Tuesday, May 31, 2011

Cara Untuk 'Centre Widget'

Yang ni pun tutorial untuk diri sendiri jugak....
1) Pilih mana-mana  widget yang nak dike'tengah'kan di page elements.
2) Klik edit pada gadget tu.
3) Tambah kod <div align="center"> di awal dan kod </div> di akhirnya seperti gambar dibawah.


4) Kemudian preview dulu untuk lihat hasilnya.
5) Save.

Cara Pasang Link Banner

tutorial ni peringatan untuk diri sendiri... =p
1) salin semua kod dibawah kedalam add gadget page elements

(KOD A - UNTUK MEMBUAT LINK BANNER / GAMBAR)
<br /><br />
<img border="0" alt="Sehelai Pandan Hijau" src="http://i811.photobucket.com/albums/zz36/asksalman/LogoAskSpace.gif" />
<br /><br />
<textarea rows="6" cols="20" name="code">
<a href="http://sehelaipandanhijau.blogspot.com" target="_blank">
<img border="0" alt="Sehelai Pandan Hijau" src="http://i811.photobucket.com/albums/zz36/asksalman/LogoAskSpace.gif" /></a>

</textarea>
atau

(KOD B - UNTUK MEMBUAT LINK SAHAJA) 
<br /><br />
<textarea rows="6" cols="20" name="code">
<a href="http://sehelaipandanhijau.blogspot.com" target="_blank">Cheat-Gunbound</a>

</textarea>


2) Tukar :- a) hijau - tajuk blog
            b) biru - URL blog
            c) marah - link blog
3) Preview dulu sebelum save.
4) Copy paste url banner pada blog ke add gadget yang baru kemudian save.

Sunday, May 29, 2011

Senarai Kedai Alatan Bakery Seluruh Malaysia


kepada sesiapa yang suka bake kek, roti @ biskut raya mesti korang tercari-cari kedai bakery yang terdekatkan. kalau tak jumpa memang tension je rasa... rosak program. so ni saya nak share senarai kedai-kedai yang ada dlm malaysia, singapore dan brunei.. kreadit pada www.sissyira.com diatas information anda..



[ KUALA LUMPUR/WILAYAH PERSEKUTUAN ]
Bake Supplier
Jalan SG 1/9,
Taman Sri Gombak. 

Yen Bakery Supply Enterprise
19,Jalan Maju 3/3,
Taman Lembah Maju,
Cheras,
56100 Kuala Lumpur.
Tel : 03 4146 1510 

Bake With Yen
29 & 33,Lorong Haji Taib Satu,
50350 Kuala Lumpur.
Tel : 03 2692 7623
Faks : 03 2694 5668 

Bake With Yen
TS123 - TS125,Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.
Tel : 7727 6073 

Saturday, May 28, 2011

Tak Malu Ke..

disuatu pagi yang indah.. seekor monkey jantan
tengah exercise...

"jogging atas pagar boleh menguatkan kaki & membesarkan otot..."

 "ulang 25 kali sehari selama seminggu boleh dapat otot macam gorila ni...
perhhh.... hensemnya aku nanti...."

"sapa pulak yang kacau port aku ni...
fuyooo ada cikaro laaaa.. cun!! "
jeng...jeng...jeng...

I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V


"kat sini pun boleh la, bikin kenangan terindah..."
"lu apa tengok-tengok, pandang sana la..."


 (beberapa kaki dibelakang)
oit mat, tunggu la..suruh aku pegang menda alah ni nk bt apa..
dapat cikaro terus lupa aku... 

tak tough pun ada cikaro nak...cancel la exercise, buat sakit badan je..
dating ngan aweks lagi syok.. darlingggg wait for me!!


p/s :- manusia & binatang dibezakan dengan akal fikiran, justeru itu gunakan lah akal yang waras untuk menentukan pilihan jalan hidup di dunia ini. 

