Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket

Monday, June 17, 2013

Taman Botani Negara, Shah Alam

Annyeong ^^,)/
Punya la lama tak update blog, sampaikan hari ni baru perasan entry ni masih tersangkut kat draf sedangkan aktiviti ni dibuat bulan Februari hari tu.. Adakah saya semakin busy atau penyakit 'M' melanda.. >///////<

 Taman ni dah lama dibuka & dah beberapa kali di tukarkan namanya tapi ni la kali pertama sampai sini.. ehehe Betul la orang kata, orang jauh yang akan sampai dulu berbanding orang dekat..

 Bayaran masuk Taman dan bayaran untuk masuk rumah empat musim RM5.00.. Setiap musim tak sama bayarannya dan winter lebih mahal berbanding musim lain.. 

 Sedang menanti ketibaan bus... Boleh juga berjalan kaki atau menyewa basikal.. 


Perkhidmatan bus percuma yang di sediakan...

 Cantik tapi belum siap sepenuhya dan nampak seolah-olah telah lama terbengkalai... ;(

 Lokasi pertama di kunjungi...

 Dalam rumah empat musim... Siap ada peraturan jumlah pengunjung dalam satu masa mengikut musim... 

Suhu di dalam rumah empat musim ketika salji.. 


Terasa sejuknya... 


Lama sangat duduk dalam rumah salji, sampai kamera pun berkabus... >O<
Kepada yang berminat untuk ikuti aktiviti flying fox. Ada pakej disediakan, kalau tak silap memgikut ketinggian pelantar, tapi kena daftar dan buat pembayaran melalui website..

Selamat beriadah ^___^


Hutan Rekreasi Sungai Telaka

Hii...
Last weekend sempat pegi bermandi manda di Hutan Rekriasi Sungai Tekala, Semenyih di Hulu Langat. Dah lama hubby ajak pegi tapi kali ni baru dapat pegi. Sekitar jam 1300, tiba di lokasi dan memandangkan cuti hujung minggu, car park penuh. Itu tandanya ramai pengunjung ^^


Tempat ini di buka seawal 7.00 am sehingga 7.00 pm setiap hari. Dengan bayaran dewasa RM1.00 & kanak-kanak bawah 12 tahun RM0.50... 



Untuk setiap hari minggu (ahad), aktiviti 'Jungle Tracking~Kempen Kesedaran Hutan' akan dijalankan sebanyak 2 kali. Sesi 10.00 am & sesi 2.00 PM.. Sesiapa yang berminat perlu mendaftar 10 minit lebih awal sebelum setiap sesi bermula. Masuk adalah PERCUMA dan perjalanan akan memakan masa lebih kurang 90 minit.


 Banyak lokasi yang menarik tapi kalau nak lebih cantik, kena la mendaki sikit baru dapat tengok air terjun. Tangga simen disediakan sebagai track untuk pendakian so memang takde masalah langsung. Kawasan bawah sesuai untuk family yang ada anak-anak kecil sebab keadaan air lebih tenang dan cetek. Terdapat banyak bongkah batu di kawasan yang lebih tinggi membentuk air terjun & air yang deras.  Sejuk, nyaman & menyeronokkan.. Sepanjang berada di situ, hanya kedengaran bunyi deruan air terjun sahaja..

Tapi di sebalik kebaikan ada juga keburukan. Banyak tempat salin baju disediakan, begitu juga pondok untuk berehat tapi kotor dan terbiar tidak berjaga. Dan sikap sesetengah pengunjung itu sendiri yang tak reti nak menjaga kebersihan. Walaupun tak banyak kelihatan tapi masih ada sampah-sarap yang ditinggalkan pengunjung. Yang peliknya, kena pandai bawak masuk plastik-plastik makanan tapi tak reti nak buang ditempat sepatutnya.  Pada saya orang seperti ini adalah keji. Agak keras tapi itu la hakikatnya. 

Tolong la buka mata dan hentikan sikap buruk ini. Sayangi sungai kita sebagai khazanah negara. Kerana tangan kita hari ini akan menentukan keadaan generasi hadapan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...