Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket
Showing posts with label fish. Show all posts
Showing posts with label fish. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

[Resepi] Cencaru Sumbat Kelapa


Bahan-bahan :
a) 3 ekor ikan cencaru (belah bahagian belakang & bersihkan)
b) Setengah biji kelapa parut
c) 1 biji bawang besar
d) 2 ulas bawang putih
e) 4 biji cili besar merah
f) 1 inci kunyit hidup
g) 2 keping asam keping~jgn besar2, kang rasa masam sgt *(optional)
h) 2 helai daun kunyit dihiris halus
i) Garam secukupnya

 Rupa paras kelapa parut yang telah digaul sebati...


Cara membuatnya :
1. Kesemua bahan kecuali asam keping & daun kunyit ditumbuk hingga lumat.
2. Masukkan daun kunyit & asam keping, gaulkan kesemua bahan dengan kelapa parut hingga sebati.
3. Sumbatkan kepala kepada ikan kemudian ikat dengan tali kain. (kalau taknak ikat pun boleh)
4. Boleh digoreng atau dibakar hingga masak. (A/N : saya lebih suka bakar, dapat kurangkan penggunaan minyak) 

Tips :
1. Bahan-bahan kena tumbuk, tak boleh blander sebab kalau blander kena guna air tapi resepi ni tak menggunakan air, so get ready la dengan segala perisai ye ^____^. 

Thursday, March 29, 2012

Apa Itu Ikan Dory

Fillet ikan dory 

Rupa paras ikan dory sebelum diproses....

Pernah makan ikan dory? Pada sesiapa yang suka makan western food "Fish & Chips" mesti pernah sebabnya fillet ikan dory adalah bahan utama dalam menu barat tu..

Ikan ini berasal dari laut dalam Australia Selatan. Banyak dijual dipasaraya dalam bentuk fillet (potongan daging). Badannya mempunyai tompok hitan, bahagian bawah berwarna kekuningan dengan sirip-sirip tajam. Dagingnya berwarna putih dan lembut. 

Paling sedap dipanggang, dibakar atau digoreng dengan balutan tepung. Kerana rasanya yang lembut, ia tidak memerlukan banyak bahan perasa. Ikan ini jarang dijual dalam bentuk asal.  

Source : FoodDetik
Translate by : @mirahara_shi
Shared by : sph_mirahara

Sunday, February 5, 2012

Talang Masin Masak Asam

makan dengan nasi panas memang tasty ><

Bahan-bahan : 
a) Isi ikan masin talang/duri
b) 1 labu bawang besar (potong bulat)
c) 2 ulas bawang putih (hiris memanjang)
d) 1 biji cili besar merah/hijau (potong memanjang)
e) Sedikit pati bilis *optional
f) Garam & gula secukupnya
g) Semangkuk kecil air asam jawa

Cara-cara :
1. Basuh & gorengkan isi ikan hingga masak.
2. Tumis bawang besar, bawang putih & cili hingga naik bau.
3. Masukkan air asam jawa, pati bilis, garam & gula secukup rasa.
4. Masukkan isi ikan yang telah digoreng tadi.
5. Setelah cukup rasa, boleh la angkat & hidangkan.

p/s : kuantiti untuk bahan-bahan bergantung pada berapa banyak isi ikan yang digunakan.





Sunday, April 24, 2011

Taucu Ikan Sardin @ Gelama

masa bt menu ni cili bsr ngan buncis dh abis stock tu sbb la tak cantik,nmpk ikan je =D

Bahan-bahannya :-
i) 2 ekor ikan sardin @ gelama dilumur sedikit garam & serbuk kunyit
ii) Bawang merah (dihiris halus)
iii) Bawang putih (dihiris halus)
iv) 1'' halia (dihiris halus)
v) 2 sudu besar taucu (1 sudu ditumbuk)
vi) Cili besar merah (dihiris kasar)
vii) Kacang buncis - kalau suka (dibelah dua)
Viii) Soohun - kalau suka (rendam dulu)


# Tak perlu garam sbb taucu dah masin


Cara-cara membuat :-
1) Goreng ikan terlebih dahulu & letak tepi.
2) Tumis bahan yg dihiris halus hingga naik bau.
3) Masukkan taucu, kacang buncis & cili besar.
4)Masukkan soohun & air secukupnya.
5) Ikan dimasukkan akhir sekali bila kuah dh masak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...