Sunday, November 4, 2012

Jaejoong's Apology Letter For Indonesia Fanmeeting




Hello.. 
Indonesian fans..
This is the first time I’m having a fan meeting in Indonesia, yet it turns out I will speak not through my voice but through letters. Firstly, with an apologetic heart, I’m not sure what to say.. 
The day before coming here, I suddenly lost my voice so I was scared and frightened. I was worried about what I should say to everyone…I’m sorry. 
I should be talking lots, crying, laughing, and singing for you all. 
So…I concluded that I should make great memories with everyone at a closer distance.. I’m not sure if the amount of talking and singing will be lacking, but if you can understand, I will be grateful..
This is a far place that I can’t frequently come to yet so many fans give me and JYJ so much love, and despite me and JYJ not being able to always see it, thank you for giving us your support. 
The me who is sitting in this seat right now, I’m a really fortunate guy right?^^ 
It’s been a while since I’ve written a letter like this.. 
In this unfortunate event of me losing my voice.. surely, with an apologetic and thankful heart, we must be feeling happy right?
For the sake of each other, because we love. 
For the precious ‘us’ and me, Kim Jaejoong, I will gain more strength and show everyone a better me in the future. 
Furthermore, everyone…I will make everyone laugh more than I have up until now. 
It may be hard but today, let’s have the best time with a method exclusive to us.
                                                                        – JJ -
Pic Credit : @rizzuku
Korean Transcription : @jjjelove
Translated by : @mhmyjunsu + @theyoungestmin (Other Trans)
Shared by : JYJ3 + sph_mirahara



Friday, November 2, 2012

Pekena Mee Udang Kuala Sepetang

Dari Kuala Kangsar menuju je Taman Tasik Taiping dan destinasi seterusnya dan secara rasminya penutup untuk Family outing kali ni adalah pekena mee usang di Kuala Sepetang.. Alang-alang dah sampai ke Taiping tu apa salahnya lajak sikit ke Kuala Sepetang..  bukan selalu pun.. ^___^

 Masuk aje kawasan Kuala Sepetang ni memang banyak kedai-kedai yang jual mee udang, tepuk dada tanya selera.. pilih aje kedai mana yang berkenan dihati... Untuk kali ni kitorang pilih Restoran Mee Udang Mak Jah.. Restoran ni dah memang ada nama, dah biasa masuk paper, tv, mag so memang sangat ramai la pengunjung nya..

Kasi tengok sikit macam mana rupa paras mee udang kedai Mak Jah ni...
Ni mee udang biasa, kalau yang special lebih besar dan lebih banyak udangnya..

Kopek siap-siap kulitnya lebih senang nak makan nanti.. Yang bestnya, udang yang digunakan adalah udang laut dan bukannya udang pelihara..

My father in law~macam tak cukup sifat je udang yang sebelah lagi tu.. =D

Jemput makan... (´ڡ`)


Depan Restoran Mee Udang Mak Jah... 
~saya tiada disitu kerana saya ada disini~

Gendang gendut tali kecapi.. kenyang perut senang hati (o^^)o♥

Singgah Sebentar Di Taman Tasik Taiping

Dari Kuala Kangsar singgah pulak ke Taman Tasik Taiping.. Spend quality time bersama keluarga di hujung minggu.. memang ramai pengunjung beriadah kat sini.. tu belum kira lagi pasangan-pasangan pengantin baru yang buat outdoor photoshoot kat sekitar taman tasik ni.. yang nampak je lebih dari 5 pasangan yang tak nampak tak tahu la..

 Kalau tak silap kat Taman Tasik Taiping ni aje yang ada pokok-pokok besar berdahan macam ni... 

 Sayangnya tasik ni macam dah kering... bukan macam, rasanya memang semakin mengering...

 Buktinya dah macam berkolam, sebelah kiri dan kanan dah terpisah airnya...

 "Ye murid-murid, kawasan ini hanya boleh dilalui dengan kelajuan seperti yang ditunjukkan diatas"

 Tak tih... pesanan untuk Darwisyah~cepat-cepat sikit dapat lesen 'P' ^___^


 Yay.... naik kuda ~ ni bukan 'oppa gangnam style' tau.. ni 'Darwisyah MN style'..  v(^o^)v
tapi itu kuda ke rusa tu... hrmm @__@

another TBC to Kuala Sepetang... here we go
Annyeong (^o^)/


Family Outing @ Kuala Kangsar

Bak kata adik ipar, dah lama tak buat aktiviti family macam ni.. walau pun tak semua family member ada pun takpe la.. orang kata sambil menyelam minum air so sambil-sambil nak membeli barang sempat la singgah situ sana sini.. xD

Sempat singgah Masjid Ubudiah untuk Solat Zohor.. ingatkan tak pernah sampai lagi masjid ni, bila masuk dalam baru ingat pernah datang ke masjid dalam 9 @ 10 tahun dulu.. ehehee

Adik-adik ipar ku...

