Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket

Monday, December 26, 2011

[News] Park YooChun -Young Millionaire & The New King of Asia (Malaysian Newspaper)

Tajuk utama : GLAMOR, Park Yoochun Raja Baru Asia

GLAMOR Cover : Jutawan Muda, Park Yoochun Artis Asia Paling Popular laris di Korea & Jepun 

Tajuk Artikel : Pendapatan Park Yoochun RM31 Juta


Usianya baru menjangkau 25 tahun, namun pencapaian yang dicipta Park Yoochun barangkali mengundang cemburu  mereka yang turut memburu cita-cita sebagai anak seni.

Park Yoochun berada dalam senarai lima selebriti muda yang meraih pendapatan lumayan mencecah RM31 juta (USD 10 juta) setahun, sekaligus menjadi inspirasi kepada ramai anak muda lain untuk mencipta kegemilangan sepertinya.

Tidak hanya merai populariti di negara sendiri, Yoochun menjadi kegilaan peminat di Jepun. Ledakan populariti yang diraihnya membolehkan Yoochun menerima antara RM90,000 hingga RM100,000 untuk setiap kemunculan.

Keselesaan itu tidak diperoleh Yoochun sekelip mata. Permulaan hidupnya juga berdepan kesukaran, namun dia tidak mengalah serta berserah nasib kepada takdir.

Dilahirkan dan dibesarkan di Seoul, Korea pada 4 Jun 1985, keluarganya berhijrah ke Virginia, Amerika Syarikat (AS) pada usianya 13tahun.

"Mereka yang berada dikeliling mengandaikan penghijrahan ke AS itu akan merubah hidup saya. Mereka menyifatkan saya sebagai seorang yang bertuah.

"Mengimbas detik itu membuatkan saya tidak ingin mengulanginya lagi. Kedudukan kewangan keluarga saya parah, mendorong saya untuk bekerja keras," katanya.

Permulaan hidup mereka yang merentasi pelbagai kesulitan memberi impak yang besar kepada jejaka yang akrab disapa Micky dan Yuchun oleh peminatnya.

Bagaimanapun, segala-galanya berubah pada 2003 apabila SM Entertainment menganjurkan satu ujibakat di AS dan Yoochun terpilih dalam sesi itu. Bersama empat ahli lain, dia menyertai TVXQ dan meraih populariti pentas hingga dilabel sebagai bintang Asia, selain raja kepada gelombang Korea.

TVXQ meraih pelbagai pengiktirafan di negara sendiri, malah Yoochun menjadi antara tulang belakang yang mengukuhkan perjalanan kumpulan itu.

Pencapaian mereka tidak hanya di Korea. Populariti pentas TVXQ menjalar di Jepun dan seminggu selepas kemunculan pertama, mereka mula menyusun pelbagai aktiviti di Negara Matahari Terbit itu.

"Bakat penulisan yang dianugerahkan Tuhan mendorong Park Yoovhun untuk menulis lagu, Kiss The Baby Sky yang menjadi lagu tema sebuah program  berita pagi di Jepun membolehkannya menerima pendapatan lumayan.

Bagaimanapun, langit tidak selalu cerah. Pada 2009, Yoochun berdepan krisis terbesar yang mengundang pelbagai kemungkinan ketika karier seninya sedang memuncak.

Namun, kebimbangan itu beransur pergi apabila dia diberi peluang untuk memulakan sesuatu yang baru dalam karier seninya.

Dia memilih untuk bergelar pelakon dan menerusi SungKyunKwan Scandal yang dijual ke beberapa negara, royalti diterimanya mencecah RM20 juta. Ia juga diangkat sebagai drama televisyen paling digemari.

Peminatnya di Jepun mmberikan respon positif terhadap drama itu, sekali gus membolehkan Yoochun menerima sejumlah bayaran menerusi penjualan DVD.

Dia menerima RM951,000 untuk setiap episod drama, manakala RM380,000 lagi diterima daripada penjualan diluar negara sekali gus meletakkan Yoochun sebagai selebriti dengan pendapatan mencecah RM63 juta.

