Wednesday, September 14, 2011

Kuah Kacang

Bahan-bahan :-
a) 1kg kacang tanah
b) 15 tangkai cili kering (kalau suka pedas letak la lebih)
c) 2 labu bawang besar
d) 8 ulas bawang putih
e) 3'' halia
f) 3'' lengkuas
g) 3 @ 5 batang serai (ikut saiz)
h) 2 '' kunyit hidup
i) Garam 
j) 2 sudu besar gula
k) 4 sudu besar susu pekat
l) Minyak secukupnya untuk menumis.
m) 5 gelas air/secukupnya.

Cara-cara :-
1. Goreng kacang tanah dengan sesudu minyak hingga kacang masak.
2. Angkat, sejukkan seketika kemudian ramas untuk pusahkan kulit dari kacang. Kemudian tampi.
3. Kisar kacang hingga halus/hampir halus (ikut suka) kemudian ketepikan.
4. Kisar bahan b-h sampai hancur. Kisar cili dulu kemudian diikuti bahan-bahan lain.
5. Panaskan minyak secukupnya & tumis semua bahan yang telah dikisar.
6. Tumis hingga garing (ambil masa agak lama untuk bahan tumis garing).
7. Setelah garing, masukkan air secukupnya untuk kuah & masukkan semua kacang yang telah dikisar. Tambah air kalau kuah terlalu pekat.
8. Tanak/masak kacang hingga lembut/empuk dengan api yang agak perlahan.
9. Setelah lembut, masukkan garam & gula secukupnya.
10. Masukkan susu pekat, kacau lagi & biarkan mendidih. Siap

Sangat bersesuaian kuah kacang dimakan bersama nasi impit @ satay!!

Note :
1. Dalam proses tanak kacang hingga lembut, pastikan kuah kerap dikacau supaya kacang yang mendap tidak hangit @ berketul-ketul.
2. Setelah kacang empuk, akan kelihatan minyak dipermukaan kuah macam dalam gambar atas tu.

0 Br!LL!anT !DeA:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...