"Dunia Hanya Pinjaman akan tetapi Akhirat Adalah Kekal Abadi"

Friday, May 27, 2011

Keperluan Asas Membuat Kek



semalam sempat menyerbu kedai alatan kek Yummie Bakery kat kompleks diamond belakang WARTA bandar baru bangi.. dah lama sangat dah nak cari kedai jual alatan buat kek  & ni baru kesampaian.. 120% happy.. Thanks a lot la pada hubby yang sudi meneman & mencari barang sekali... and thanks a lot jugak kepada pemilik cutieshomebakery.blogspot.com diatas info yang diberi...

ni alamat kedai tu :-
Yummie Bakery
Lot 313, 
Kompleks Diamond,
Jln Medan Bangi Off Persiaran Bandar,
Bandar Baru Bangi, Selangor
Fon : 03-8210 1588

kedai ni ada buka lagi satu kedai yang lebih besar, tak jauh pun dari kedai lama ni.. berdepan masjid bandar baru bangi tu ada kedai kopitiam bangi. kedai yummie bakery baru ni terletak kat bangunan bertengang dengan bangunan kedai kopitiam bangi. boleh nampak dari jalan besar traffic light tu.

sempat la memborong dekat 20 jenis barang dengan harga tepat RM88.00, harga pun lagi murah dari kat pasaraya la.. memang teruja, lagi pun anniversary dalam 2 minggu lagi, cadang-cadang nak buat indulgent cake so mencari bahan2 la... baru la boleh mem'baking' cake dengan gumbiranya... (^^,)  

Ayam Kentang Masak Kicap


Bahan-bahan :-
a) ayam dibersihkan & dipotong kecil-kecil.
b) 1 biji kentang.
c) 1 labu bawang besar (potong bulat)
d) 2 ulas bawang putih (hiris halus)
d) 1 inci halia (hiris halus)
e) 1/2 batang cili besar (potong serong)
f) kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih & buah pelaga.
g) minyak untuk menumis.
h) kicap manis & kicap masin.
i) air secukupnya.
j) sedikit serbuk kunyit (untuk gaul dengan ayam)

cara-cara :-
1) goreng kentang & ketepikan.
2) gaul ayam dengan serbuk kunyit, kemudian goreng & ketepikan.
3) tumis bawang besar, bawang putih & halia hingga naik bau.
4) masukkan semua bahan *f dan cili besar.
5) masukkan kicap manis, masin & air secukupnya.
6) apabila kuah mendidih, masukkan kentang dan ayam yg telah digoreng tadi.
7) kacau seketika kemudian boleh diangkat.

note :- tak perlu garam kerana dah guna kicap tapi kalau tak cukup masin boleh la ditambah garam ikut keperluan.

p/s :- Kurangkan masin dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman... ^__^


Puteri Mandi

lama betul tak buat bubur puteri mandi ni sampai la satu petang tengah syok-syok ber"blogging" tiba-tiba bunyi msg masuk kat handfon.. ingatkan iklan celcom cam biasa la, sebab sejak-sejak demam facebook melanda dunia ni, kengkawan contact melalui fb je.. rupanya classmate zaman belajar dulu tanya macam mana nak buat PUTERI MANDI.. aku pun dah lama tak buat dan ni la hasilnya...

bahan-bahan :-
a) tepung pulut (ikut banyak yg diingini)
b) air secukupnya
c) pewarna hijau, merah (ikut warna yg diingini)
d) 150ml santan kelapa segera + 50ml air (ikut tahap kepekatan diingini)
e) sehelai daun pandan
f) 2 sudu besar gula merah
g) 1 1/2 sudu besar gula putih

p/s : gula tu boleh agak-agak ikut kegemaran manisnya la ye.. =)

cara-cara :-
1a) bahagi tepung pulut kepada 3 bahagian.
1b) bahagian pertama dibancuh dgn air sedikit demi sedikit menjadi doh putih & ketepikan.
1c) titiskan pewarna hijau ke dalam air & bancuh bahagian kedua menjadi doh & ketepikan.
1d) titiskan pewarna merah kedalam air & bancuh bahagian ketiga menjadi doh & ketepikan.

