Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket
Showing posts with label endometriosis. Show all posts
Showing posts with label endometriosis. Show all posts

Tuesday, September 2, 2014

Laparaskopi : Endometriosis Stage 4 [Operation Day]

D-Day

sekitar jam 8.30am dah ditolak ke operation theatre (OT), sebelum diletakkan di stesyen menunggu, ada staff yang datang untuk tanya beberapa personal details dengan operation apa yang dijalani.. kat stesyen menunggu tu dah ada 3/4 patients yang menunggu team doc masing-masin datang ambik.. so lepak la kat situ dalam 5-10 minit sebelum Dr.Awateh (Dr bius) datang dengan team dia untuk bawak masuk ke OT...  

masuk-masuk je dalam OT tu, benda pertama yang rasa adalah sejuk, teramat la sejuk.. dah la baju bedah tu kena longgarkan, dah macam duduk dalam peti sejuk beku dah rasanya, bersyukur jugak Malaysia ni xde winter, kalau pun pakai proper baju, azab jugak la...

second thought, OT tu mcm enter spacecraft je dengan lampu bulat punya la besar tergantung tengah2 bilik tu, dengan segala mcm mesin lagi kat situ, dengan doc & staff2 yang dah ready dalam tu, dah mcm kena culik ngan alien pun ada.. hahaha 

then operasi pun bermula.. Dr bius & pembantu start pasang segala wayar untuk jantung, nadi kt kaki, jari tangan & blood pressure.. bius pun dah di masukkan melalui IV, pedih jugak la rasa.. dr.awateh pasang oxygen mask, bernafas mcm biasa tapi tak boleh rasa mcm nak lemas so tarik nafas panjang & lepas pun panjang was much better.. mmg takde rasa apa2 langsung then terus tak sedar apa-apa..

tahu-tahu dah ada kat recovery station, ada nurse kejutkn.. sedar tapi masih dalam keadaan in and out, sekadar boleh mengangguk atau menggeleng je untuk respond.. nurse cucuk ubat tahan sakit then disorong ke wad semula..  sampai kat wad blood pressure tak boleh nak ambik sebab badan shivering violently, dh letak berlapis2 selimut tak berhenti jugak, sampi la nurse letakkan botol air panas kt sisi badan baru la stop shivering... semuanya gara-gara OT tu teramat la sejuk.. >_<

pembedahan tu dibuat secara laparaskopi, doc tebuk tiga lubang : 1 kat pusat utk masukkan kamera, 1 kat sebelah kiri perut & 1 lagi kat bahagian ari2 utk masukkan penyepit.. saiz lubang tu sepanjang dalam 1 inci aje so senang la nak sembuh..

masuk dalam jam 8.30am keluar sekitar jam 1.00pm.. terus terlena keletihan, dalam kul 5pm baru la dibenarkan untuk minum sikit, alhamdulillah langsung tak muntah.. lepas tu baru la cuba makan sikit2.. malam tu dah makin segar... Alhamdulillah takde rasa sakit sangat, cuma 2 kali je cucuk ubat tahan sakit.. keesokan harinya lepas doc check everything clear, discharge after lunch.. 

Ni sehari selepas operation, punya la minum banyak air sampaikan air yang dmasukkan melalui drip pun tendang balik, darah yang mengalir kt tiub tu.. so cabut awal la drip nya...

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar... 

p/s : sebarang pertanyaan boleh terus ke xgenatic@gmail.com

Laparaskopi : Endometriosis Stage 4 [Admitted to the hospital]

seperti dirancang, pagi 13 september 2012 gerak ke hospital putrajaya untuk pendaftaran masuk tapi seperti dijangka hos putrajaya ni sangat la famous maka dengan itu takde katil kosong lagi so daftar nama aje la then balik rumah semula.. pihak hospital akan call jika dah ada kekosongan... so petang tu dalam jam 6pm tiba di hospital semula, selepas settle kan segala urusan kemasukan & deposit sebanyak RM800, bergerak menuju ke ward yang bakal ku huni selama 3D2N..  

ni la rupa katilnya, dapat satu bilik untuk 4 katil... 3 katil lagi full dengan ibu-ibu yang baru bersalin... 

menu yang di sediakan... not bad la ikan tenggiri tu....

malam tu nurse bagi 2 botol benda ni... ubat ni berfungsi untuk membersihkan usus~ maksudnya bila kita minum botol yg pertama, automatic tak lama lepas tu jadi sakit perut cirit birit dan lepas minum botol yang kedua, kita akan muntah... so keje bercinta dengan toilet aje la malam tu.. mmg sampai kosong la usus penangan ubat ni..  rasa dia tuhan aje la yang tahu, tersangat la TAK SEDAP >_<"

dah la nurse tak bagi minum langsung lepas amik ubat ni, dengan muntah & cirit birit sampai lembik la badan kekurangan air.. itu pun ada jugak curik2 minum itu pun sikit je.. sampai harini boleh terbayang lagi rasa lembik badan.. 

no wonder la lepas sedar dari bius terus terbayang air sirap... dahaga punya pasal sampaikan terfikir alangkah indahnya kalau dapat berenang dalam air sirap.. mcm ni rasanya org2 yang duduk kat negara yg kekurangan sumber air bersih... memang azab.. -_-



Laparaskopi : Endometriosis Stage 4

hai... hai...
dah lama sangat membiarkan blog ni sampai bersawang.. bertahun rasanya tak menulis, habis semua skill dah tumpul.. now i'm back nak cerita sikit..

atas tu salah satu dari penyakit kaum hawa.. kes ni jadi 2 tahun lepas tapi ni nak kongsi.. secara kronologinya~~

#berkahwin pada pertengahan 2010 - kesihatan semua perfect..
#selepas setahun, masih ternanti-nanti akan permata hati.. mungkin belum sampai masanya lagi..
#tahun 2012 buat check up kt O&G Hospital Putrajaya, buat pap smear & scan punya scan resultnya ada cyst bersaiz 5cm di kiri & kanan tiub~endometriosis stage 4.. takde pilihan lain melainkan dibedah..

setelah perbincangan dibuat, maka pada 13 September 2012 pembedahan dijalankan..

Tapi, apa benda endometriosis tu?

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.

Untuk keterangan lanjut boleh jenguk2 kat ------> apakah-penyakit-endometriosis 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...