Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket

Saturday, July 2, 2011

Tr!p To PeaRL Of BorNeO - LaBuaN (Part II)

sambungan dari Part I... pada sesiapa yang baru kali pertama nak berkunjung ke labuan ni pastikan sewa kereta termasuk dalam perancangan anda, kalau tak memang susah la.. pulau labuan ni tak besar pun, pusing-pusing jumpa jalan sama balik, lagi pun mudah nak gerak kemana-mana berbanding nak ambik taxi harga pun boleh tahan.. standard harga kancil RM80 tapi kalau bernasib baik boleh dapat lebih murah daripada tu...

ni kereta yang saya sewa untuk 24 jam...
pemiliknya bernama En. Din (019-6226996), en. din ni ada 3 kereta yang dibuat sewa :-
i) Viva Manual - RM 50.00 / day
ii) Viva Auto - RM 60.00 / day (keluaran 2011)
iii) Gen2 - RM 80.00 / day

ni antara sewa harian yang paling murah, ada orang persendirian yang lain tawarkan harga lagi murah-kancil Rm45.00 / day tapi tengok keadaan macam kancil lama so taknak ambik risiko la takut rosak tengah jalan ke lagi susah..
----------*----------*----------*----------*----------*----------*----------
selesai ambik kereta, check in bilik & solat jamak terus drive menuju ke Bird Park terletak dibahagian paling atas pulau... dari pusat bandar ikut je signboard, kalau ikut jalan lubok temiang akan jumpa Chimney dulu sebelah kanan & Bird Park sebelah kiri..

Tiket masuk...




helang putih ni cantik sangat kalau tengok real, dalam gambar tak berapa cantik tapi kesian dia... duduk bersendirian je dalam sangkar besar tu, dah nasib ko la burung, mata terlepas tapi badan terkurung..

tengok la pungguk ni, patut la orang panggil burung hantu...gaya dia memandang macam nampak sesuatu yang menakutkan... muka tanpa perasaan...

yang ni helang jugak tapi tak ingat jenis apa, rasa geram jugak dengan helang yang warna putih bintik-bintik coklet tu, macam tahu-tahu je benda 4segi yang saya pegang tu kamera, bila angkat je kamera mula la dia terbang kehulu kehilir tapi bila kita letak kamera elok pulak dia statik kat 1 tempat... kurang asam punya burung, akhirnya dapat jugak snap gambar dia... >_<

hornbill...

tiong ni pandai bercakap... syok melayan, antara perkataan yang dia pandai sebut :-
i) Hai
ii) Assalamualaikum
iii) Dah makan
iv) Wah...wah...wah..


Note : Pada pandangan saya, Bird Park ni tak berapa menarik, nampak macam tak berjaga, daun-daun kering tak bersapu seakan-akan tempat yang dah lama ditinggalkan...  kolam untuk itik & angsa pun penuh dengan lumut hijau, jelas sekali pandang kawasan itu seakan-akan mati, suram & sunyi... kesian hidupan yang menghuninya. masa saya sampai cuma terdapat 3 buah kereta pengunjung & bila balik tinggal sebuah je... tiada pertambahan. amat berharap pihak berwajib untuk berbuat sesuatu agar tempat ini tidak mati dipandangan umum sedangkan masih ada yang bernyawa menghuninya dalam keterpaksaan.
----------*----------*----------*----------*----------*----------*----------
Mystery Of Chimney
Dari Bird Park terus ke Muzium Chimney yang terletak cuma 2 minit dari bird park, masuk free je... muzium ni menceritakan tentang arang batu zaman dulu kala..

nia la dia rupa chimney tu

----------*----------*----------*----------*----------*----------*----------
dari chimney terus ke Anjung Ketam yang terletak di Kampung Tanjung Aru. Masuk ikut signboard Terumbu Warisan terus ketepi pantai sebab dari tepi jalan takde signboard Anjung Ketam, jalan kecik je... kat anjung ketam ni ada 4 buah kedai atas 1 restaurant terapung... pilih la mana-mana kedai nak, open dari jam 1500

pintu masuk anjung ketam... nampak macam satu kedai tapi sebenarnya ada 4 kedai lain-lain owner...

saya pilih kedai no 3... kat sini kena order dalam kuantiti sekilo-sekilo untuk 1 menu tak boleh kurang..

ketam masih hidup & segar sebelum dimasak... pilih la mana-mana yang berkenan, warna biru tu ketam jantan & hijau coklat tu ketam betina... saya lebih suka ketam betina sebab isi penuh..

yang ni pulak namanya 'kelasiu' seperti yang tertera kat akuariumnya... tak tahu la siput apa..

4 ekor ngam-ngam sekilo-mintak buat masak stim je...


dah ready untuk dimakan... kacang tu tak order tapi kena charge jugak, kicap dalam mangkuk kecik tu pun kena charge jugak.. nasib baik nasi dah hantar balik kalau tak kena charge jugak walaupun tak makan...

Note : Sebelum sampai menu yang dipesan, diorang akan hantar 2 gelas ais kosong dengan sepiring kacang tanpa kita order. kalau kat semenanjung contohnya macam restaurant terapung HM Sri Bagan kat Bagan Lalang, sepang diorang hantar air & kacang/keropok jugak tanpa kita order secara percuma. tapi kat anjung ketam ni air & kacang yang diorang hantar tu kita kena bayar seolah-olah kita order. sepiring kacang tu berharga RM6.00... kat sekitar kedai tu tak pulak tulis apa-apa info so bila bayar baru tahu kena charge, macam hidden charge la.. rasa macam ditipu pun ada.. and then jangan terkejut, sos @ kicap yang selalu kita makan dengan ikan bakar tu pun di charge RM2.50 untuk semangkuk kecik macam dalam gambar atas tu. tak kisah pun kena bayar tapi atleast inform la.

Will be continue... 




3 comments:

  1. dua tahun dok kat labuan , mira belum pernah pergi taman burung tau mana2 tempat bersejarah kat sana , mwakaka , tapi kalau bab2 pantai , puas gak lah , heee

    ReplyDelete
  2. @Amiirah-Cassan :: well biasa la tu, sbb duduk lama la jd tak pegi tu... yg tak duduk ni yg kena round sume... ehehehe

    pantai dia best jugk, m!ra kutip kulit siput bwk balik, mcm la semenanjung ni xde kulit siput...nak jugk kutip bwk balik... lalalalalaa

    ReplyDelete
  3. Haha.. Kereta sewa saya tu.. Siapa yang buat trip ke Labuan, boleh sewa kereta dengan saya.. Tapi dah tukar nombor la 010-7776996.. http://budgetcarrentallabuan.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...