Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket
Showing posts with label islamic. Show all posts
Showing posts with label islamic. Show all posts

Thursday, December 15, 2011

Rahsia Disebalik Warna Hijau


Ayat-ayat al-Quran menyebut bahawa pakaian ahli syurga berwarna HIJAU pilihan warna ini mengandungi rahsia yang sangat mendalam. Para ulama sejak dahulu hingga sekarang banyak membincangkan makna disebalik warna HIJAU ini. Menurut imam al-Qurtubi dalam kitab al-Tazkirah, warna HIJAU menjadi pilihan kerana ia sangat lembut dipandang mata. Warna putih sangat menyilaukan dan warna hitam sangat gelap. Warna HIJAU berada antara putih dan hitam serta warna ini menghimpunkan cahaya.

Selain itu warna HIJAU juga memberi kesan psikologi yang sangat mendalam. Iman Mahmud Bin Abdillh al-Alusi menulis dalam tafsirnya "warna HIJAU adalah warna yang paling indah. Hati berasa gembira setiap kali melihatnya melebihi warna-warna yang lain".

Ucapan pakar tafsir ini mendapat sokongan daripada pakar pengkaji moden. Para pengkaji menemukan bahawa warna HIJAU mencerminkan ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan. Jika seorang pesakit melihat warna HIJAU hatinya akan dipenuhi perasaan optimistik. Kerana itulah warna HIJAU dipakai oleh doktar bedah didalam bilik pembedahan.

Warna HIJAU juga melambangkan kepuasan, kebanggaan dan kekuasaan. Menurut iman Ibn Ashur, warna HIJAU menjadi pilihan raja-raja zaman dahulu apabila syurga dipenuhi dengan warna ini, seolah-olah ia melambangkan kepuasan yang sangat sempurna dihati setiap ahlinya.  

Sumber sepenuhnya umar m.noor - solusi #38

Wednesday, December 14, 2011

Sutera Hijau Pakaian Ahli Syurga


Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : "Mereka itu (orang yang) diberikan syurga 'Adn, yang mengalir sungai-sungai dibawahnya. Didalam syurga itu, mereka dihiasi dengan gelang tangan emas dan memakai pakaian hijau daripada sundus dan istabraq. Mereka duduk sambil bersandar diatas pelamin-pelamin yang indah." (Suruh al-Kahfi 18 : 31) 

Dalam ayat yang lain,

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : "Pakaian mereka adalah pakaian hijau yang diperbuat daripada sundus dan istabraq, serta dihiaskan mereka dengan gelang tangan daripada perak. Tuhan mereka memberikan mereka minuman yang sangat suci." (Suruh al-Insan 76 : 21)

Sumber sepenuhnya umar m.noor - solusi #38

Baju Dia Kotor


Sepasang suami isteri baru saja berpindah ke rumah baru. Setelah memindahkan kesemua perabot dan barangan, si isteri memilih satu sudut yang menghadap tingkap bagi meletakkan meja tulis. Disitulah nanti dia akan menghabiskan masanya dengan menulis dan mengemaskini blognya memandangkan dia suri rumah sepenuh masa. Sambil menulis, dia dapat melihat segala gelagat jirannya dari tingkat dua pangsapuri yang disewa. Apatah lagi kawasan yang didiaminya itu terkenal dengan kepadatan penduduk.Pada suatu hari, dia ternampak jirannya menjemur baju. Tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Apabila suaminya pulang, diceritakan kepada suaminya perihal jirannya itu. 

"Saya rasa jiran kita tu tidak reti basuh baju la abang," luahnya kepada suaminya, satu-satunya teman berbual.
"Kenapa sayang cakap macam tu?"
"Sebab saya nampak baju-baju yang dia jemur macam kurang bersih. Masih ada lagi kekotoran yang melekat."
"Oh, balas suaminya ringkas sambil mencuri pandang kearah tingkap.

