Alang-alang cuti raya baru ni panjang sempat la pegi menjelajah ke gua tempurung. Gua ni merupakan sebuah gua batu kapur yang terletak kat Gopeng, Perak. Kalau ikut jalan lama nak ke ipoh memang lalu la simpang jalan ke gua tempurung. Gua ni dapat nama sempena bentuknya seperti tempurung kelapa & dipercayai wujud sejak 8000 SM lagi dengan panjangnya mencecah 1.9km.
Sebahagian suasana dalam gua....
Gua ni merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di semenanjung yang memiliki 5 kubah seperti tempurung kelapa yang membentuk stalagmit & stalaktit yang berbeza-beza.
Sebelum masuk, posing dulu... ni bukan guanya, ni replika je ^^
Bersama-sama adik-adik ipar yang sporting (^_^)v
Ni kaunter tiket, nampak tak board hitam tepi tu... kat situ tertulis level & senarai harga sekali...
Masuk level pertama je...
Board senarai harga & segala info....
Tour 1 & 2 (dry) manakala tour 3 & 4 (wet) so kalau nak cuba tour 1 @ 2 boleh berpakaian biasa je tapi kalau nak yang lebih mencabar tour 3 @ 4 kena bersedia dengan berpakaian bersesuaian (seluar track, tshirt & berkasut)..
Ada 4 tour semuanya... tour 1~ takda minimum person...
tour 2 ~ minimum atleast 5 orang dewasa baru boleh masuk...
Tour 3 & 4 ni kena minimum 8 orang dewasa tapi kalau tak cukup still boleh masuk jugak cuma still kena bayar untuk 8 orang la tapi don't worry, kalau tak cukup members & taknak bayar full pun still boleh masuk... datang je time weekend... staff akan join kan kita ngan group lain yang tak cukup members @ group besar yang lain...
Dihadapan gerbang masuk...
Sebahagian suasana dalam gua....
Dalam bulatan besar tu bentuk ~ muka kucing
Bulatan kecil bawah tu ~ muka lembu
Yang ni pulak macam muka alien tengah menjunam kebawah... kena bayangkan then perhatikan betul-betul baru boleh nampak...
Dalam bulatan tu ~ muka orang dari pandangan sisi... boleh nampak bentuk hidung & dagunya...
Sebelah bulatan tu ~ bentuk obor-obor berjurai-jurai... kalau tengok real memang macam obor-obor betul.. sangat menakjubkan... Bila mendongak ke bumbung gua, tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata.. Subahanaullah sungguh indah ciptaan Tuhan.
Dalam bulatan tu seolah-olah ada orang melukis gambar perempuan di dinding gua sedangkan terjadi dari aliran air.. nampak jelas bentuk muka, mata, hidung & rambutnya..
Berada berhampiran tempat persembunyian komunis pada tahun 50an & 60an..
Pada tahun 70an... gua ini menjadi tempat lombong bijih timah.. ditemui peralatan mencari bijih sebagai bukti wujudnya aktiviti melombong bijih disini...
Selepas Sultan merasmikan gua ni... tangga-tangga & lampu-lampu mula dipasang... saya difahamkan oleh renjer yang bertugas, tangga-tangga ini dibentukkan diluar gua kemudian dipikul sendiri oleh pekerja untuk dipasang siap didalam gua.. mencakupi lebih 800 anak tangga..
Bagi tour 1 & 2, ini adalah pintu masuk & keluar dari gua tempurung..
Bagi tour 3 & 4 pula, ini pintu masuk manakala jalan keluarnya melalui anak sungai gua yang berada disebelah bawah tempat kami berdiri tu...
Perasan tak, gambar atas tu baju lain & ni baju lain pulak... sebabnya pergi dua kali dalam masa seminggu ~ mula-mula pegi ngan hubby je weekdays then weekend tu bawak adik-adik ipar pulak... diorang pun excited nak pegi..
Permandangan di pintu masuk... disediakan juga gerai-gerai makanan & cenderahati..
Kemudahan lain seperti surau...
Dan tandas..
Jalan masuk ke gua tempurung...
Akan kembali next time untuk mencuba tour 3 @ 4.... ternyata suatu pengalaman yang indah...
kepada yang tak pernah pegi tu jemput-jemput la ke sana... pasti takkan menyesal...
Kembara Ke Gua Tempurung akan kembali ^____^v
0 Br!LL!anT !DeA:
Post a Comment