Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket
Showing posts with label bird. Show all posts
Showing posts with label bird. Show all posts

Saturday, April 7, 2012

Kau Pergi Jua...

Agak tragik tajuknya.. kenapa ye?
Ingat lagi tak pada entry ni Itu Bukan Toy dan ini Anak Angkat Baru..?
Tanpa diet yang betul dia tak mampu survive, pendek kata tanpa ibu dia, memang sukar untuk dia hidup. Kau pergi jua selepas dua hari dalam perhatianku... Ku pusarakan kamu di tepi pokok betikku @__@~



Friday, March 30, 2012

Anak Angkat Baru?!

Ingat tak entry 2 hari lepas pasal anak burung ni? Nak tahu macam mana dia boleh muncul, baca kat SINI.. 


Sekarang masa untuk makan!! Tengok ajelah gelagatnya. Memang secara semulajadi bila dia rasa pergerakan je terus bukak mulut untuk makan. Agaknya macam tu la bila mak dia hinggap kat sarang. Kalau tak rasa pergerakan dia akan tido. macam human baby la. Bila lapar nangis, bila kenyang tido.

Cian anak burung nie. Very helpless. Tak tahu la boleh bertahan ke tak sebab mampu bagi dia makan nasi putih je. Kalau ikutkan diet dia mestila cacing @ anak belalang yang mak dia tangkapkan. Well, nanti saya update perkembangan seterusnya... (^.^)/ 

Wednesday, March 28, 2012

"Ocean!! Itu Bukan Toy La.."

Pagi semalam nak intai la budak bertuah ni tido kat mana. Selalunya atas rak kasut, abis tergolek semua kasut ke bawah. Intai punya intai tapi takde pulak nampak. Sekali nampak dia kat tepi kereta, oh... main rupanya ingatkan tido.. =) Eh, benda apa yang dia buat main tu >__<"!!?

l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
V
~ Laaaaa anak burung!! Oitt Ocean, mana ko dapat anak burung ni? ~

Mula-mula ingatkan anak burung kuning yang sangkut sarang kat lampu liplap liplap depan umah ni. Ingat nak letak balik la tapi bila panjat tengok, eh... ada anak burung dah dalam tu. Baru perasan burung kuning tu paruh panjang tirus tapi baby bird yang budak bertuah ni kidnap paruh pendek. Dah confirm-confirm la bukan anak burung kuning ni. 

2, 3 ari lepas burung dalam gemgaman tu terperangkap kat cermin tingkap... baca kisahnya DISINI . Bila perhati betul-betul paruh anak burung ni sama dengan paruh burung yang terperangkap tu. Rasa-rasanya sama species la ni. Tapi mana pulak la sarangnya. Agaknya anak burung ni jatuh dari sarang kot.  Takkan la si Ocean ni panjat pokok kot. ~__~

Dek kerana tak dapat dikenal pasti asal usulnya, saya amik la tolong jaga, cian pulak nak dibiar je mesti tak boleh nak survive. Cian jugak kat mak burung ni tercari-cari anak dia. Tengok la sampai bila dia mampu bertahan. Harap-harap biar la sampai dia boleh terbang pergi. Pengalaman baru ni, selalu adopt anak kucing tapi kali ni baby bird pulak.... XD 

Kisah Di Suatu Pagi...

2, 3 ari lepas masa nak bukak tingkap bilik waktu pagi tiba-tiba dengar bunyi benda mengelepar. Suspen sekejap, dah la gelap lagi masa tu. Nak diselaknya langsir luas-luas kang lepas masuk dalam bilik pulak makhluk yang menghasilkan bunyi tu. Rupa parasnya masih tak dapat dikenal pasti. Dalam kepala terfikir kelawar, dibuatnya betul-betul kelawar kang, ah sudah. Puas pulak la bersilat nak bawak keluar.

Last-last pinjam touch light hubby suluh dari luar. Suluh punya suluh, ni rupa makhluknya... ish

l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l

Taadaaa.....


Comel tak? ehehehee.. Ala cian dia, memang buat suspen betul burung ni. Macam mana la ko boleh terjatuh kat sebalik tingkap tu. Nasib baik ada kat umah, kalau tak mati kehausan la kat celah tu. Tahu tak ni burung apa? Kata hubby burung ciak rumah tapi tak tahu la betul ke tak. Kalau helang ke, enggang ke, nuri ke kenal la tapi kalau jenis kecik kemetot ni memang surrender la... XD


So kasi tangkap sama dia, pose ala-ala model dalam genggaman ~ tu pun sempat lagi terlepas masuk bilik air masa sesi fotografi tapi dapat la tangkap balik.. snap 2, 3 keping then terbang la burung terbang bebas di angkasa. Semoga ko tak termasuk perangkap lagi...
(^__^)/

Saturday, February 25, 2012

Ku Sangkakan "Sampah" Rupanya......



Nampak tak paruh panjangnya....


Orang lain punya la susah payah bela burung dalam sangkar tapi burung ni dengan gembiranya sangkut rumah dia kat lampu liplap liplap depan rumah ku. Tak tahu la burung jenis apa, kecik je saiznya tapi paruh panjang siap lentik lagi.. Mula-mula ingatkan sampah ntah datang dari mana tiba-tiba tersangkut kat situ. Siap pegi tunjal-tunjal lagi dengan harapan nak buang la 'sampah'nya.. 

The next day, perasan ada sekor burung kuning terbang dekat-dekat situ, pastu dongak punya dongak baru la nampak ada penghuni rupanya. Mujur tak digunting buang sarangnya.... Tengok pada saiz sarang, bentuk dan bahan yang digunakan, rasa kagum dengan kebolehan makhluk kecil ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...