2) gentel kecil-kecil kesemua doh tadi.
3) didihkan air dalam periuk. masukkan doh kecik-kecik tadi kedalam periuk.
   apabila masak, puteri mandi akan timbul di permukaan. angkat & masukkan
   kedalam semangkuk air. bertujuan untuk mengelakkan puteri melekat antara satu
   sama lain.
4) didalam periuk lain, masukkan santan, gula merah, gula pasir & daun pandan.
5) kacau hingga santan mendidih, kemudian masukkan kesemua puteri tadi. didihkan 
   sekali lagi kemudian boleh angkat dan dihidangkan.
   
   









Monday, May 23, 2011

How The-Clock GUIDE To Better Living

do you  want to sleep well, protect your heart and drop a few kilos? it's easy- if you tap into your body's natural rhythms..


thanks to an internal clock  to helps trigger migration, pollination and well even more surprising is that our body follow a clock too. our ability to get a good night's sleep, blood pressure and stamina during exercise - just about every biological process sticks to some kind of daily or seasonal rhythm..

what that means :-

you can improve your health with barely any effort - if you know how to use the power of your body's daily, weekly and seasonal cycles. too feel better now, here's the right time to.....

GET THE BEST MEDICAL CARE
- have a cavity filled in the afternoon.
- check your blood pressure in the morning and at night. 

DROP A FEW KILOS
- weight yourself on friday and monday.
- exercise in the evening
- eat dinner earlier

PROTECT YOUR HEART
- get an extra hour of sleep next time you turn the clocks forward
- take preventive medicines in the evening.  

EASE THE SNEEZING AND WHEEZING
- get tested for asthma in the morning.
- eat dinner atleast 3 hours before going to bed.
- take allergy medicine in the evening.
- go for walk in the evening.

FEEL MORE ENERGETIC
- arrive in the new time zone early in the morning.
- sit by a window at breakfast.
- take a nap in the early afternoon.

THE SLEEP RIDDLE
- the importance of valuing sleep.



TIPS TO HELP YOU GET THE MOST OUT OF YOUR SLEEP :-
  • go to bed the same time each day.
  • be active and spend time outside.
  • avoid nap during the day.
  • avoid caffeine after lunchtime.
  • make sure your bedroom isn't too hot or cold
  • use your bedroom for sleep only : no laptop or TVs.

Friday, May 20, 2011

Kelebihan Peluk Isteri

KeLebihan Peluk Isteri (untuk yang dah berkahwin) Pada Yang Belum Tu Cecepat la Kawin =)

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10saat setiap pagi akan panjang umur 5 tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Fadhilah Kamsah berkata fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana perlukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan perlbagai hormon termasuk endofin yang baik untuk kesihatan tubuh. "Bagaimanapun, sebagai orang islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak ditangan ALLAH", katanya. 


Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semulajadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan, sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan Sunnah Rasulullah s.a.w.  Tambah beliau, ada kajian di A.S. juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolestrol dan meningkatkan kesihatan isteri.     *carigold.com     Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkankan berat badan digalakkan memeluk isterinya lebih kerap   Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketampilan menarik..
dari : Realiti Alam Perkahwinan


-Perkahwinan itu suatu sedekah-

Thursday, May 19, 2011

Tauladan Perangkap Tikus

Kisah ni saya terbaca dari blog Cina Islam, ada pengajaran disebalik kisah ni jadi saya nak berkongsi dengan korang semua... selamat membaca dan menghayatinya... =D
 
Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja.
Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??"

Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah perangkap tikus.
Sang tikus naik panik bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, "Ada perangkap tikus di rumah... di rumah sekarang ada perangkap tikus...."

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, "Ada perangkat tikus!"
Sang Ayam berkata, "Tuan Tikus! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi.

Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati... tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku."

Tikus lalu menemui Lembu. Ia mendapat jawaban sama.
"Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus."

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular.

Sang ular berkata "Eleh engkau ni... Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku."

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.

Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena.

Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa.
Ekor ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan.
Si suami pun membawa isterinya ke rumah sakit.

Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun masih demam.
Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam.

Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda.

Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing.

Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.

Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia.
Ramai sungguh orang datang melawat jenazahnya.

Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa.

Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan, sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan.

Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

MORAL: SUATU HARI... KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA DAN LANGSUNG TAK BANTU APA YANG MAMPU... FIKIRKANLAH SEKALI LAGI.


Wednesday, May 18, 2011

Adab Memotong Kuku Mengikut Sunnah Rasullah Saw

Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

RASULULLAH S.A.W BERSABDA :-.

Barang siapa yang mengerat / memotong kukunya pada :-

i)   Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat & masuk kepadanya penyakit.
ii)  Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
iii) Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
iv) Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
v)  Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
vi) Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila & masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
vii) Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosa seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala. 


Apabila seorang perempuan / wanita itu sembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada mana-mana pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al-Bazzar)

Monday, May 16, 2011

Dalam Kenangan Cikgu Halimah... Bangau Oh Bangau

assalamualaikum readers & bloggers...
korang mesti biasa dengar lagu ni masa kecik-kecikkan.. lagu kanak-kanak yang pernah dicipta suatu ketika dulu oleh Orang Melayu. dialunkan, dinyanyikan & diajar kepada anak, cucu, cicit hingga ke generasi kita sebagai hiburan...

 betapa hebatnya orang dulu mencipta, mengaitkan antara satu sama lain ibarat rantaian TAPI korang perasan tak setiap rangkap  dari mula sampai akhir mengambarkan sikap negatif ~ suka menyalahkan pihak lain diatas setiap perkara yang terjadi..
kalau dalam lagu ni dari bangau sampai la ke katak, semuanya menyalahkan benda lain... nasib baik la ular tu bijak dengan mengaku katak tu makanan dia kalau tak alamatnya berpusing satu dunia pun tak jumpa penghujungnya...

bangau oh bangau,
kenapa engkau kurus,
macam mana aku tak kurus,
ikan takmau timbul...

ikan oh ikan,
kenapa taknak timbul,
macam mana aku nak timbul,
rumput panjang sangat...

rumput oh rumput,
kenapa engkau panjang,
macam mana aku tak panjang,
kerbau tak makan aku...

kerbau oh kerbau,
kenapa tak makan rumput,
macam mana aku nak makan,
perut aku sakit...

perut oh perut,
kenapa engkau sakit,
macam mana aku tak sakit,
makan nasi mentah...

nasi oh nasi,
kenapa engkau mentah,
macam mana aku tak mentah,
kayu api basah...

kayu oh kayu,
kenapa engkau basah,
macam mana aku tak basah,
hujan timpa aku...

hujan oh hujan,
kenapa timpa kayu,
macam mana aku tak timpa,
katak panggil aku...

katak oh katak,
kenapa panggil hujan,
macam mana aku tak panggil,
ular nak makan aku...

ular oh ular,
kenapa makan katak,
macam mana aku tak makan,
itu memang makanan aku!!!

lagu ni mengingatkan aku pada seorang guru ku yang pernah mengajar aku prinsip akaun suatu ketika dulu.. dia cukup anti dengan lagu ni, menunjukkan kelemahan orang melayu yang gemar menunding jari katanya. dia terangkan pada aku & beberapa orang rakan yang ada pada waktu tu.. bila difikirkan balik memang ada kebenarannya..

tapi kini dia telah dijemput ilahi.. Alfatihah buat Allahyarhamah Pn. Halimah, jasamu tetap dikenang..

bersempena 16 Mei 2011, aku mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru & para pensyarah yang pernah mengajar aku sewaktu di tadika islam, SRA, junior school, high school & IPT...
tiada apa yang dapat ku hamparkan pada kalian melainkan ucapan keramat... 

"TERIMA KASIH USTAZAH".. "TERIMA KASIH CIKGU"... "TERIMA KASIH PUAN/ENCIK/CIK" ... & "TERIMA KASIH DR"

Terima Kasih diatas segala ilmu yang kalian curahkan ^____^




My Lovely Meeoooowwwww..

