Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket
Showing posts with label create by mira. Show all posts
Showing posts with label create by mira. Show all posts

Monday, April 18, 2011

RoT! CaPaT! & KaR! DhaL

ROTI
Roti Capati
Bahan-bahan :-
a) 3 cawan penuh tepung capati ( tepung atta)-boleh beli kt pasaraya
b) 1 sudu teh garam @ secukup rasa
c) 1 sudu besar ghee (minyak sapi) @ margerin
d) 1 cawan air suam
kecikkan doh sebesar bola golf
Cara-cara :-
i)  Campur tepung, margerin, garam & air.
ii) Uli selama 10 minit.
iii) Kecil kan doh menjadi sebesar bola golf & letak didalam bekas lain.
iv) Tutup bekas dengan kain lembab.
v) Biarkan selama 1 jam (seelok-eloknya 4-6 jam)
vi) Tabur tepung atas pencanai & canai tepung bentuk bulat ( pastikan tidak terlalu nipis @ tebal)
vii) Bakar atas kuali leper
capati yg siap dimasak
Peringatan :- Doh yg terlalu keras akan menghasilkan capati seperti keropok!

KUAH
Kari Dhal tanpa rempah kari

kari dhal tanpa rempah kari


Bahan-bahan :-
a) 2 genggam dhal direndam - seelok-eloknya 2-3 jam (separuh dikisar@tumbuk)
b) Daging hancur
c) 1 sudu kecik jintan putih

d) 1'' halia
e) Cili besar
f) 3 ulas bawang putih
   (ketiga-tiga bahan ditumbuk)

g) 1 biji tomato
h) 1 biji kentang
    (dipotong dadu)


i) 1/2 batang karot - potong panjang
j) Bendi (boleh letak kalau suka)

Cara-cara :-
1) Tumis jintan putih dengan bahan yg ditumbuk hingga naik bau.
2) Masukkan daging hancur.
3) Masukkan kentang, tomato & karot.
4) Masukkan kacang dhal.
5) Masukkan air secukupnya hingga dhal & kentang empuk.
6) Masukkan garam secukup rasa.

ready untuk dimakan =D

SANGAT SESUAI PADA MENGAMAL DIET ^__^

HaT! MaSaK K!cAp bLaCk Pap3R


Bahan-bahan :-
a) Hati lembu dipotong nipis (boleh jgk guna hati ayam)
b) Sedikit serbuk lada hitam
c) Sedikit kicap masin
    (Kesemua bahan diatas diperap 15-20minit)

d) Bawang merah
e) Bawang putih
    (Kedua-duanya dihiris nipis)

f)  Cili besar merah - dibelah @ dipotong serong
g) Bawang besar - dipotong bulat
h) Bunga lawang, cengkih & kulit kayu manis
i)   Garam & air secukupnya
Bahan-bahannya
Cara-cara :-
1) Tumiskan bahan yg dihiris bersama bunga lawang, cengkih & kulit kayu manis hingga sedikit garing.
2) Masukkan hati yg telah diperap.
3) Kacau hingga hati layu & masukkan sedikit air @ secukupnya hingga hati lembut. (kalau tak lembut tambah air lg)
4) Masukkan cili, bawang besar & garam secukupnya.
5) Pastikan jgn terlalu berkuah @ terlalu kering.

PanDaN PanCakE

sarapan pagi dengan pandan pancake ni mmg menyelerakan... ^^, 
check it out cara-cara membuatnya...
very simple...
tak caya, try la >< 


bahan-bahan :-
i)   1 cawan tepung gandum
ii)  1 sudu kecik baking powder
iii) 4 sudu gula kastor
iv) 1 biji telur ( putih & kuning diasingkan)
v)  1 cawan susu segar / fullcream 
vi)  25 gm butter dicairkan
vii) sedikit perisa pandan
viii) sedikit pewarna hijau


cara-cara membuat :- 
a) campurkan tepung gandum, baking powder & gula dlm 1 mangkuk.
b) ketuk telur kuning seketika dlm mangkuk lain, masukkan susu & butter cair, kacau rata.
c) masukkan bahan kering tadi kedalam adunan telur kuning.
d) dalam mangkuk berasingan, pukul telur putih & sedikit garam sampai kembang / berbuih.
e) masukkan telur putih kedalam mangkuk adunan telur kuning.
f) masukkan perisa pandan & pewarna hijau.
g) kacau sebati kesemua adunan.
h) panaskan kuali 'non stick' & masukkan sesenduk adunan. Tak perli diratakan.
i) kaup balik adunan smpi masak.
j) boleh dimakan begitu saja @ dengan butter @ honey.





   

Thursday, April 7, 2011

IndekS GliSemiK... Apa tU??

Pernahkah anda terfikir apa yg dimaksudkan dgn indeks glisemik (GI) dan kaitannya dgn berat badan ideal.. GI merupakan tahap pengukuran kualiti untuk karbohidrat dalam sesebuah makanan. Makanan yg tergolong dlm GI rendah adalah lambat dicerna dan diserap, meningkatkan paras glukosa dan insulin secara lebih perlahan dan lebih bermanfaat untuk kesihatan berbanding makanan dlm kategori GI tinggi yang cepat mencerna dan memberi kesan sebaliknya.

Contoh makanan yg tergolong dlm GI rendah : Sayur-sayuran spt brokoli, kobis, cendawan dan carrot. (rajin-rajin la mkn sayur yerr ><). Buah-buahan spt oren, epal, ceri, limau bali, pear,plum, grapes dan kiwi. Kekacang spt peanuts, walnuts. Cashews, dan soya bean. Lain-lain makanan spt ais krim low fat, karipap, sponge cake, kellogg’s special k, oatmeal, macaroni dan spaghetti.
Contoh makanan yg tergolong dlm GI sederhana : Nasi beras perang, capati, madu, biskut/roti kering, nasi lemak, nasi goreng, bihun/laksa tanpa kuah dan blueberry muffin. Buah-buahan spt mango, banana, papaya dan nenas. Lain-lain makanan spt corn, potato chips, wholemeal bread dan whole white bread.
Contoh makanan tergolong dlm GI tinggi : Roti putih, nasi putih, roti canai, bihun goreng, corn chip, macaroni goreng, labu, donat, waffles, broad beans, teh tarik, pau kari ayam, pretzels, kellogg’s cornflakes, biskut beras, glucose, tembikai, potato(baked, mashed, instant, french fries).
Pastikan anda mengambil lebih banyak makanan GI rendah dan sederhana dlm menu harian serta senaman secara berkala juga berhubung kait dlm proses mencapai berat badan IDEAL dan bukannya KURUS!!

Wednesday, April 6, 2011

DaD!h Y@m NatA d3 Coc0

Bahan-bahan :-
1 peket dadih perisa yam
1500ml air
200ml susu  krimer sejat F&N (Evaporated Creamer)
50gm gula halus

Nata de coco plain
Bekas2 kecil @ Loyang

Cara membuat :-


1. Masukkan air, gula & susu kedalam periuk. Masak hingga mendidih.
 2. Kemudian masukkan serbuk dadih perisa yam. Kacau rata.
3. Matikan api.


       4. Sendukkan kedalam bekas2 kecil hingga habis.
       5. Masukkan 3-4 ketul nata d coco plain kedalam setiap bekas yg telah diisi dadih.
       6. Biarkn sejuk pd suhu bilik kemudian masukkan ke dalam peti sejuk untuk    hidangan sejuk.
       7. Nyum…. Nyum…. Nyum… 
       # www.myresipi.com

SeLaMaT MenCuBa !!!   ^__^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...