Setelah seminggu berlalu, si isteri bercerita lagi kepada suaminya, "Jiran kita tu dah reti basuh baju. Saya tengok baju yang dia jemur tu bersih. Tak macam biasa." Suaminya terangguk-angguk. 
"Masalahnya bukan jiran kita tu tidak tahu membasuh baju atau cuci baju ala kadar, tetapi masalahnya ialah tingkap kita ni yang kotor. Hari ahad hari tu abang dah cuci tingkap tu sampai bersih berkilat," jelas suaminya.

Pengajaran :
Satu jari telunjuk yang menunding kearah orang lain, hakikatnya empat lagi menunjukkan kearah diri kita sendiri. Sebelum menyalahkan orang lain atas sesuatu yang kita sendiri belum jelas tentangnya, koreksi diri kerana kita juga ada kesalahan sendiri.

Sumber : Solusi #38

Sunday, December 11, 2011

Isteri Saya Hilang


 Seorang suami berjumpa polis untuk melaporkan kehilangan isterinya yang keluar seketika untuk membeli gula, namun tidak pulang-pulang.

"Sudah berapa lama isteri encik keluar?" soal polis.
"Saya tidak pasti pula. Pagi tadi atau tengah hari kot."
"Dia pakai baju warna apa?"
"Tak pasti la tadi. Mungkin hitam atau putih. Kalau tak pun kelabu."
"Baiklah. Dia ada bawa kad kredit atau kad ATM bersama?"
"Kad ATM memang selalu ada dalam dompet dia, tapi kad kerdit tak pasti pula."

Polis tersebut menggeleng-gelengkan kepala. "Isteri encik keluar dengan kereta persendirian?"
"Ya tuan, dia keluar menggunakan kereta saya, Produa Myvi. Kereta saya tu berwarna silver, berusia hampir 4 tahun 12 Disember nanti. Bumper depan kereta sebelah kiri ada kesan calar sikit. Bahagian dalam kereta saya guna wangian Teddy Dream dari Lovely Lace."
"Okey, kalau macam tu kita cari kereta encik dahulu sebelum mencari isteri encik," kata polis menamatkan sesi soal siasat.

Pengajaran :
Adakah ada ketikanya metarial lebih mudah kita terangkan ciri-cirinya secara detail berbanding insan yang kita sayangi? Pulanglah kerumah dan kenalilah insan-insan yang dekat dengan anda. Mengenali untuk menyayangi, bukan untuk mencari benci.

Kredit : Solusi #38 

Mimpi Seekor Nyamuk

 Seekor nyamuk memberitahu sahabatnya, seekor belalang hijau : 

"Aku bermimpi semalam."
"Kau mimpu apa?"
"Aku bermimpi aku hisap darah segar kenyang-kenyang. Seronok sangat."
"Wah, itu mimpi yang hebat!"
"Ya dan aku sangat gembira."

Belalang melihat perut sang nyamuk, kempis. Keesokkan harinya, sang nyamuk bercerita lagi.

"Aku bermimpi indah lagi semalam. Kali ini lebih hebat. Aku mimpi, WHO (World Health Organisation) telah mengharamkan penggunaan sebarang jenis ubat nyamuk sebab ia membawa kesan yang tidak baik untuk kesihatan. Wah, seronoknya! Tak perlulah lagi aku terbang lintang pukang menyelamatkan diri setiap kali manusia guna ubat nyamuk." 
"Hah, hah, hah! Macam-macam mimpi kau. Aku ni tidur mati tiap-tiap malam."

Sang nyamuk tergelak gembira dan menari-nari.
Hari yang berikutnya, sang belalang hijau pula menegur sang nyamuk :

"Engkau mimpi indah lagi? Tersenyum memanjang."
"Tepat tekaan kau tu. Semalam aku bermimpi lagi hebat. Aku bermimpi nyamuk diiktiraf sebagai serangga yang dipelihara dan tidak boleh dibunuh. Wah, indahnya hidup ini!"