Entry kali ni tentang makhluk yang so adorable, cute, berbulu, gebu semua lah..mesti korang dah boleh teka apakah makhluk itu kan... =) yee betulll... kucing!!
ada setengah-setengah orang takut, geli & fobia ngan kucing tapi pada aku, last time check, no doubt.. aku tersangat la suka kan kucing. Pecinta kucing tegar... =D


ni Sleepy

Sleepy ni aku bela masa study. Dah berlapis generasi sebelum dia yang aku bela. Start dari ibu dia masa tu tahun 2003 & sleepy ni kalau tak silap generasi keempat @ kelima. Sleepy ni 5 beradik tapi dia seko je yang hidup sebab dia penakut dengan semua benda apatah lagi kucing jantan lain. Tak pernah bergaduh langsung padahal dia pun jantan jugak. Dapat nama sleepy sebab dia la jaguh tido berbanding ngan yang lain. Habis study masa tahun 2007, sleepy & ibu nya terpaksa aku tinggalkan tanpa rela. Sleepy ni mulut bising, selagi aku tak cakap dengan dia selagi tu la dia berbunyi sampai la saat-saat akhir sebelum aku berlalu dia mengiau tanpa henti.

Gambar dia duduk atas tembok tu adalah gambar hari terakhir aku sentuh dia.. Walaupun dah bertahun berlalu aku tetap rindu kan dia, rasa macam masih segar kenangan tu. Bila cakap tentang kucing aku always teringatkan dia, sleepy itu sleepy ini... walaupun aku ada bela kucing lain selepas dia.

Maafkan aku, aku tak pernah langsung berniat untuk meninggalkan kamu, Sleepy ku sayang!!

ni Puteh

Puteh ni aku bela masa tahun 2008 kemudian hilang dipercayai diambil orang. Sedih bila kenangkan hari terakhir sebelum hilang. Dia macam dah tahu je dia akan hilang sebab pada hari malang tu dia langsung taknak keluar rumah tapi aku letak jugak dia kt luar then dia masuk ikut tingkap bilik atas (perkara yang dia tak pernah buat sebelum ni). Tapi aku keluarkan dia balik & itu lah saat terakhir aku sentuh, pandang & cakap dengan dia. Aku pesan jangan main jauh-jauh, nanti petang balik makan tapi petang tu Puteh tak penah lagi balik sampai la ke hari ni.. huhuhuhu =,(


ni Debab a.k.a Bab Bab
Debab ni aku bela tahun lepas, dia kucing jalanan. Masa aku pindah kat umah sekarang ni, dia dok kat area belakang umah. So aku adopt dia. Debab ni jinak & sangat manja. Sekali je aku sentuh dia & sejak tu setiap kali nampak aku mesti dia datang. Suka tido dalam bilik mandi & suka cakar karpet.. >_<
Kalau aku pegi mana-mana (maksudnya sehari suntuk @ lebih sehari takde kat umah) aku akan cakap kat dia sampai la 1 ari tu aku balik kampung. Tak sempat nak panggil dia pesan jaga diri & bagitahu aku akan balik bila sebab dah menjadi kebiasaan untuk pesan kat dia. 2 ari lepas balik dari kampung, aku panggil macam biasa, suasana sunyi sepi je ari tu & sampai ke hari ni aku dah tak nampak lagi bayang dia berlari kearah aku dengan ekor kembang yang melentok liuk ditiup angin.
i miss you soooo much Bab Bab!!

Bab Bab tengah main tirai bilik

Hingga ke hari ni aku dah tak bela kucing lagi. Rasa terlalu sedih bila kehilangan.. =(
Sekadar bagi makan & minum pada kucing-kucing jalanan, tak adopt lagi. Takut bila dah jatuh sayang sukar untuk dilepaskan.
Kenapa la orang suka pada kucing yang comel-comel je sedang kan kucing yang comot-comot tu pun boleh jadi comel bila dijaga & dibersihkan. Kadang-kadang kucing-kucing jalanan tu datang @ kacuk dari baka yang baik macam Bab Bab ni.. Parsi + kampung = 90% Bab Bab adalah parsi.
Tak tahu ke meow yang comel-comel tu bertuan atau sekadar buat tak tahu!!!


''Mengasihi makhluk Allah yang lain juga satu sedekah''



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...