari kulit & selaputnya
2) Udang segar secukupnya
3) Pes cili boh + bawang merah & putih
4) Bawang besar (potong bulat)
5) Sedikit air asam 
6) Minyak untuk menumis
7) Air & garam secukupnya

Cara-cara :-
1. Rebus seketika petai (jangan terlalu lama nanti lembik)
2. Panaskan minyak & tumis pes cili hingga garing, naik bau & berubah warna keperangan.
3. Masukkan udang segar, kacau seketika kemudian masukkan bawang besar.
4. Masukkan air asam & air secukupnya.
5. Masukkan petai yang telah direbus, masukkan garam secukupnya & biarkan mendidih.
6. Setelah mendidih boleh diangkat & hidang.

Tuesday, August 16, 2011

Buah Melaka

Assalamualaikum.... 
Salam Ramadhan hari ke 16.... 2,3 ari tak berblogging, balik kampung~rumah husband so hari ni kembali turun ke dapur ^__^... cuci mulut untuk berbuka harini.... buah melaka a.k.a ondeh-ondeh.. eh ke onde-onde??!?
confuse jab... erm.... mana-mana la... ehehehehe... ada jugak yang panggil puteri terjun kat belah sarawak la..


Bahan-bahannya :-
a) Tepung pulut
b) Beberapa helai daun pandan (diambil patinya~boleh tumbuk @ bland)
c) Gula melaka (potong kecil-kecil)
d) Air secukupnya untuk merebus
e) Kelapa parut secukupnya + secubit garam (gaul rata)

Cara-cara :-
1. Uli tepung pulut dengan pati pandan hingga menjadi doh (masuk pati sikit-sikit~jgn terlalu lembik).
2. Cubit doh sebesar ibu jari, masukkan gula ditengahnya & bulat-bulatkan.
3. Didihkan air didalam periuk.
4. Masukkan doh yang telah digentel bulat kedalam periuk, rebus hingga masak.
5. Angkat, toskan seketika & golek-golekkan/lumur didalam kelapa parut.
6. Bolehlah dihidang...

Note : 
1. Seeloknya daun pandan ditumbuk, jika dikisar memerlukan air yang agak banyak untuk mengisar menyebabkan pati menjadi cair.
2. Macam mana nak tahu doh masak?... kueh akan naik ke permukaan bila masak~ 2 sebab ada teka teki buah apa yang bila masak naik ke atas... =D


Wednesday, April 27, 2011

Laksa Penang


lama dah rasanya tak makan laksa penang buatan sendiri maka ngan itu seharian la arini nyum...nyum... laksa je....ehehehe

tambah telur rebus then ready utk dimakan =D
mari...mari tengok bahan-bahannya :-
4 ekor ikan sardin (bersihkan)
5 tangkai cili kering (dikisar)
1 labu bawang besar (dikisar)
segenggam ikan bilis (dikisar)
2 kuntum bunga kantan (dihiris halus)
daun kesum (dihiris halus)
4 @ 5 keping asam keping
garam secukup rasa
air (ikut tahap kecairan dikehendaki)
laksa kering (rebus / celur)

Cara memasak :-
1) Rebus ikan sardin kemudian asingkan tulang & isi ikan.
2) Kisar tulang2 ikan kemudian tapis airnya. Campur hasil tapisan dgn isi ikan.  
     Ketepikan.
3) Cili kering, bawang besar & ikan bilis dikisar halus.
4) Dalam periuk, satukan isi ikan, cili yg dikisar, bunga kantan, daun kesum & air.
5) Masak hingga mendidih. Masukkan asam keping & garam secukup rasa.

kesemua bahan dimasukkan dlm periuk

# Seelok-eloknya rendam laksa kering semalaman supaya tidak mengambil masa yg lama untuk merebusnya.

Friday, April 8, 2011

KeTuPaT SoToNg


hasilnya - ketupat sotong yg dikeringkn kuah nya


Bahan-bahan :-


5 ekor sotong sederhana besar. 
60gm beras pulut (bersih & toskan). 
70ml santan pekat + 25ml air. 
4 sudu makan gula merah. 
1 helai daun pandan(disiat). 
Garam secukup rasa. 
Lidi sbg pencucuk.



Cara Memasaknya :-
sotong yg telah siap di isi pulut, lidi yg brlebihan blh dipotong
masak dgn api yg perlahan
a) Masukkan beras pulut kedalam sotong, jgn trlalu penuh separuh bahagian  sahaja.
b) Masukkan kembali kepala sotong dan sematkan / cucukkan lidi supaya beras tak terkeluar.
c) Potong lebihan lidi jika trlalu pnjang.
d) Susun sotong dlm periuk & masukkan santan.
e) Masukkan gula merah, garam secukupnya & daun pandan.
f) Tutup periuk & masak selama lebih kurang sejam dengan api yg perlahan.
g) Sekali sekala kacau santan yg melekat pd keliling periuk.
h) Setelah masak boleh la dihidang.



SELAMAT MENJAMU SELERA!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...