Tidak sekadar berlakon, Yoochun juga dinobatkan sebagai Artis Paling Popular Asia itu juga menyanyikan lagu tema untuk drama itu yang meraih pelbagai pengiktirafan dalam carta online.

Mereka juga menerbitkan album yang dijual melebihi 410,000 salinan, selain mengumpul jumlah jualan keseluruhan 780,000 salinan untuk beberapa single popular di Jepun.

Pada 2010, lebih 1.2 juta salinan album dijual yang secara tidak langsung menyumbang pendapatan lumayan kepada jejaka itu.

Pada pertengahan 2009, Yoochun bersama dua lagi anggota TVXQ, Kim JaeJoong dan Kim Junsu memfailkan saman terhadap SM Entertainment disebabkan kontrak berat sebelah.

Perbicaraan kes itu masih berjalan tetapi mahkamah membenarkan mereka untuk bergerak aktif dalam industri hiburan. Pada oktober 2010 mereka bergabung membentuk JYJ.

Populariti yang sedang mekar itu menjadikan trio itu, terutamanya Yoochun sebagai rebutan pengiklanan di Korea Selatan.

Sepanjang 2011, Yoochun secara individu memperoleh kontrak lumayan sebagai duta produk minuman teh jemana Tio, Nintendo Wii sempena pelancaran permainan video edisi terbaru Zelda, rangkaian pizza Black Smith dan terbaru ramen jenama Ottogi.

Bersama JYJ, Yoochun muncul dalam iklan LG Optimus 02 dan menjadi jurucakap jenama pakaian NII, Penzal Q, rangkaian membeli belah, Lotte Duty Free dan syarikat kosmetik, Nature Republic.

INFO PARK YOOCHUN

NAMA PENTAS : Yuchun atau Micky Yoochun
TARIKH LAHIR : 4 Jun 1984
ADIK BARADIK : Sulung, adik lelaki bernama Park Yoohwan
DRAMA TV BERSIRI : SungKyunKwan Scandal dan Miss Ripley
IKLAN KOMERSIAL : Minuman teh Tio, Black Smith Pizza, Nintendo Wii untuk edisi terbaru Zelda dan ramen Ottogi
PENCAPAIAN INDIVIDU (LAKONAN) : Anugerah Pelakon Baru Lelaki Terbaik, Anugerah Artis Pilihan Internet dan Anugerah Pasangan Pilihan di KBS Drama Awards 2010, Anugerah Pelakon Lelaki Paling Popular, 47th Baeksang Arts Awards (2011), Anugerah Pelakong Popular di Asia dan Pelakon Lelaki Terbaik di Seoul International Drama Awards 2011
ALBUM BERSAMA JYJ : The Beginning (Oktober 2010) mendapat tempahan 500,000 unit dan In Heaven (September 2011) mendapat tempahan 300,000 unit.


Sumber : Suratkhabar Berita Harian (Susunan : Zul Husni Abdul Hamid)

Gambar : Kredit kepada popqueen1711 & 6002SKY

************************************************************

ENGLISH TRANSALATION - Full kredit to 6002SKY

Main Paper Headline:  GLAMOR: Park Yoochun, The New King Of Asia

GLAMOR Cover Page Headline: A Young Millionaire, Park Yoochun, The Most Popular Asian Artiste, a hot sell in Korea, Japan
Article Headline: Park Yoochun earns RM 31milion (USD 10million)

