Ayat-ayat al-Quran menyebut bahawa pakaian ahli syurga berwarna HIJAU pilihan warna ini mengandungi rahsia yang sangat mendalam. Para ulama sejak dahulu hingga sekarang banyak membincangkan makna disebalik warna HIJAU ini. Menurut imam al-Qurtubi dalam kitab al-Tazkirah, warna HIJAU menjadi pilihan kerana ia sangat lembut dipandang mata. Warna putih sangat menyilaukan dan warna hitam sangat gelap. Warna HIJAU berada antara putih dan hitam serta warna ini menghimpunkan cahaya.
Selain itu warna HIJAU juga memberi kesan psikologi yang sangat mendalam. Iman Mahmud Bin Abdillh al-Alusi menulis dalam tafsirnya "warna HIJAU adalah warna yang paling indah. Hati berasa gembira setiap kali melihatnya melebihi warna-warna yang lain".
Ucapan pakar tafsir ini mendapat sokongan daripada pakar pengkaji moden. Para pengkaji menemukan bahawa warna HIJAU mencerminkan ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan. Jika seorang pesakit melihat warna HIJAU hatinya akan dipenuhi perasaan optimistik. Kerana itulah warna HIJAU dipakai oleh doktar bedah didalam bilik pembedahan.
Warna HIJAU juga melambangkan kepuasan, kebanggaan dan kekuasaan. Menurut iman Ibn Ashur, warna HIJAU menjadi pilihan raja-raja zaman dahulu apabila syurga dipenuhi dengan warna ini, seolah-olah ia melambangkan kepuasan yang sangat sempurna dihati setiap ahlinya.
Sumber sepenuhnya umar m.noor - solusi #38
0 Br!LL!anT !DeA:
Post a Comment