Yea Darwisyah nak capai apa tu.. =D

Kat depan Istana Iskandariah...

Singgah sekejap di Muzium Diraja Perak sebelah Istana Iskandariah..

Sayang ni masa ni tengah buat kerja-kerja konsovasi so ditutup untuk sementara waktu... tak dapat la masuk, tengok dari luar aje la... 

TBC at Taman Tasik Taiping...
(^_^)/

Exercise Di Gunung Bunga Buah, Genting Highland

Update : Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan jurupandu/guide berpengalaman, boleh hubungi Mr.Ded (013-2556838)..

-----*-----*-----*-----*-----
Setelah lebih sebulan menyepi, kini kembali berceloteh itu dan ini.. Secara rasminya ni adalah entry pertama untuk kesekian kali~ Mendaki Gunung Bunga Buah yang berlokasi di Genting Highland. Kiranya gunung ni yang paling dekat dengan pusat bandar, lebih kurang 40km dari Kuala Lumpur menjadikannya popular bagi pendaki sekitar Lembah Klang..

Gunung Bunga Buah yang setinggi 4690 kaki dari aras laut ni seelok-elok mulakan pendakian seawal yang boleh, atleast pukul 0700 tu dah mula dah..

Sebelum memulakan pendakian, kita sengih dulu =D
Ni adalah kawasan parking kereta kemudian lalu di celah-celah kebun sayur untuk ke starting point~ bermaksud cabaran sudah bermula..




Lebih kurang macam ni la pendakian permulaannya.. Mula-mula lagi dah terpaksa 'merangkak' lepas tu terus mencanak je treknya.. Pergh, macam nak pecah jantung rasa terseksa sangat nak melangkat setiap step tu. Dalam kepala dah fikir, nak balik.. nak balik... nak balik.... padahal bukan jauh pun nak tiba ke kawasan jalan raya tu >< Semangat setinggi Everest tadi terus jatuh merudum.. Untuk amateur climbers macam saya ni memang menguji fizikal dan mental..

Lepas trek yang mencanak tadi tu, tiba di kawasan berturap ni.. Nampak macam berjalan biasa tapi mendaki jugak ni..

Lepas tu jumpa kawasan kuari macam ni...

Nampak berlorong sebab kawasan ni tak pernah sunyi dari  dilalui oleh pendaki-pendaki..

Ni kira check point la, naik atau turun pendaki-pendaki mesti akan berhenti kat sini.. berehat sebentar menikmati permandangan...

Antara rupa paras trek yang perlu dihadapi.. Untuk mengelakkan dari tersesat, sila la gunakan trek yang sedia ada, jangan pandai-pandai nak guna laluan lain.. perhati betul-betul trek yang jelas kelihatan memang takkan sesat, mendaki sorang-sorang pun boleh.. 

Pendakian diteruskan~menghala ke Gotong Jaya.. 
Yang menariknya gunung ni berperingkat, maksudnya ada ketika pendaki kena mendaki dan ada ketikanya mendatar dan pada satu ketika kena menurun jadi badan tidak terlalu stress...

Tiba dikawasan Rock Garden. Biasanya tempat ni menjadi lokasi pendaki berhenti, kepada yang ingin ke puncak.. perjalanan akan diteruskan mengambil masa lebih kurang sejam untuk tiba dan pada yang sebaliknya, mereka akan berpatah balik. Tapi menjadi perkara wajib untuk berhenti disini..

Gambar dirakam dari kawasan Rock Garden.. Yang ada anak panah tu la Pusat Peranginan Genting Highland.. nampak macam banggunan-banggunan kan.. So nak ber'facebook' ber'twitter' atas gunung ni pun boleh!! \(^^,)/ Ibaratnya sambil mendaki sambil makan angin.. =D

Kawasan Rock Garden ni memang cantik, rasa sejuk je dan kalau bernasib baik, dapat tengok kabus disepanjang pendakian so memang tak rasa panas. Berpeluh tapi rasa nyaman macam dalam aircond.. Itu salah satu kelebihan gunung ni.. kurang la sensara dek kepanasan mentari..


Nampak berlumutkan, maknanya sejuk.. Jangan lupa bawak sweater.. silap-silap haribulan boleh mengigil kalau tak pakai sweater.. 

Saje je panjat atas batu tu... tapi permandangan dan sekitarnya memang memukau...

XPDC kali ni tak tiba ke puncak pun, sekadar tiba di Rock Garden je.. jadi sekitar jam 1300 dan mula mendaki turun..  

Turun dan turun lagi......... tapi tak bermakna turun tu takde istilah mendaki kan.. (^^,)v 


Akhirnya tiba semula di starting point.. Kepada pendaki-pendaki yang ingin menawan gunung-gunung lain seperti Tahan atau Kinabalu, gunung Bunga Buah ni menjadi pilihan lokasi terbaik untuk aktiviti latihan dan persediaan.. 

Youtube version... eheheee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...