Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket
Showing posts with label langkawi. Show all posts
Showing posts with label langkawi. Show all posts

Tuesday, April 24, 2012

Info : Underwater World Langkawi


When Adventure Become Experience




GENERAL INFO
Open Daily : 10.00am - 6.00pm (last entrance at 6pm)
Public and School Holiday : 9.30am - 6.30pm
*Call us for our special packages
* Educational school trips are welcome 

Underwater World Langkawi Sdn Bhd
Zon Pantai Cenang, Mukim Kedawang,
07000 Pulau Langkawi, Kedah
Tel : 604-955 6100
Fax : 604-955 6103/4
Email : enquiries@edenzil.com
www.underwaterworldlangkawi.com.my

Langkawi Pamplet

Nak panggil apa ye benda ni. Nak kata pamplet tapi besar sangat.. tak kisah la panggil apa pun yang penting info yang tercetak dalam kertas besar ni. Merangkumi tempat-tampat menarik yang ada disekitar Langkawi. Macam mana nak dapat benda ni? Bila tiba di Jetty Point, ada orang akan bagi, dia berdiri tak jauh dari kaunter tiket. Saya dapat kertas iklan ni masa nak balik sebab masa sampai tak lalu pun kat situ, bila nak balik baru lalu sebab nak beli tiket. ehehehehee ambik aje lah, kot-kot lain kali nak datang lagi... xD 


***SeLaMaT BerCuT!***

Info : Langkawi Cable Car

OPERATION HOURS ~ Monday-Thursday        :  10.00am-6.00pm
                                         Friday- Public Holiday  : 9.30am- 7.00pm
                                         Wednesday only           : 12.00 noon - 6.00pm

#IMPORTANT INFO
Langkawi Cable Car operation is subject to weather conditions. Customers are advised to call before visiting to avoid disappointment.

Dengan menaiki kereta kabel akan membawa pengunjung ke puncak gunung kedua tertinggi di Langkawi~Mount Mac Chinchang dimana pemandangan pulau di sekitarnya sangat menakjubkan. Pada hari yang cerah, pengunjung juga dapat melihat bahagian Thailand ke arah utara dan Indonesia ke arah selatan-barat. Masa yang diambil untuk tiba di atas bukit selama 20 minit. Pengunjung dapat menikmati pemandangan flora lereng bukit, air terjun dan sekilas pandang sesekali hidupan liar burung-burung.
[Eng] A cable car ride takes visitors to Langkawi's second highest peak of Mount Mac Chinchang, where the view of the surrounding island is simple spectacular. On clear days, visitors can also see parts of Thailand towards the North and Indonesia towards the South-West. The cable car ride up the hill takes about 20 minutes. Enjoy great views of the hillside flora, waterfall and occasional glimpses of the wildlife and birds. 


[Eng] Complete in 2004, this suspended pedestrian bridge is located at the top of the Mac Chinchang mountain and forms part of the Gunung Mac Chinchang Geo-Eco Tourism Park master plan. Suspended from a record-breaking 82m high single pylon, the curve bridge intersects a dramatic geological chasm up to 100m above ground, swinging out over the landscape to give visitors a unique spatial experience, and to bring them into otherwise unattainable locations, above virgin jungle, with spectacular views. Notably, in contrast to a straight bridge, where the end is always monotonously in sight, a curved bridge offers spectacularly changing perspectives that reinvent themselves, as one proceeds along it.    

[Eng] Measuring 125m in lenght, this structure ranks among the world's longest curved pedestrian bridges and constructing it was no easy feat as the solution had to amalgamate the following critical elements : structural balancing from a single point (top of the pylon), optimal weight management and load distribution, pre-fabrication of bridge and on site installation. The entire bridge, in all its elements, had to be lifted up to the mountain by helicopter, and was subsequently assembled to its position.


HANGING BRIDGE~The fact
-Jarak keseluruhan 125m ~ Overall distance 125m
- Ketinggian tiang 82m ~ Pylon height 82m
- Tiang asas diatas paras laut 605m ~ Pylon foundation above-sea-level 605m
- Tiang atas diatas paras laut 687m ~ Top of pylon above-sea-level 687m
- Muatan/kapasiti maksimum 200 org @ 4 org per m2 ~ Loading/maximum capacity 200 pax @ 4 person per m2
- Kawasan persegi 500m2 ~ Square area 500m2
- Tempoh pembinaan ~ Construction period (August 2003-August 2004) 12 months
- Dibuka kepada pengujung ~ Open to public 27 February 2005

ACTIVITY CORNER
1. Deer Farm
2. Special Event : Such as lunch, hi-tea, dinner, sunset cocktail etc
3. Wax
4. Photo Souvenir
5. Cafe
6. Cartoon Caricature
7. Rabbit Farm
8. Reflexology
9. Jungle Trackking

