Assalamualaikum...
Rasa-rasanya belum terlewat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri ^^,
Bila sebut raya memang tak sah kalau takde juadah ketupat daun kelapa di pagi shawal kat rumah bonda... seperti tahun-tahun sebelumnya dua hari sebelum raya, saya ngan along dah busy nganyam kelongsong ketupatnya...
Step pertama dah tentu la panjat pokok kelapa mak ambik pucuk kelapa muda macam ni... lembut, senang dianyam & tak mudah koyak..
Then anyam-anyam jadi la macam ni... macam nak anyam tikar pun ada...
Kalau daun panjang boleh la buat ketupat cabut ekor... kalau daun pendek plak buat ketupat bawang je... tapi boleh jugak buat ketupat satay cuma tak banyak la isinya nanti...
Selesai nganyam, boleh la isi beras yang dah dibersihkan kedalam sarung ketupat tu, beras biasa tau yang buat masak nasi tu bukan beras pulut... isi setengah aje tau, kalau isi penuh nanti keras kamatu pulak la ketupat tu nanti... macam masak nasi la, bila dah masak nasi tu jadi penuh seperiuk..
Masa untuk merebus... selalunya rebus selama 6,7 jam.... lagi lama rebus lagi bagus tapi jangan lupa letak garam dalam air rebusan yang mula-mula tu... kalau ketupat tu tawar tak naik lemaknya so jadi tak berapa nak sedap la...
Selepas 6,7 jam... tadaaaa... ini la hasilnya... ~ angkat dari periuk, cucur sikit dengan air paip kemudian simpulkan & gantung supaya tersejat airnya bagi mengelakkan ketupat cepat basi....
Pekena ketupat dengan rendang ayam @ kari daging memang layannnnn....
0 Br!LL!anT !DeA:
Post a Comment