Sang belalang melihat lagi perut sang nyamuk. Makin kempis. Rupa-rupanya nyamuk masih tenggelam diulit mimpi.

PENGAJARAN :
Ramai manusia hanya bermimpi dan berkhayal, namun hakikatnya tidak pernah melakukan apa-apa. Jangan jadi Muslim yang menyangka mereka telah cukup beramal sehingga berangan-angan pasti mendiami syurga, sebaliknya imbangilah yang dilakukan dengan campuran dua ramuan ; khauf (takut) dan raja' (harap).


Jangan biarkan diri terus dibuai mimpi.
Kredit : Solusi #38  

1 Daripada 99 Rahmat


Tahukan Anda??

1/99 Rahmat
Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam menguraikan sifat Al-Rahman Al-Rahim ALLAH s.w.t yang bermaksud : " ALLAH mencipta 100 rahmat, 1 rahmat dibahagikan kepada seluruh isi dunia ini, sedangkan 99 bahagian lagi dibahagikan di akhirat (iaitu didalam syurga)." (Riwayat Muslim)

Jadi secara kasarnya, kesenangan didalam syurga itu adalah 99 kali ganda berbanding kesenangan di dunia sekarang ini. Inilah pesona yang mampu menggerakkan Mukmin memburu baki 99 rahmat yang ditahan disisi-Nya.

Sumber : Solusi #38

Wednesday, August 3, 2011

Adakah Bulu Binatang Itu Najis?

Assalamualaikum... tengah blog walking tiba-tiba terjumpa satu blog, Blog Jom Faham dengan topic yang sangat menarik, khususnya kepada pencinta-pencinta haiwan terutamanya meow yang comel-comel... mesti ramai yang memelihara kucingkan termasukkan la saya... saya adopted 2 ekor budak nakal ni...
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
V

haiii... saya ChiMot & saya Chitam.... kami budak baik tau...eheheheh

Wednesday, May 18, 2011

Adab Memotong Kuku Mengikut Sunnah Rasullah Saw

Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

RASULULLAH S.A.W BERSABDA :-.

Barang siapa yang mengerat / memotong kukunya pada :-

i)   Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat & masuk kepadanya penyakit.
ii)  Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
iii) Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
iv) Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
v)  Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
vi) Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila & masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
vii) Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosa seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala. 


Apabila seorang perempuan / wanita itu sembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada mana-mana pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al-Bazzar)

Thursday, April 21, 2011

RuKuN IsLaM Ke-3

assalamualaikum pembaca-pembaca sekalian alam...
kira punya kira ada dekat 5 bulan lagi kita nak rayakan.. Hari Raya Aidilfitri (^^,)
klau sebut psl raya laju je sume kan... excited gitu, sumenya raya... baju raya, seluar raya, tudung raya, kasut raya, handbeg raya, capal raya.... raya! raya! raya!
puasa mcm mna? yg tahun lepas ada tinggal tu dah ganti ke?? yg tahun2 sebelum tahun lepas tu pn dah ganti ke??? jangan dipandang enteng sume tu... 'esok' bila dituntut jangan mintak hidup balik...


mesti korang herankan, apesal la sy dok pot pet pot pet pasal puasa & raya kan padahal lambat lagi pun nak tiba harinya... b'cozzzz cik m!ra berpuasa arini, lebih tepat lg puasa ganti tahun lepas punya...hehe
baru ari pertama ni...gambatte!!
konon-kononnya nak ganti tahun lepas jgk sebelum abis tahun 2010 tapi sudahnya tahun 2011 bulan 4 baru berjaya menggantinya...haiyaaa
suka tangguh punya olang ^^''

so pada yg ada tinggal tu, sila la ganti puasa kamu.. WAJIB keatas setiap umat islam yg berkemampuan... setidak-tidaknya dapat la jgk kasi rest sistem-sistem dalam perut tu... dapat jgk mengempiskan tubuh ~ hopefully... sy pun berusaha nk abis kn lagi beberapa ari lg ni... mudah2an ALLAH permudahkannya..