Cable Car System For Gunung Mac Chinchang
- Horizontal distance 2079m
Vertical rise 680m 
Inclined distance 2158m
Haul rope diameter 50mm 
Bull wheel diameter 6.10m
Passenger per-gondola 6 persons
Design speed 5 m/sec
Operation speed 3 m/sec
Turn round trip time 28 mins
Hourly capacity 700 pax/hour
Numbers per stations 3
Numbers of "On-line Towers'2
Height of Tower 1 (nearest to Base Station) 38m
Height of Tower 270m
Longest free span (between Tower 2  and Middle Station) 950m
Steepest gradient 42 degrees
Construction period (April 2001 - August 2002) 16 months
Testing & commissioning period (August - October '02) 3 months
Open to public (Free ride) - (October 2002) 1 months
Revenue collection commencing - (Novemver '02) to date






Saturday, April 7, 2012

Final Episode At Pulau Langkawi

Hai...hai ^^
Link 3D2N di Langkawi, cer klik ----> Part 1Part 2Part 3Part 4HomestayDataran Lang and this is the final episode... Wah dah lepas sebulan baru nak keluar episod terakhir... Biar lambat asalkan selamat... kekeke..     

Pagi Ahad bermakna hari terakhir di Langkawi. Lepas semua dah ready dengan semua beg dan segala extra beg dah di masukkan dalam van terus check out dan destinasi pertama menuju ke "Cable Car" sekali lagi. Masa hari pertama tu tak jadi naik sebab "Curved Suspension Bridge" tu ditutup sebab cuaca tak mengizinkan. Dek kerana jambatan melengkung tu menjadi matlamat utama so diputuskan naik pada pagi Ahad.  


 Seawal jam 8.30am dah sampai kat Sky Cab counter. Dengan semangat yang berkobar-kobar collect "My Card" masing-masing  then line-up. Ramai jugak la pengujung yang dah beratur. Tengah-tengah beratur tu tiba-tiba announcement berkumandang ~Cable Car ditutup semantara kerana cuaca buruk!!~ Adoi... kecewanya ><


Macam ni la keadaan atas bukit sana selepas pengumuman penutupan sementara operasi kereta kabel. Masa ni cuaca pun berangin je macam nak hujan. Then father in law decided tunggu sampai pukul 11am, kalau tak bukak jugak maknanya takda rezeki la tu nak naik "Langkawi Cable Car" la tu.


 Dek kerana masih awal, Animal Farm ni pun tak bukak lagi. Snap gambar main entrance aje lah.. =) 


 Sambil-sambil nak tunggu kereta kabel beroperasi semula, jalan-jalan kat dalam kawasan cable car ni... Permandangannya memang cantik, kawasan tu dijadikan macam sebuah bandar dengan tasiknya, janbatan gantung siap ada sepasang itik bebas jalan-jalan kat taman ni sebelum terjun masuk dalam tasik kat belakang tu...


  Banggunan kuning kat belakang tu ~ hotel

Ni jambatan gantungnya...

Ni pulak aktiviti bagi ikan makan. Makanan ikan boleh beli dengan harga RM1.00 kat kaunter belakang tu tapi tak nampak pulak dalam gambar ni.. ^^ Banyak sangat ikan, itik pun ada...


Nampak gayanya sampai pukul 11am pun kereta kabel masih tak beroperasi sebab cuaca semakin buruk dengan hujan turun dan station-station atas bukit tu pun dah tak nampak langsung ditutupi kabus tebal... Maka balik la kami dengan penuh kehampaan.. Huhuhuhuuu.. Ni la namanya kita merancang tapi Tuhan yang menentukan. Takde rezeki kali ni, nampak gaya macam nak suruh datang lagi sekali je... kekekekek XD


Dari cable car terus menuju ke Jetty Point.


 Perkara pertama yang perlu dibuat kena la beli tiket balik dulu. 11 keping tiket menuju ke Kuala Perlis pada perjalanan 2.30pm..


 Selesai beli tiket, menuju ke destinasi terakhir.. tempat ni wajib pegi, mercu tanda Pulau Langkawi ~ Dataran Lang


 Fuh, panas terik time ni... tengah hari buta orang kata... =D
Kat bawah helang yang ready nak departure ni ada ular sawa batik so pada yang nak ambik gambar ke boleh la... Klik kat SINI aktiviti dengan ular sawa....   


Panas-panas pun redah je, ready semua... say kimchiiiii!!


 Kat dalam Jetty Point... Pegi 2 beg je tapi bila balik, beranak pulak begnya... eheheheheh


 Feri yang bakal dinaiki... Bukan je penuh dengan orang, sarat dengan barang-barang jugak...


