Sebelum saya teruskan, pastikan ada yang tertanya-tanya IUI tu proses apa.. boleh tengok kat SINI berkenaan IUI..
Saya menjalani proses IUI sebanyak 3 kali berturut-turut, rehat sebulan lebih kemudian cuba untuk kali keempat, kesemuanya masih gagal.. nampak nya rezeki untuk memiliki permata hati masih jauh walau pun keadaan telur & sperm sangat cantik.. selepas IUI ke-4, doc buat pernilaian semula, sebab clomid tu ada side effect jika ambik terlalu kerap & banyak.. lepas buat perbincangan, doc cadangkan saya dapatkan pandangan & nasihat seorang profesor pakar bahagian infertility di HUKM private wing tingkat 7 dimana terletaknya UKM Specialist Centre.. maka pada Jun 2014 saya menemui Prof Dr Zainul Rashid.. apakah pandangan & nasihat prof akan saya share dlm entry seterusnya...
0 Br!LL!anT !DeA:
Post a Comment