Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket
Showing posts with label memory. Show all posts
Showing posts with label memory. Show all posts

Monday, June 17, 2013

Hutan Rekreasi Sungai Telaka

Hii...
Last weekend sempat pegi bermandi manda di Hutan Rekriasi Sungai Tekala, Semenyih di Hulu Langat. Dah lama hubby ajak pegi tapi kali ni baru dapat pegi. Sekitar jam 1300, tiba di lokasi dan memandangkan cuti hujung minggu, car park penuh. Itu tandanya ramai pengunjung ^^


Tempat ini di buka seawal 7.00 am sehingga 7.00 pm setiap hari. Dengan bayaran dewasa RM1.00 & kanak-kanak bawah 12 tahun RM0.50... 



Untuk setiap hari minggu (ahad), aktiviti 'Jungle Tracking~Kempen Kesedaran Hutan' akan dijalankan sebanyak 2 kali. Sesi 10.00 am & sesi 2.00 PM.. Sesiapa yang berminat perlu mendaftar 10 minit lebih awal sebelum setiap sesi bermula. Masuk adalah PERCUMA dan perjalanan akan memakan masa lebih kurang 90 minit.


 Banyak lokasi yang menarik tapi kalau nak lebih cantik, kena la mendaki sikit baru dapat tengok air terjun. Tangga simen disediakan sebagai track untuk pendakian so memang takde masalah langsung. Kawasan bawah sesuai untuk family yang ada anak-anak kecil sebab keadaan air lebih tenang dan cetek. Terdapat banyak bongkah batu di kawasan yang lebih tinggi membentuk air terjun & air yang deras.  Sejuk, nyaman & menyeronokkan.. Sepanjang berada di situ, hanya kedengaran bunyi deruan air terjun sahaja..

Tapi di sebalik kebaikan ada juga keburukan. Banyak tempat salin baju disediakan, begitu juga pondok untuk berehat tapi kotor dan terbiar tidak berjaga. Dan sikap sesetengah pengunjung itu sendiri yang tak reti nak menjaga kebersihan. Walaupun tak banyak kelihatan tapi masih ada sampah-sarap yang ditinggalkan pengunjung. Yang peliknya, kena pandai bawak masuk plastik-plastik makanan tapi tak reti nak buang ditempat sepatutnya.  Pada saya orang seperti ini adalah keji. Agak keras tapi itu la hakikatnya. 

Tolong la buka mata dan hentikan sikap buruk ini. Sayangi sungai kita sebagai khazanah negara. Kerana tangan kita hari ini akan menentukan keadaan generasi hadapan.


Friday, November 2, 2012

Pekena Mee Udang Kuala Sepetang

Dari Kuala Kangsar menuju je Taman Tasik Taiping dan destinasi seterusnya dan secara rasminya penutup untuk Family outing kali ni adalah pekena mee usang di Kuala Sepetang.. Alang-alang dah sampai ke Taiping tu apa salahnya lajak sikit ke Kuala Sepetang..  bukan selalu pun.. ^___^

 Masuk aje kawasan Kuala Sepetang ni memang banyak kedai-kedai yang jual mee udang, tepuk dada tanya selera.. pilih aje kedai mana yang berkenan dihati... Untuk kali ni kitorang pilih Restoran Mee Udang Mak Jah.. Restoran ni dah memang ada nama, dah biasa masuk paper, tv, mag so memang sangat ramai la pengunjung nya..

Kasi tengok sikit macam mana rupa paras mee udang kedai Mak Jah ni...
Ni mee udang biasa, kalau yang special lebih besar dan lebih banyak udangnya..

Kopek siap-siap kulitnya lebih senang nak makan nanti.. Yang bestnya, udang yang digunakan adalah udang laut dan bukannya udang pelihara..

