Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket

Wednesday, December 14, 2011

Baju Dia Kotor


Sepasang suami isteri baru saja berpindah ke rumah baru. Setelah memindahkan kesemua perabot dan barangan, si isteri memilih satu sudut yang menghadap tingkap bagi meletakkan meja tulis. Disitulah nanti dia akan menghabiskan masanya dengan menulis dan mengemaskini blognya memandangkan dia suri rumah sepenuh masa. Sambil menulis, dia dapat melihat segala gelagat jirannya dari tingkat dua pangsapuri yang disewa. Apatah lagi kawasan yang didiaminya itu terkenal dengan kepadatan penduduk.Pada suatu hari, dia ternampak jirannya menjemur baju. Tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Apabila suaminya pulang, diceritakan kepada suaminya perihal jirannya itu. 

"Saya rasa jiran kita tu tidak reti basuh baju la abang," luahnya kepada suaminya, satu-satunya teman berbual.
"Kenapa sayang cakap macam tu?"
"Sebab saya nampak baju-baju yang dia jemur macam kurang bersih. Masih ada lagi kekotoran yang melekat."
"Oh, balas suaminya ringkas sambil mencuri pandang kearah tingkap.

Setelah seminggu berlalu, si isteri bercerita lagi kepada suaminya, "Jiran kita tu dah reti basuh baju. Saya tengok baju yang dia jemur tu bersih. Tak macam biasa." Suaminya terangguk-angguk. 
"Masalahnya bukan jiran kita tu tidak tahu membasuh baju atau cuci baju ala kadar, tetapi masalahnya ialah tingkap kita ni yang kotor. Hari ahad hari tu abang dah cuci tingkap tu sampai bersih berkilat," jelas suaminya.

Pengajaran :
Satu jari telunjuk yang menunding kearah orang lain, hakikatnya empat lagi menunjukkan kearah diri kita sendiri. Sebelum menyalahkan orang lain atas sesuatu yang kita sendiri belum jelas tentangnya, koreksi diri kerana kita juga ada kesalahan sendiri.

Sumber : Solusi #38

0 Br!LL!anT !DeA:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...