Wednesday, March 7, 2012

En Route To Kuala Perlis [Part 1]


Thursday 
Sekitar jam 9.30pm, 3 buah kereta konvoi dari rumah mother in law menuju ke utara & masuk highway melalui tol Simpang Pulai. Berhenti kejap di Hentian Sg. Perak. 11.37pm masuk sempadan Kedah & 11.43pm masuk sempadan Pulau Pinang. 11.57 pm tiba di tol Juru (RM18.60)

Friday
12.17am tiba di plaza tol Sg. Dua & masuk sempadan Kedah semula pada 12.29am. Berhenti rehat & tido kat kawasan rehat Gurun selama sejam. 2.30am keluar tol Hutan Kampung, Kedah (RM 13.00). Pukul 3.19am selamat tiba di Jeti Kuala Perlis. 


Sempat snap photo kat hentian Gurun... letak kamera atas bonet je...ehehehe

Konvoi 3 kereta dengan 12 members... =)


Waktu pun masih awal so apa lagi, masing-masing terkungkang la dalam kereta tapi ada jugak yang jadi kelawar layan roti canai sementara nak tunggu waktu Subuh. 1st time sampai Perlis ni, orang kata kat sini Solat Subuh tak baca Doa Qunud & doa lepas solat. Memang betul pun, lain padang lain belalangnya... confuse sekejab.. eheheheh






Breakfast kat restoran 24/7 ni...

Lepas solat Subuh terus beli tiket & sarapan pagi. Tiket feri 9.30am. Sementara nak tunggu feri tu ni la yang berlaku..
l
l
l
l
l
l
l
l
l
V




9.15am masuk feri & 9.50am feri bergerak meninggalkan Jeti Kuala Perlis...



Dalam feri... 

Ketika menghampiri Jeti Kuah..

Finally, 10.45am tiba di Jeti Kuah, Pulau Langkawi ^__^

Will back soon...!!

Link to Part 2Part 3Part 4 & Homestay

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...