Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket
Showing posts with label IUI. Show all posts
Showing posts with label IUI. Show all posts

Tuesday, September 2, 2014

Proses IUI : Rezeki Permata Hati Masih Jauh

Sebelum saya teruskan, pastikan ada yang tertanya-tanya IUI tu proses apa.. boleh tengok kat SINI berkenaan IUI..

 Saya menjalani proses IUI sebanyak 3 kali berturut-turut, rehat sebulan lebih kemudian cuba untuk kali keempat, kesemuanya masih gagal.. nampak nya rezeki untuk memiliki permata hati masih jauh walau pun keadaan telur & sperm sangat cantik..  selepas IUI ke-4, doc buat pernilaian semula, sebab clomid tu ada side effect jika ambik terlalu kerap & banyak.. lepas buat perbincangan, doc cadangkan saya dapatkan pandangan & nasihat seorang profesor pakar bahagian infertility di HUKM private wing tingkat 7 dimana terletaknya UKM Specialist Centre.. maka pada Jun 2014 saya menemui Prof Dr Zainul Rashid.. apakah pandangan & nasihat prof akan saya share dlm entry seterusnya...

Laparaskopi : Endometriosis Stage 4 [After Surgery]

Lepas operation luka bedah sembuh dengan baik, dek kerana banyak makan ikan haruan ^^.. tapi hakikat sebenar mmg haruan ngan gamat membantu penyembuhkan luka pembedahan dengan cepat tapi dek kerana terlalu cepat, luka tu akan meninggalkan parut yang tak cantik.. seperti yang saya alami parutnya tersangat jelas timbul dan kelihatan.. lagi satu untuk pesakit yang ada cyst tidak digalakkan ambik haruan/gamat sebab kandungan yang ada dlm haruan/gamat akan mempercepatkan lagi tumbesaran sel2 cyst semula.. saya sendiri pun baru tahu tentang info ni.. 

rawatan selepas pembedahan ni, doc arahkan saya mengambil suntikan lucrin setiap bulan bagi mengawal kedatangan period.. maksudnya selama 6 bulan saya dimonopos kan.. huhu apa boleh buat kan, ikut aje la... lepas selesai 6 bulan lucrin saya terus ambil pil kesuburan clomid & mencuba secara natural sebanyak 2kali, hasilnya tidak berjaya maka saya teruskan dengan rawatan IUI.. IUI tu apa? boleh tengok kat cini ---> ProsesSecaraIUI

p/s : sebarang pertanyaan terus ke xgenatic@gmail.com

Proses Secara IUI

 Apa itu IUI?
IUI bermaksud ‘Intra Uterine Insemination', satu prosedur di mana sperma suami dimasukkan terus kedalam rahim isteri dengan harapan terjadi persenyawaan dan seterusnya kehamilan


Bagaimana IUI dibuat?

IUI sebenarnya adalah prosedur yang ringkas dan mengambil masa yang sekejap untuk di buat. Semasa IUI, satu kateter (tiub) berupa alat plastik kecil yang mengandungi sperma akan dimasukkan kedalam rahim melalui serviks. Ia selalunya mengambil masa kurang dari 3 minit.

Bila dan dimana sperma akan di kumpul?

Sperma boleh dikumpulkan dirumah sekiranya rumah anda dekat dengan klinik anda. Botol steril akan diberikan dimana air mani akan dikumpulkan selepas ejakulasi. Untuk sampel air mani yang segar, ia hendaklah sampai ke klinik dalam masa 1/2 jam selepas ejakulasi. Sekiranya rumah anda jauh dari klinik anda, koleksi air mani akan dibuat diklinik.

Adakah sperma perlu di ‘cuci’ sebelum IUI?

Ya! “Sperm Washing’ perlu dibuat sebelum IUI. Ia mengambil masa lebih kurang 1-2 jam. Sebaik sehaja ia dicuci, IUI akan dilakukan.

Adakah IUI dibuat sebelum atau selepas saya bertelur (ovulasi)?

Selalunya doktor akan membuat IUI disaat-saat ovulasi akan berlaku iaitu 24-36 jam selepas injeksi HCG, iaitu ubat yang bertanggung jawap untuk ovulasi berlaku. Jadi secara umumnya, IUI dibuat 6 jam sebelum ovulasi kerana sperma sebenarnya tidak tahan lama.
Ada juga doktor yang memilih untuk membuat 2 IUI dalam satu kitaran, dalam kes ini, IUI selalunya akan dibuat 12-48 jam selepas injeksi HCG dengan IUI sekurang-kurangnya 12 jam diantaranya.

Adakah jumlah sperma penting IUI?

Sekurang-kurangnya 5 juta sperma diperlukan untuk IUI. Sekiranya jumlahnya lebih rendah, peluang kejayaan juga rendah. Secara umumnya, 20 juta keatas adalah ideal untuk IUI.

Adakah IUI menyakitkan?

Ia tidaklah menyakitkan tetapi anda mungkin merasa sedikit rasa tidak selesa semasa kateter dimasukkan kedalam rahim dan ketidak-selesaan ini lebih kurang sama dengan ketidak-selesaan semasa menjalani ujian PAP.

Adakah saya akan hamil selepas IUI pertama kali?

Seperti juga persenyawaan melalui tabung uji, beberapa kitaran IUI diperlukan sebelum anda berjaya hamil. Ada doktor yang menyarankan dua kali IUI dalam satu kitaran untuk meninggikan peluang hamil. Sekiranya kehamilan tidak berjaya selepas beberapa kali mencuba, mungkin doktor akan menyarankan IVF atau Persenyawaan melalui Tabung Uji.

Bagaimana dengan kadar kejayaan IUI?

iuiIUI secara semulajadi iaitu tanpa pengunaan ubat selalu mempunyai kadar kejayaan yang kecil iaitu 6%. Tetapi sekiranya mengunakan ubat dan injeksi ditambah dengan kehadiran folikel yang berganda, kadar kejayaan boleh mencapai 30%. Jumlah sperma juga boleh menjadi penentu. Sperma yang kurang kualiti memberikan kadar kehamilan yang lebih rendah.Secara keseluruhan, kadar kejayaan untuk satu kali cuba adalah diantara 15-20%.

 

Berapa cepat selepas IUI saya boleh mengambil ujian untuk kehamilan?

Disarankan untuk anda menunggu satu minggu selepas anda ‘missed period’ sebelum membuat ujian kehamilan.

Adakah sebarang risiko berkaitan dengan IUI?

IUI adalah prosedur fertiliti yang kurang memberikan tekanan kepada wanita kerana ia agak ringkas. Walabagaimanapun, ia juga mempunyai beberapa risiko termasuk sakit perut, pendarahan dan ‘spotting’, semasa atau selepas prosedur. Terdapat juga risiko untuk mendapat penyakit kelamin sekiranya suami ada adalah pembawa kuman tersebut. Penggunaan ubatan IUI juga boleh membawa risiko seperti kehamilan kembar, triplets, atau ovarian hyperstimulation syndrome, tetapi dengan pantauan doktor yang rapi,risiko sebegini kurang terjadi.
Credit : PortalAlamHamil

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...