a) Stres akibat takut gagal, menyebabkan kita bangun berusaha dengan lebih gigih.
b) Stres akibat hubungan kita yang tidak mesra dengan ibu bapa, menyebabkan kiya bertindak meminta maaf, berterus terang dan melakukan tindakan-tindakan positif bagi membetulkan keadaan.
c) Stres kerana jahil akan mendorong seseorang itu bangun menimba ilmu.
d) Stres kerana merasakan diri berdosa akan mendorong orang yang masih ada sekelumit iman dalam hati beristighfar, bertaubat dengan bersungguh dan berazam tidak akan mengulangi dosa silam.
e) Stres kerana merasakan diri tiada pencapaian akan memotivasikan diri berusaha meraih kejayaan dalam hidup.
f) Stres kerana melihat perbuatan mungkar berleluasa akan meyebabkan jiwa memberontak ingin melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
g) Stres kerana didiagnosis ada risiko kesihatan akan menyebabkan si pesakit berusaha menjaga pemakanan dan melakukan pelbagai usaha untuk penyembuhan.
Source : Pahrol Mohamad Juoi, Majalah Solusi #16
0 Br!LL!anT !DeA:
Post a Comment