 Sekitar jam 4.00pm selamat tiba di Jeti Kuala Perlis...


 5.30pm bergerak meninggalkan Negeri Perlis Indra Kayangan... Selamat tinggal, mungkin akan tiba lagi suatu hari nanti...


Menuju ke Negeri Perak... Nasib baik tak terus balik ke Purtajaya, kalau tak dekat 500km  nak kena redah tu... 

Tak ingat dah pukul berapa tiba kat R&R Sungai Perak ni, berhenti solat & makan malam kat sini, rehat-rehat sebelum meneruskan perjalanan pulang...


  3D2N Vacation ke Langkawi berakhir dengan jayanya walaupun ada kekurangan disana sini tapi tetap puas dapat meluangkan masa berkualiti dengan keluarga. Ke utara sudah, next destination kemana pulak... hrmm, mungkin ke selatan atau mungkin juga ke pantai timur?! Tungguuuuuu.... ^___________^

Wednesday, March 28, 2012

Playing With A Snake @ Dataran Lang

Ni la last activity sebelum meninggalkan Langkawi. Main dengan ular kat Dataran Lang. Bayaran cuma RM5.00 je, guna camera sendiri boleh snap sebanyak mana gambar yang nak la. Owner ular sawa batik ni pun sporting. So pada yang tak geli/tak takut = suka ular tu jangan lepaskan peluang kalau datang Langkawi ni....


Tercapai jugak akhirnya... dah lama nak main ngan ular ni ^____^

 Adik-adik ipar ku yang berani.... go girls go... XD

Adik ipar dengan father in law... like father like son... dalam takut ada berani..... ^^,)


Link to my other story @ Langkawi -----> part 1part 2part 3part 4 & homestay


Friday, March 23, 2012

Homestay @ Langkawi Island

3D2N @ Langkawi Island duduk kat homestay je.. Family members pun ramai so amik homestay je, sebijik rumah so memang selesa la... Tengok aje lah gambar-gambar kat bawah ni..
l
l
l
l
l
l
l
l
l
V
Homestay Taman Nilam, Pulau Langkawi
Pintu depan.... tengok luar pun dah tahu besar tak besar rumah ni kan.

Kawasan homestay ni dalam pagar maksudnya rumah teres dalam pagar then ada pagar lain yang cover kawasan homestay tu..  tiang merah tu la pagarnya..  

Kawasan dalam rumah...
1 = master bed room siap bilik air la
2 = bilik kedua (sederhana besar)
3 = bilik ketiga terletak sebelah dapur (saiz kecik sikit la)
4 = ruang makan dengan dapur
Kawasan living room pulak terasing dari kawasan makan ni. Nak cerita pasal kemudahan pulak, senang kata lengkap la. Ada aircornd, kipas, iron board, buai baby, peti sejuk, dapur lengkap dengan alatan memasak, meja makan, sofa, TV + astro standard, cermin besar, extra blanket & bilik air ada 2.


Untuk 3 hari 2 malam dengan harga RM350.00!!!
Berminat?? Ni no phone yang boleh dihubungi 019-417 2177 atau sila la ke langkawihomestay.com


Underwater World Langkawi [Part 4]

.....Sambungan 3D2N @ Langkawi Island~
Jom jenguk-jenguk kat sini dulu ----> Part 1Part 2 & Part 3

Aktitivi pada hari Sabtu petang diteruskan.  Pagi tadi dah menyelam, berenang, mengayuh sampaikan berkungfu pun sudah. So petang ni kita pegi Underwater World pulak. Tapi ada sad news la because my kotak hitam a.k.a camera running out of battery. Ni semuanya sebab my dear hubby lupa nak off selepas dia guna masa kat Pulau Beras Basah. 2jam on, mana tak kering baterinya. As a result, tak dapat la snap gambar kat Underwater tapi mujur father in law ada bawak backup so ada la gambar kenangan jugak. Yang dapat share buat masa sekarang ni dalam sekeping dua yang sempat di snap waktu pagi tadi masa tunggu orang yang uruskan boat sebelum Island Hopping.


Underwater ni tak dapat la nak menandingi kehebatan Aquaria KLCC. Pada siapa yang dah pegi dua-dua tempat ni mesti tahu bezanya. Tapi yang bagusnya kay sini offer hidupan yang takde/susah nak jumpa kat Aquaria iaitu singa laut tido atas bantal batu dengan penguin happy feet yang ada kening panjang kuning-kuning tu. Cute sangat tengok singa laut tu baring mengering then kepala alas dengan batu macam batu bata tu. Cuma takde gambar je nak share kat sini kalau tak dah lama snap cute habit tu.. ^^,)  

 Ni kat dalam underwater, sempat la bergambar ngan 'si batik' ni. Untuk ular kecik RM10 dan untuk saiz besar RM20. Yang saiz besar ada 2 jenis, sawa batik dengan sawa albino. 