He is only 25 years old but his achievements may be subjected to envy by others who are also trying to make their name in the entertainment industry.
Park Yoochun is currently the top 5 young celebrities whose annual earnings is approximately RM 31 million (USD 10 million), directly inspiring many young talents to follow his footsteps.
Not only popular in his own country, Yoochun is also favored in Japan. His popularity enabled him to earn between RM 90,000 to RM 100,000 (USD 30,000 to USD 40,000) for each appearance.
This was of course not achieved overnight. He had to overcome many obstacles when he first started but he never waited on fate and persevered.
Yoochun was born on 4th June 1986 and grew up in Seoul, Korea. His entire family migrated to Virginia, America when he was 13 years old
“People thought I was lucky because they thought that migrating to America would improve our lives but unfortunately that was not the case. I don’t ever want to relive that life again. Our financial situation got worse and I had to work really hard to survive”, said Yoochun. Their complicated start at the new country badly impacted this young man who is fondly known as Micky and Yuchun by his fans.
Nevertheless, everything changed in 2003 when Yoochun was selected from the audition that was organized in America by SM Entertainment. Together with another four members, Yoochun joined TVXQ and went on to achieve tremendous success. The band was hailed as Asian superstars and labeled as the Kings of the Hallyu Wave.
TVXQ achieved numerous recognitions in Korea and Yoochun became one of the key members in strengthening the band’s success.
They not only conquered Korea. Their popularity traveled to Japan and they continued to build their strength and popularity in the country of the rising sun.
With his gifted song composing skills, Yoochun wrote the song Kiss The Baby Sky. The song became a theme song for a morning talk show in Japan thus earning him a lot of money.
Unfortunately, not everything was smooth sailing. In 2009, while at the peak of his career, Yoochun was faced with one of the biggest crises in his life.
Thankfully he succeeded to diversify his career in the entertainment industry. He ventured into acting and took his first role through the drama series Sungkyunkwan Scandal.
This drama became a big hit and was sold to many countries. In return, Yoochun received royalties of RM 20 million (USD 6 million).
His fans in Japan gave great response to the drama, allowing Yoochun to then receive a big amount of share from the DVD sales.
He received RM 951,000 (USD 300,000) per episode while RM 380,000 (USD 100,000) per episode for overseas sales propelling Yoochun to be one of the celebrities with earnings of RM 63 million (USD 20 million).
Yoochun who was voted as The Most Popular Artiste in 2011, is not only an actor but also sings the OST of the series which received various accolades from the online charts.
Their album sold more than 410,000 copies, in addition to the overall total sales of 780,000 copies for their other popular singles.
In 2010, more than 1.2 million copies of their albums were sold hence contributing to Yoochun’s personal wealth.
In mid 2009, Yoochun together with another two members of TVXQ – Kim Jae Joong and Kim Junsu filed a lawsuit against SM Entertainment for unfair contract. The case is still ongoing but the court has granted approval to them to remain active in the entertainment industry. In October 2010, they formed a new group called JYJ.
The trio remained popular and especially Yoochun who became a favorite amongst advertisers in South Korea.
Throughout 2011, Yoochun individually received lucrative advertising contracts as brand ambassadors for TiO, a popular tea brand, Nintendo Wii in conjunction with the launch of the limited edition Zelda video game, a pizza chain called Black Smith Pizza and the most recent Ottogi Ramen.
Together with JYJ, Yoochun appeared in LG Optimus Q2 advertisement and became the spokesperson for the apparel brand NII, Penzal Q, Lotte Duty Free and Nature Republic, a cosmetic brand.
 PROFILE
Full Name: Park Yoochun
Stage Name: Yuchun or Micky Yoochun
Date of Birth: 4 Jun 1986
Siblings: Eldest son with a younger brother known as Park Yoohwan
Drama TV Series: Sungkyunkwan Scandal and Miss Ripley
Commercials: Tio – the tea brand, Black Smith Pizza, Nintendo Wii for  Zelda’s limited edition and  Ottogi Ramen
Individual Achievements :  Best New Male Actor, Netizen Award, Best Couple Award at KBS Drama Awards(2010), Most Popular Artiste at 47th Baeksang Awards (2011), Most Popular Artiste in Asia and Best Male Actor in Seoul International Drama Awards (2011)
Album with JYJ: The Beginning [October 2010] received pre-order of 500,000 copies and In Heaven [September 2011] received pre-order of 300,000 copies
Source: Berita Harian Newspaper
Pic & Trans credits: popqueen1711
Shared by: 6002SKY

0 Br!LL!anT !DeA:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...