My father in law~macam tak cukup sifat je udang yang sebelah lagi tu.. =D

Jemput makan... (´ڡ`)


Depan Restoran Mee Udang Mak Jah... 
~saya tiada disitu kerana saya ada disini~

Gendang gendut tali kecapi.. kenyang perut senang hati (o^^)o♥

Singgah Sebentar Di Taman Tasik Taiping

Dari Kuala Kangsar singgah pulak ke Taman Tasik Taiping.. Spend quality time bersama keluarga di hujung minggu.. memang ramai pengunjung beriadah kat sini.. tu belum kira lagi pasangan-pasangan pengantin baru yang buat outdoor photoshoot kat sekitar taman tasik ni.. yang nampak je lebih dari 5 pasangan yang tak nampak tak tahu la..

 Kalau tak silap kat Taman Tasik Taiping ni aje yang ada pokok-pokok besar berdahan macam ni... 

 Sayangnya tasik ni macam dah kering... bukan macam, rasanya memang semakin mengering...

 Buktinya dah macam berkolam, sebelah kiri dan kanan dah terpisah airnya...

 "Ye murid-murid, kawasan ini hanya boleh dilalui dengan kelajuan seperti yang ditunjukkan diatas"

 Tak tih... pesanan untuk Darwisyah~cepat-cepat sikit dapat lesen 'P' ^___^


 Yay.... naik kuda ~ ni bukan 'oppa gangnam style' tau.. ni 'Darwisyah MN style'..  v(^o^)v
tapi itu kuda ke rusa tu... hrmm @__@

another TBC to Kuala Sepetang... here we go
Annyeong (^o^)/


Family Outing @ Kuala Kangsar

Bak kata adik ipar, dah lama tak buat aktiviti family macam ni.. walau pun tak semua family member ada pun takpe la.. orang kata sambil menyelam minum air so sambil-sambil nak membeli barang sempat la singgah situ sana sini.. xD

Sempat singgah Masjid Ubudiah untuk Solat Zohor.. ingatkan tak pernah sampai lagi masjid ni, bila masuk dalam baru ingat pernah datang ke masjid dalam 9 @ 10 tahun dulu.. ehehee

Adik-adik ipar ku...

Yea Darwisyah nak capai apa tu.. =D

Kat depan Istana Iskandariah...

Singgah sekejap di Muzium Diraja Perak sebelah Istana Iskandariah..

Sayang ni masa ni tengah buat kerja-kerja konsovasi so ditutup untuk sementara waktu... tak dapat la masuk, tengok dari luar aje la... 

TBC at Taman Tasik Taiping...
(^_^)/

Exercise Di Gunung Bunga Buah, Genting Highland

Update : Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan jurupandu/guide berpengalaman, boleh hubungi Mr.Ded (013-2556838)..

-----*-----*-----*-----*-----
Setelah lebih sebulan menyepi, kini kembali berceloteh itu dan ini.. Secara rasminya ni adalah entry pertama untuk kesekian kali~ Mendaki Gunung Bunga Buah yang berlokasi di Genting Highland. Kiranya gunung ni yang paling dekat dengan pusat bandar, lebih kurang 40km dari Kuala Lumpur menjadikannya popular bagi pendaki sekitar Lembah Klang..

Gunung Bunga Buah yang setinggi 4690 kaki dari aras laut ni seelok-elok mulakan pendakian seawal yang boleh, atleast pukul 0700 tu dah mula dah..

Sebelum memulakan pendakian, kita sengih dulu =D
Ni adalah kawasan parking kereta kemudian lalu di celah-celah kebun sayur untuk ke starting point~ bermaksud cabaran sudah bermula..




Lebih kurang macam ni la pendakian permulaannya.. Mula-mula lagi dah terpaksa 'merangkak' lepas tu terus mencanak je treknya.. Pergh, macam nak pecah jantung rasa terseksa sangat nak melangkat setiap step tu. Dalam kepala dah fikir, nak balik.. nak balik... nak balik.... padahal bukan jauh pun nak tiba ke kawasan jalan raya tu >< Semangat setinggi Everest tadi terus jatuh merudum.. Untuk amateur climbers macam saya ni memang menguji fizikal dan mental..

