Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket
Showing posts with label tauladan. Show all posts
Showing posts with label tauladan. Show all posts

Wednesday, July 20, 2011

Best Vs Bad

Hello...hello... minum milo baru stylo... ehehehe ^_^
Beberapa minggu lepas saya ada percutian pendek kat Labuan so nak cerita tentang kata berlawanan... macam belajar bahasa melayu plak.. well bila best mesti ada yang tak best kan..
layan je la gambar bawah ni...

Kesimpulannya, ni berdasarkan pengalaman tau... kalau ke Labuan, sila la cari bilik hotel yang harganya RM80.00 keatas untuk keselesaan... kalau antara RM60.00 - RM79.00 tu dapat la bilik yang macam dalam gambar atas tu... aircond nya pun aircond zaman jepun agaknya... mujur la 1 malam je kalau tak memang dah cari bilik hotel lain yang lebih selesa.. masa check out terpandang kat kaunter hotel tu 'sewa ikut jam'... alamak!! tahap rumah tumpangan ni bukan hotel budjet ^_^"
Bila dah biliknya rupa macam tu, keselamatan pun tak terjamin... tengok la bungkusan kacang ku menjadi mangsa cik ct wan kembang (tikus).. kacang tu RM6.00 kena bayar tanpa order... cerita Kacang disini..
sekian..

Next,
tahu tak time ni pukul berapa... masa ni baru pukul 0700am tapi nampak tak cahaya matahari memancar dicelahan dedaun macam pukul 0900am kat semenanjung... kat labuan ni matahari sampai dulu sebelum semenanjung so tak hairan la waktu subuh masuk seawal jam 0430am... =) 

p/s : jauh perjalanan luas pemandangan banyak pengalaman lebih cabaran...


Thursday, May 19, 2011

Tauladan Perangkap Tikus

Kisah ni saya terbaca dari blog Cina Islam, ada pengajaran disebalik kisah ni jadi saya nak berkongsi dengan korang semua... selamat membaca dan menghayatinya... =D
 
Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja.
Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??"

Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah perangkap tikus.
Sang tikus naik panik bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, "Ada perangkap tikus di rumah... di rumah sekarang ada perangkap tikus...."

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, "Ada perangkat tikus!"
Sang Ayam berkata, "Tuan Tikus! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi.

Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati... tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku."

Tikus lalu menemui Lembu. Ia mendapat jawaban sama.
"Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus."

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular.

Sang ular berkata "Eleh engkau ni... Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku."

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.

Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena.

Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa.
Ekor ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan.
Si suami pun membawa isterinya ke rumah sakit.

Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun masih demam.
Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam.

Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda.

Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing.

Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.

Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia.
Ramai sungguh orang datang melawat jenazahnya.

Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa.

Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan, sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan.

Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

MORAL: SUATU HARI... KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA DAN LANGSUNG TAK BANTU APA YANG MAMPU... FIKIRKANLAH SEKALI LAGI.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...