 Lokasi kat sebelah Underwater World. Tempat shopping jugak la. Tapi tak masuk pun sebab dah shopping kat Kuah.

Balik dari Underwater World terus menuju ke Pekan Kuah. Apa lagi, nak pegi Idaman Suri la. Nama pun sesuai sangat barang yang ditawarkan. Segala pinggan mangkuk, periuk belanga ada disini. Memang idaman suri betul... >__<
 Ni aje la barang dapur yang diborong kat Idaman Suri tu.. Takmau beli banyak-banyak, kang payah nak bawak balik.. Settle shopping pinggan mangkuk terus straight ke kedai makan having dinner then balik homestay.. Badan dah letik, mata pun dah ngantuk so apa lagi.... zzZZzZZzZzzzZzzzZ

.......bersambung.........
\(,^^)(^^,)/  

Thursday, March 15, 2012

Island Hopping @ Langkawi [Part 3]

As promised i'm back to continue part 3.. sebelum tu, sila la klik part 1 & part 2 dengan senang hati yea...
Alright, hari ke-2 di Langkawi bermakna hari sabtu. Pagi ni punya plan nak pegi island hopping so 9am dah sampai kat Jeti Teluk Baru..
 Me with 'V' shape... =D
Check...check jangan tak check, kot-kot ada yang tertinggal dalam van tu...

Senarai pakej bot. Tempah awal-awal lagi bagus, sebelum datang tu booking dulu lagi bagus.. Ni dapat RM270 je island hopping untuk 3 pulau selama 3 jam maximum.. Kalau nasib baik boleh dapat lagi murah!!

Yes, atas bot menuju ke Pulau Dayang Bunting.. perjalanan tak jauh pun tapi tak ingat pulak berapa minit... kekekee Nampak tak sticker hijau kat baju tu? Pengenalan la tu....

Air laut yang menghijau... yes, hijau. Boleh tahan jernihnya tapi tak la sejernih Manukan @ Mamutik Island kat Sabah tuuuuu... ^^,)

Ada rupa orang tengah baring tak?! Ni la Pulau Dayang Bunting... 

Sampai... sebelum menuju ke tasik, bergambar la dulu ye. Kat sini banyak sangat monyet/kera dan adik beradiknya. So bila datang sini kena la berhati-hati sebab monyet-monyet ni tak takut orang langsung & attack beg-beg plastik @ apa yang boleh menarik perhatian dia untuk steal it. So put extra careful.

Mari mendaki. Laluan jalan kaki menuju ke Tasik Dayang Bunting yang terletak kat tengah-tengah pulau. Ada la dalam 5,6,7,8 minit berjalan kaki naik tangga turun tangga baru sampai... (^__~)

Perkhidmatan yang ada kat tasik. 

Atas paddle boat. Jenuh jugak la mengayuh macam nak tercabut lutut... >< Kalau rasa-rasa tak larat kayuh tu sewa la solar boat, kena kayuh kejap je then boat tu jalan sendiri.

Lagenda Tasik Dayang Bunting

Hujan gerimis pun tak menghalang pengunjung berkubang dalam tasik ni.. Nak mandi kat sini kena pakai life jacket kalau tak reti berenang sebabnya kaki memang takkan cecah dasar. Lebih 10 meter dalamnya... Agak menggerunkan... >< 

Pemandangan pelantar dari tengah tasik...

Sebelum balik, kita sengeh dulu... v(^__^)v


Berada di Pulau Singa Besar untuk tengok 'Eagle Feeding'... 
 Memang best la tengok helang-helang pelbagai species ni. Terbang menjunam untuk sambar makanan dalam air. Terpukau seketika..



Paling syok tengok bila helang-helang ni terbang bersilang-silang sambar makanan, hampir-hampir nak accident pun ada tapi boleh break on time.... hahahaha ^.^ 

Menuju ke destinasi terakhir, Pulau Beras Basah untuk snorkeling.
Tempat pendaratan, jeti la tu... Ramai jugak pengunjung tunggu untuk balik.

Yes barisan ninja turtle, grab your gear on and get ready!! ^______^
Tapi tak best la snorkeling kat sini, tak nampak apa-apa pun keruh je. Nak buat macam mana, kita snorkeling sini, bot lalu depan tu mana tak keruh. Tak sesuai buat aktiviti snorkeling kat sini.  

Bukti saya pernah berada disini... ehehehehehee

Will be back!!!
\(^__^)/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...