Lepas trek yang mencanak tadi tu, tiba di kawasan berturap ni.. Nampak macam berjalan biasa tapi mendaki jugak ni..

Lepas tu jumpa kawasan kuari macam ni...

Nampak berlorong sebab kawasan ni tak pernah sunyi dari  dilalui oleh pendaki-pendaki..

Ni kira check point la, naik atau turun pendaki-pendaki mesti akan berhenti kat sini.. berehat sebentar menikmati permandangan...

Antara rupa paras trek yang perlu dihadapi.. Untuk mengelakkan dari tersesat, sila la gunakan trek yang sedia ada, jangan pandai-pandai nak guna laluan lain.. perhati betul-betul trek yang jelas kelihatan memang takkan sesat, mendaki sorang-sorang pun boleh.. 

Pendakian diteruskan~menghala ke Gotong Jaya.. 
Yang menariknya gunung ni berperingkat, maksudnya ada ketika pendaki kena mendaki dan ada ketikanya mendatar dan pada satu ketika kena menurun jadi badan tidak terlalu stress...

Tiba dikawasan Rock Garden. Biasanya tempat ni menjadi lokasi pendaki berhenti, kepada yang ingin ke puncak.. perjalanan akan diteruskan mengambil masa lebih kurang sejam untuk tiba dan pada yang sebaliknya, mereka akan berpatah balik. Tapi menjadi perkara wajib untuk berhenti disini..

Gambar dirakam dari kawasan Rock Garden.. Yang ada anak panah tu la Pusat Peranginan Genting Highland.. nampak macam banggunan-banggunan kan.. So nak ber'facebook' ber'twitter' atas gunung ni pun boleh!! \(^^,)/ Ibaratnya sambil mendaki sambil makan angin.. =D

Kawasan Rock Garden ni memang cantik, rasa sejuk je dan kalau bernasib baik, dapat tengok kabus disepanjang pendakian so memang tak rasa panas. Berpeluh tapi rasa nyaman macam dalam aircond.. Itu salah satu kelebihan gunung ni.. kurang la sensara dek kepanasan mentari..


Nampak berlumutkan, maknanya sejuk.. Jangan lupa bawak sweater.. silap-silap haribulan boleh mengigil kalau tak pakai sweater.. 

Saje je panjat atas batu tu... tapi permandangan dan sekitarnya memang memukau...

XPDC kali ni tak tiba ke puncak pun, sekadar tiba di Rock Garden je.. jadi sekitar jam 1300 dan mula mendaki turun..  

Turun dan turun lagi......... tapi tak bermakna turun tu takde istilah mendaki kan.. (^^,)v 


Akhirnya tiba semula di starting point.. Kepada pendaki-pendaki yang ingin menawan gunung-gunung lain seperti Tahan atau Kinabalu, gunung Bunga Buah ni menjadi pilihan lokasi terbaik untuk aktiviti latihan dan persediaan.. 

Youtube version... eheheee

Wednesday, September 12, 2012

Auwwww... It's Hurt


These picture was taken early today.
My blood was taken by a doctor and I think she is a trainee based on her work. Quite less skilled i guess and she hurt me so much with too much needle movement  TT__TT.. I have never experienced this kind of situation even I used to make blood tests more than 10 times a year every years since the last 5 years.. Because of this kind of incident, i start to hate blood test... auwwww @__@

Baby Zara



Tahniah kepada Nurul & Shahrul dengan kelahiran permata hati sulung "Baby Zara" pada 2 September 2012. Walaupun terlewat 6 hari dari tarikh yang dijangka dan dilahirkan menerusi pembedahan, segala-galanya selamat. Alhamdulillah.. 
Semoga Baby Zara membesar dengan sihat & kuat \(^o^)/

Thursday, August 23, 2012

Hari Lebaran Di Kejauhan


Berlalu la sudah Ramadhan,
Sebulan berpuasa... 
Tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembiraaaaaa...

