Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket
Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Thursday, August 23, 2012

Hari Lebaran Di Kejauhan


Berlalu la sudah Ramadhan,
Sebulan berpuasa... 
Tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembiraaaaaa...

Anak muda dirantauan..
Semuanya pulang ke desa,
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira... 

Tapi daku meraikan 01 Syawal dengan hubby je... dek kerana tuntutan tugas dengan hal yang tak dapat dielakkan maka berdua ajelah kami dipagi raya.... huhuhu
Perjalanan jauh tak ku rasa..
Kerna hati ku melonjak sama...
Ingin berjumpa mak abah sekeluarga..
Yang selalu bermain dimata...


 Nun menghijau gunung ladang dan rimba..
Langit nan tinggi bertambah birunya..
Deru angin turut sama berlagu..
Semuanya bagaikan turut gembira.. 

 -Bersama along dan bonda tercinta-

 Balik kampung.. 
Ho.. Ho... Ho.... balik kampung hati girang

 Hari raya kedua baru la dapat balik ke kampung... Walaupun raya ke dua tapi highway dari selatan ke utara bertambah jumlah kenderaannya... Alhamdulillah kami selamat sampi di rumah keluarga tersayang..

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Monday, November 14, 2011

Siblings Outing At KB

Annyong... Hai..hai.. i'm back!!
Terasa lama betul tak update blog ni... dah lebih 2 minggu ditinggalkan... bersawang sudah, so hari ni kasi clear semua sawang-sawang yang ada with new entry... 

Raya Haji baru ni sambut kat KB with whole family in law so sempat la meronda-ronda... 
Half day activity...
 Menara tinjau...

Kalau rasa-rasa nak exercise boleh la naik tangga pusing-pusing ke puncak menara & reward kepada yang berjaya, dapat la tengok view kawasan sekitarnya.. =p 

Membelakangkan Tambatan Diraja...

Freestyle everybody!!

Unplanned freestyle...
Ni la yang berlaku bila tiba-tiba shima <haaaachuuummm!!>

After sneeze incident...
Peace... (^^,)v

Singgah sebentar ke Taman Perbandaran Tengku Anis. Tamannya cantik tapi sayangnya tak berjaga...
 Etika berpakaian pun ada... bagus-bagus..

 Labu sayung gergasi...

Final night at KB
Hubby with Darwisyah...

Taman Kota Darul Naim...  ala-ala Icity la...




Wednesday, September 7, 2011

Oh Ketupat La..La...La....

 Assalamualaikum...
Rasa-rasanya belum terlewat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri ^^,
Bila sebut raya memang tak sah kalau takde juadah ketupat daun kelapa di pagi shawal kat rumah bonda... seperti tahun-tahun sebelumnya dua hari sebelum raya, saya ngan along dah busy nganyam kelongsong ketupatnya...

 Step pertama dah tentu la panjat pokok kelapa mak ambik pucuk kelapa muda macam ni... lembut, senang dianyam & tak mudah koyak..

 Then anyam-anyam jadi la macam ni... macam nak anyam tikar pun ada...

 Kalau daun panjang boleh la buat ketupat cabut ekor... kalau daun pendek plak buat ketupat bawang je... tapi boleh jugak buat ketupat satay cuma tak banyak la isinya nanti...


 Selesai nganyam, boleh la isi beras yang dah dibersihkan kedalam sarung ketupat tu, beras biasa tau yang buat masak nasi tu bukan beras pulut... isi setengah aje tau, kalau isi penuh nanti keras kamatu pulak la ketupat tu nanti... macam masak nasi la, bila dah masak nasi tu jadi penuh seperiuk..

 Masa untuk merebus... selalunya rebus selama 6,7 jam.... lagi lama rebus lagi bagus tapi jangan lupa letak garam dalam air rebusan yang mula-mula tu... kalau ketupat tu tawar tak naik lemaknya so jadi tak berapa nak sedap la... 

 Selepas 6,7 jam... tadaaaa... ini la hasilnya... ~ angkat dari periuk, cucur sikit dengan air paip kemudian simpulkan & gantung supaya tersejat airnya bagi mengelakkan ketupat cepat basi.... 
Pekena ketupat dengan rendang ayam @ kari daging memang layannnnn....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...