Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket

Tuesday, September 2, 2014

Laparaskopi : Endometriosis Stage 4 [Operation Day]

D-Day

sekitar jam 8.30am dah ditolak ke operation theatre (OT), sebelum diletakkan di stesyen menunggu, ada staff yang datang untuk tanya beberapa personal details dengan operation apa yang dijalani.. kat stesyen menunggu tu dah ada 3/4 patients yang menunggu team doc masing-masin datang ambik.. so lepak la kat situ dalam 5-10 minit sebelum Dr.Awateh (Dr bius) datang dengan team dia untuk bawak masuk ke OT...  

masuk-masuk je dalam OT tu, benda pertama yang rasa adalah sejuk, teramat la sejuk.. dah la baju bedah tu kena longgarkan, dah macam duduk dalam peti sejuk beku dah rasanya, bersyukur jugak Malaysia ni xde winter, kalau pun pakai proper baju, azab jugak la...

second thought, OT tu mcm enter spacecraft je dengan lampu bulat punya la besar tergantung tengah2 bilik tu, dengan segala mcm mesin lagi kat situ, dengan doc & staff2 yang dah ready dalam tu, dah mcm kena culik ngan alien pun ada.. hahaha 

then operasi pun bermula.. Dr bius & pembantu start pasang segala wayar untuk jantung, nadi kt kaki, jari tangan & blood pressure.. bius pun dah di masukkan melalui IV, pedih jugak la rasa.. dr.awateh pasang oxygen mask, bernafas mcm biasa tapi tak boleh rasa mcm nak lemas so tarik nafas panjang & lepas pun panjang was much better.. mmg takde rasa apa2 langsung then terus tak sedar apa-apa..

tahu-tahu dah ada kat recovery station, ada nurse kejutkn.. sedar tapi masih dalam keadaan in and out, sekadar boleh mengangguk atau menggeleng je untuk respond.. nurse cucuk ubat tahan sakit then disorong ke wad semula..  sampai kat wad blood pressure tak boleh nak ambik sebab badan shivering violently, dh letak berlapis2 selimut tak berhenti jugak, sampi la nurse letakkan botol air panas kt sisi badan baru la stop shivering... semuanya gara-gara OT tu teramat la sejuk.. >_<

pembedahan tu dibuat secara laparaskopi, doc tebuk tiga lubang : 1 kat pusat utk masukkan kamera, 1 kat sebelah kiri perut & 1 lagi kat bahagian ari2 utk masukkan penyepit.. saiz lubang tu sepanjang dalam 1 inci aje so senang la nak sembuh..

masuk dalam jam 8.30am keluar sekitar jam 1.00pm.. terus terlena keletihan, dalam kul 5pm baru la dibenarkan untuk minum sikit, alhamdulillah langsung tak muntah.. lepas tu baru la cuba makan sikit2.. malam tu dah makin segar... Alhamdulillah takde rasa sakit sangat, cuma 2 kali je cucuk ubat tahan sakit.. keesokan harinya lepas doc check everything clear, discharge after lunch.. 

Ni sehari selepas operation, punya la minum banyak air sampaikan air yang dmasukkan melalui drip pun tendang balik, darah yang mengalir kt tiub tu.. so cabut awal la drip nya...

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar... 

p/s : sebarang pertanyaan boleh terus ke xgenatic@gmail.com

0 Br!LL!anT !DeA:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...