Monday, June 17, 2013

Hutan Rekreasi Sungai Telaka

Hii...
Last weekend sempat pegi bermandi manda di Hutan Rekriasi Sungai Tekala, Semenyih di Hulu Langat. Dah lama hubby ajak pegi tapi kali ni baru dapat pegi. Sekitar jam 1300, tiba di lokasi dan memandangkan cuti hujung minggu, car park penuh. Itu tandanya ramai pengunjung ^^


Tempat ini di buka seawal 7.00 am sehingga 7.00 pm setiap hari. Dengan bayaran dewasa RM1.00 & kanak-kanak bawah 12 tahun RM0.50... 



Untuk setiap hari minggu (ahad), aktiviti 'Jungle Tracking~Kempen Kesedaran Hutan' akan dijalankan sebanyak 2 kali. Sesi 10.00 am & sesi 2.00 PM.. Sesiapa yang berminat perlu mendaftar 10 minit lebih awal sebelum setiap sesi bermula. Masuk adalah PERCUMA dan perjalanan akan memakan masa lebih kurang 90 minit.


 Banyak lokasi yang menarik tapi kalau nak lebih cantik, kena la mendaki sikit baru dapat tengok air terjun. Tangga simen disediakan sebagai track untuk pendakian so memang takde masalah langsung. Kawasan bawah sesuai untuk family yang ada anak-anak kecil sebab keadaan air lebih tenang dan cetek. Terdapat banyak bongkah batu di kawasan yang lebih tinggi membentuk air terjun & air yang deras.  Sejuk, nyaman & menyeronokkan.. Sepanjang berada di situ, hanya kedengaran bunyi deruan air terjun sahaja..

Tapi di sebalik kebaikan ada juga keburukan. Banyak tempat salin baju disediakan, begitu juga pondok untuk berehat tapi kotor dan terbiar tidak berjaga. Dan sikap sesetengah pengunjung itu sendiri yang tak reti nak menjaga kebersihan. Walaupun tak banyak kelihatan tapi masih ada sampah-sarap yang ditinggalkan pengunjung. Yang peliknya, kena pandai bawak masuk plastik-plastik makanan tapi tak reti nak buang ditempat sepatutnya.  Pada saya orang seperti ini adalah keji. Agak keras tapi itu la hakikatnya. 

Tolong la buka mata dan hentikan sikap buruk ini. Sayangi sungai kita sebagai khazanah negara. Kerana tangan kita hari ini akan menentukan keadaan generasi hadapan.


0 Br!LL!anT !DeA:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...