ganti puasa ><


Saturday, April 9, 2011

Kasihnya ALLAH Pada Umat-Nya

 Ni yg tak best ni… semalam bos belanja ABC arini dh start sakit tekak esok2 gerenti selsema ngan batuk, pastu demam la jwbnya. Klau tahu jd mcm ni baik xyah makan ABC tu. Tension betul la, keja kt opis pn belambak tak settle lg tapi time2 ni la nk demam sume. Nampaknya kena gi klinik cepat2 ni sebelum melarat. Nasib baik ada panel klau tak terbang 40, 50 hengget aku.
@

Suatu petang ketika sedang menyiapkan assignment, tiba2…gruuuu….gruuu…krohh…krooohh… adoi kenapa perut ni pedih plak…sakit nya rasa bagai di cucuk sembilu…>< ni mesti kes lambat sarapan pg td sudahnya sarapan ngan lunch bercantum menjadi satu.. salah sendiri jgk, sapa suruh trlambat bangun.. sapu minyak angin jelh mudah2an kurang sikit sakitnya.


         
Pelbagai situasi yg berbeza yg diperlihatkan manusia pada hari ini. Persoalannya dimanakah anda? Di situasi pertama @ kedua? Jangan la jd seperti lagu bangau oh bangau sentiasa menunding jari org lain sedangkan jari itu sepatutnya ditunjuk pd muka sendiri. Usah menyalahkn orang lain sedangkan pilihan tu anda yg pilih sendiri.
          Mengapa Allah swt bagi kita sakit, adakah kerana kita tidak disayangi? Jawapan nya tidak!! Allah swt memberi kita kesakitan kerana kasihnya Allah swt pd umat2-Nya. Nah, inilah buktinya.Bayangkan dlm brjuta manusia, tp kita yg trpilih. Maka dengan itu seharusnya kita menikmati sakit.

'sesungguhnya mengsyukuri nikmat adalah suatu kewajipan bg org2 yg beriman. Dan kesihatan adalah antara nikmat yg trbesar yg dikurniakan Allah kepada setiap hamba-Nya. Bagaimanapun kenikmatan hnya dpt diukur apabila kesakitan menimpa.Takkala itu baru manusia mampu menilai apabila nikmat trsebut hilang'


MEnGaPa ALLAH swt MeMiLiH KiTa UtK Men!kMaTi SaKiT :-
  • mengajar supaya kita lebih bersyukur dgn segala nikmat yg ada
  • dapat menghapuskan dosa dan meninggikan darjat di sisi Allah swt
  • mengingatkan kita supaya lebih bersabar 
  • menguji betapa kukuh / rapuhnya tahap keimanan pd Allah swt 
  •  menyedarkan kita betapa besarnya kekuasaan Allah swt
  • percaya bahawa setiap kesukaran yg dihadapi pasti ada kemudahan mendatang 
PeRkaRa YanG PerLu DiAmbiL PerHaTiaN SeMasa SaKiT :-
  • jangan berburuk sangka pd Allah.
  • jangan berasa kecewa & berputus asa
  • tidak menghebahkan khabar sakit & mengeluh
  • jaga aurat walaupun ketika sakit
  • jangan berubat dgn cara yg haram atau menyekutukan Allah spt mendatangi bomoh @ dukun @ black magic
  • buang masa bercakap atau melihat perkara2 yg haram


sebuah hadis riwayat al-Tirmizi daripada Anas Bin Malik r.a, bahawa Rasullah s.a.w bersabda yg bermaksud : ''Sesungguhnya ganjaran pahala yg besar diperolehi melalui ujian yg besar. Kalau Allah mencintai seseorang, pasti Allah akan memberikan ujian kepadanya. Sesiapa yg redha menerima ujian Allah, maka baginya keredhaan-Nya. Dan sesiapa yg kecewa menerimanya, nescaya ia akan menerima kemurkaan-Nya"  




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...