Hai.. haiii
Lama betul tak tengok movie negara seberang indonesia... So pagi-pagi ahad ni layan la 1 movie tajuk Purple Love yang ditayangkan May lepas.. Jalan cerita agak ringan hingga boleh diteka apa yang akan berlaku berikutnya, senang faham & ada unsur-unsur komedi... sangat sesuai la untuk hiburan..
Purple Love berkisar tentang seorang jejaka (pasha~ungu band) yang ditinggalkan kekasih pada hari dia ingin melamar kekasih hatinya. Kerana terlalu kecewa dengan apa yang berlaku hingga mengganggu kelangsungan hidup pasha bahkan aktiviti ungu band juga terganggu.
Geng ungu band rancang temukan pasha dengan seorang penasihat cinta (talita) yang bersama-sama merancang beberapa rencana bertujuan untuk mengembalikan semangat & diri pasha yang dulu. Apabila rancangan talita pertemukan seorang gadis lain ~ yang juga pelanggannya (shelly) kepada pasha ternyata gagal apabila shelly terlebih dahulu menemui onci (gitaris ungu) lalu jatuh cinta.
Setelah beberapa rancangan untuk bertemu dengan gadis lain seperti dirancangan oleh talita untuknya gagal, pasha akhirnya sedar bahawa dia telah jatuh cinta dengan talita. Bagaimanapun setelah mengetahui bahawa talita dibayar untuk setiap apa yang dibuat untuknya, pasha membuat tuduhan melulu & akibatnya talita menjauhkan diri, begitu juga geng ungu band yang lain. Pasha berjanji untuk memohon maaf dari talita demi geng ungu band lain & bermula dari situ satu per satu tentang talita diketahui pasha termasuk kemana talita pergi dan apa yang dibuat oleh talita apabila dia menghilang...
Nak tahu mana dan apa yang talita buat??!!
Nak tahu adakah hidup mereka happily ever after macam cite cinderella tu...
Kena la tengok sendiri kisah selanjutnya.. theeee
nak tengok. tapi tak tahu bila.. huhu =(
ReplyDelete@AmirahFisra : download aje then boleh la tgk bila2 free... =D
ReplyDelete