Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket

Thursday, March 15, 2012

Island Hopping @ Langkawi [Part 3]

As promised i'm back to continue part 3.. sebelum tu, sila la klik part 1 & part 2 dengan senang hati yea...
Alright, hari ke-2 di Langkawi bermakna hari sabtu. Pagi ni punya plan nak pegi island hopping so 9am dah sampai kat Jeti Teluk Baru..
 Me with 'V' shape... =D
Check...check jangan tak check, kot-kot ada yang tertinggal dalam van tu...

Senarai pakej bot. Tempah awal-awal lagi bagus, sebelum datang tu booking dulu lagi bagus.. Ni dapat RM270 je island hopping untuk 3 pulau selama 3 jam maximum.. Kalau nasib baik boleh dapat lagi murah!!

Yes, atas bot menuju ke Pulau Dayang Bunting.. perjalanan tak jauh pun tapi tak ingat pulak berapa minit... kekekee Nampak tak sticker hijau kat baju tu? Pengenalan la tu....

Air laut yang menghijau... yes, hijau. Boleh tahan jernihnya tapi tak la sejernih Manukan @ Mamutik Island kat Sabah tuuuuu... ^^,)

Ada rupa orang tengah baring tak?! Ni la Pulau Dayang Bunting... 

Sampai... sebelum menuju ke tasik, bergambar la dulu ye. Kat sini banyak sangat monyet/kera dan adik beradiknya. So bila datang sini kena la berhati-hati sebab monyet-monyet ni tak takut orang langsung & attack beg-beg plastik @ apa yang boleh menarik perhatian dia untuk steal it. So put extra careful.

Mari mendaki. Laluan jalan kaki menuju ke Tasik Dayang Bunting yang terletak kat tengah-tengah pulau. Ada la dalam 5,6,7,8 minit berjalan kaki naik tangga turun tangga baru sampai... (^__~)

Perkhidmatan yang ada kat tasik. 

Atas paddle boat. Jenuh jugak la mengayuh macam nak tercabut lutut... >< Kalau rasa-rasa tak larat kayuh tu sewa la solar boat, kena kayuh kejap je then boat tu jalan sendiri.

Lagenda Tasik Dayang Bunting

Hujan gerimis pun tak menghalang pengunjung berkubang dalam tasik ni.. Nak mandi kat sini kena pakai life jacket kalau tak reti berenang sebabnya kaki memang takkan cecah dasar. Lebih 10 meter dalamnya... Agak menggerunkan... >< 

Pemandangan pelantar dari tengah tasik...

Sebelum balik, kita sengeh dulu... v(^__^)v


Berada di Pulau Singa Besar untuk tengok 'Eagle Feeding'... 
 Memang best la tengok helang-helang pelbagai species ni. Terbang menjunam untuk sambar makanan dalam air. Terpukau seketika..



Paling syok tengok bila helang-helang ni terbang bersilang-silang sambar makanan, hampir-hampir nak accident pun ada tapi boleh break on time.... hahahaha ^.^ 

Menuju ke destinasi terakhir, Pulau Beras Basah untuk snorkeling.
Tempat pendaratan, jeti la tu... Ramai jugak pengunjung tunggu untuk balik.

Yes barisan ninja turtle, grab your gear on and get ready!! ^______^
Tapi tak best la snorkeling kat sini, tak nampak apa-apa pun keruh je. Nak buat macam mana, kita snorkeling sini, bot lalu depan tu mana tak keruh. Tak sesuai buat aktiviti snorkeling kat sini.  

Bukti saya pernah berada disini... ehehehehehee

Will be back!!!
\(^__^)/

1 comment:

  1. island hoping nie antara xtvt wajib kalu g langkawi...best gak especially masa kt tasik dayang bunting

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...