Hola... hahaha
Baru balik vacation last week. Masih terasa lagi mood nya.. Jom follow my experience sepanjang 3D2N kat sana. Sebelum tu sambungan dari entry EnRouteToKualaPerlis...
Sekitar jam 10.45am selamat tiba kat Jeti Kuah selepas lebih kurang sejam perjalanan dengan kenderaan air..
Finally tiba jugak kat Langkawi ni.... =)
Sampai-sampai je terus ambik van & kunci homestay yang dah di booking awal-awal.
Ni la rupa van nya, jenis urvan dengan 14 seater. Family members 11 orang je tapi saja booking van 14 seater untuk keselesaan dan ada lebih ruang nak letak barang bila balik nanti. Nama pun Langkawi, tak sah kalau balik takde extra luggage kan. Harga pun memang berpatutan, RM320 je untuk 48 jam.
Sebelah petang menuju ke Perusahaan Gamat Asli Nusantara. Nak cari tempat ni pun senang je, terletak tepi jalan yang sama dengan Hospital Langkawi. Mercu tandanya, ada botol gamat gergasi ni.
Lautan minyak gamat, ada jugak minyak lain tapi bahan utamanya gamat la. Pilih je mana berkenan tapi jangan lupa bawak bakul ye.
Sebahagian daripada minyak gamat yang dibeli...
Lepas shopping gamat, singgah kat sini pulak.. Tak masuk pun, just snap photos here and there je.
Destinasi terakhir pada hari pertama ----> Cable car
Niat nak naik hari ni, tapi disebabkan cuaca tak berapa nak cantik so pihak pengurusan tutup kawasan jambatan kat atas tu so kitorang decide nak naik hari ahad je sebab matlamat memang nak jalan atas jambatan tu. Just tanya info-infi yang patut aje lah.
Bergambar jap sebelum balik. Mujur ada tripod dapat la semua bergambar sekali... =D
l
l
l
l
l
l
l
l
l
V
Shopping chocolate!!! Over hundred la abis kat sini... ehehehee
Nampak tak lollipop chupa chupa kat belah kiri tu... mati-mati la ingatkan lollipop tu memang besar tu rupa-rupanya dalamnya ada 10 batang lollipop saiz biasa kecik-kecik tu... ahahahaha... nampak sangat tak pernah beli besar tu... @__@
Yeah... borong jangan tak borong.... >____<
#1 - Fish & chips, #2 - Chicken chop & #3 - Chicken grill
Selesai perjalanan hari pertama, 2 more days to go... will back.. see you soon...
0 Br!LL!anT !DeA:
Post a Comment