Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket
Showing posts with label cara. Show all posts
Showing posts with label cara. Show all posts

Friday, June 8, 2012

Mentarang... Apa Tu?

Tahu tak mentarang tu apa, pernah dengar... pernah tengok... pernah pegang? Tak pernah... ish..ish kecian.. ^^ Mentarang itu sejenis hidupan laut yang bercengkerang & habitatnya dalam lumpur, sepupu dia yang paling glamour adalah kerang.. Jom berkenalan... ni la rupa paras mentarang..
 Hidup lagi ni, tengak aje lah saiznya besar mana. Kalau nak cari mentarang ni kena pakai sarung tangan sebab muncung depannya tajam, silap-silap haribulan boleh terbelah jari O.o"

Jom tengok macam mana cara nak mengopek mentarang ni... Boleh jugak rebus dulu macam rebus kerang kemudian baru keluarkan isinya tapi rasanya kurang power la berbanding dimasak fresh..
Nampak tak anak panah tu, kena kopek/cabut kepingan tu dulu baru boleh bukak mentarang ni, kira macam kunci la..

Bila dah buang kepingan tu baru la boleh kopek..

Tadaa... isi mentarang yang masih segar...

Jangan lupa buang dua keping benda keras 'gigi' dalam isi mentarang ni.. Saiz macam duit syiling 5sen.. benda tu tak boleh makan.. 

Ni la tokey gerainya... Makcik ni siap-siap tolong kopekkan.. Almaklum ajelah, kali pertama beli.. sebelum ni tengok je tak pernah makan.. Tapi kalau datang time weekdays boleh la makcik ni tolong kopekkan kalau weekend memang tak dapat la sebab orang ramai.. Bila dah tengok demo, lepas ni boleh la kopek sendiri.. very easy (^^,)v

Masa datang gerai ni takde pelanggan so boleh la tanya itu ini. Menurut makcik ni mentarang boleh dimasak tomyam, kari dan sambal. Saya try masak tomyam, memang yummy sampai gambar pun lupa nak capture... ehehehe... Oh ya, lokasi gerai ni kat Pantai Remis, Selangor... bukan Pantai Remis, Perak tau.. Jaraknya cuma 5 minit je dari Restoran Ikan Bakar Pantai Jeram... 

Tuesday, February 7, 2012

"Shark" On The Highway

While on my way back from visiting family last week, i saw with a kind of "sharks" ride on a truck. This shark is yellow and cannot swim. If added to water, would "die". What kind of shark cannot swim? 
Check, check, check it out....
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
V
It is a CAR!! No wonder it cannot swim...
T__T





Wednesday, September 7, 2011

Apa Itu Kerisik

Assalamualaikum....
Dah naik bersawang blog ni, dekat 2 minggu tak update blog... pelik pulak rasanya tak berblogging... ehehehe
Musim-musim raya ni nak cite la sikit pasal juadah-juadah raya ni, bila nak buat juadah mesti kena ada bahan-bahannya. Maka dengan itu topic arini pasal kerisik. Kerisik?! apa bendanya tuuuu.... Pada yang biasa ke dapur confirm tahunya lah kerisik tu apa kan... 
Kerisik ni sejenis perasa tambahan yang biasanya kita tambah untuk melazatkan lagi rendang @ kari daging... tapi ada setengah-setengah orang tak letak pun. Itu pun terpulang la pada resipi dan citarasa masing-masing...

1st step selepas kelapa diparut/dimesin kena la disangai/digoreng tanpa minyak sampai la bewarna kekuning-kuningan... jangan guna api yang kuat nanti hangit tak sedap rasa kerisik tu nanti...

Goreng sampai garing macam ni...

Masukkan kedalam lesung, ni guna lesung besar macam piala sebab buat dalam kuantiti yang banyak, lebih kurang 10 biji kelapa... kalau nak buat 1/2 @ 1 biji kelapa tu tumbuk pakai lesung batu je... pastikan tumbuk hingga pecah minyak~maksudnya sampai keluar minyak la... 

Ni la hasilnya.... kerisik kelapa pandan... (^_^)v

Tuesday, June 7, 2011

Apa Itu Maringue

Pada yang dah biasa masak-memasak kek mesti dah tahu maringue ni apakan. Pada yang belum, jom tengok macam mana nak buat maringue ni.

Bahan-bahannya :-
Telur putih
Gula kastor
Cream of tar tar (optional)
(kuantiti bergantung pada resepi la)


sebelum diputar

selepas diputar maksimum
Cara-cara :-
Putar dengan mixer kesemua bahan diatas pada kelajuan maksimum sehingga kembang, putih & bertanduk.
Nak tahu macam mana dah cukup kembang, cuba terbalikkan mangkuk tu, kalau adunan tak jatuh maknanya dah kembang. Like a magic!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...