Anak muda dirantauan..
Semuanya pulang ke desa,
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira... 

Tapi daku meraikan 01 Syawal dengan hubby je... dek kerana tuntutan tugas dengan hal yang tak dapat dielakkan maka berdua ajelah kami dipagi raya.... huhuhu
Perjalanan jauh tak ku rasa..
Kerna hati ku melonjak sama...
Ingin berjumpa mak abah sekeluarga..
Yang selalu bermain dimata...


 Nun menghijau gunung ladang dan rimba..
Langit nan tinggi bertambah birunya..
Deru angin turut sama berlagu..
Semuanya bagaikan turut gembira.. 

 -Bersama along dan bonda tercinta-

 Balik kampung.. 
Ho.. Ho... Ho.... balik kampung hati girang

 Hari raya kedua baru la dapat balik ke kampung... Walaupun raya ke dua tapi highway dari selatan ke utara bertambah jumlah kenderaannya... Alhamdulillah kami selamat sampi di rumah keluarga tersayang..

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Friday, July 13, 2012

Jom Layan Saefood Di Pantai Jeram

Hai.. ^^,)/
Bertemu kembali setelah agak lama menyepi ^^
Kisah yang seterusnya, makan-makan di Kuala Selangor tapi sebelum tu rajin-rajin la singgah sebentar ke Mentarang Tu Apa dan Aneka Cengkerang. Entry sebelum ni adik beradik jugak la dengan entry yang ni..

Atau nama lainya Medan Ikan Bakar Pantai Jeram.. Senang je nak pegi, ikut jalan lama Kuala Selangor ke Teluk Intan. Saya dari KLIA pun 1st time pegi alhamdulillah la tak sesat. Memang signboard ni dok tepi jalan tapi yang penting kena tahu heading la..  =D

Bila dah masuk simpang, straight je jalan tu sampi la jumpa signboard yang macam pintu gerbang ni..

Restaurant ni besar & luas, ada banyak bahagian dan open air... So kalau pegi hari biasa tak sibuk sangat tapi kalau weekend nak-nak time baru lepas gaji, sila pastikan anda booking table dulu ye.. 

Permandangan kat sekitar restaurant tu...

Menu sudah sampai... Apa lagi~ Jemput makan.. Bismillah... ^^

Menu yang menjadi pilihan.. Pari bakar & sotong celup tepung best, cuma sos pencicah untuk pari tu tak berapa kena dengan selera saya tapi mungkin pada pelanggan lain ok kot. So next time datang nak bawak budu sendiri dari rumah, amacam boleh tak... ehehe ^o^ Dulu cencalok tapi sekarang setia pada budu, layan aje lah... xD

Untuk prawn butter tak berapa la, mungkin udang tu besar then kulit tebal so isinya rasa agak tawar sebab butter tak masuk sampai ke isi. So rasanya kalau pilih udang lebih baik buat udang celup tepung, lebih sesuai la. Kalau nak cakap pasal saiz memang tip top, sorang dua ekor pun dah rasa terlebih puas..

Tadaaa ~ Harga cuma RM 62.00 je untuk dua orang.. untuk makan 3 orang pun boleh. Secara peribadi saefood kat restaurant ni memang murah... 

Using DSLR camera, ini la hasilnya~ permandangan selepas sunset.. cantik sungguh dada langit, dah macam canvas lukisan.. 

Kemudahan yang disediakan : 
Kalau sampai petang sebelum maghrib pun tak perlu risau sebab surau yang selesa disediakan lengkap dengan tempat wuduk sekali... 

Selingan ~ Kucing debab ni ada dekat dengan table saya. Lepas kenyang makan pari & janggut udang, dia kusyuh tengok anak ikan berenang kat dalam laut tu..


Kesimpulannya, restaurant ni tidak menghampakan, dari segi harga... murah dan berpatutan, keselesaan pun okay. Next time boleh la datang lagi...  \(^o^)/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...