Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket
Showing posts with label adopt. Show all posts
Showing posts with label adopt. Show all posts

Wednesday, August 24, 2011

Puasa Yang Yok

Puasa yang yang yok, 
Pagi-pagi jenguk dalam periuk...
haiii... dah naik bersawang blog ni tak ber'update' sejak-sejak puasa ni... memang berkurangan sangat aktiviti mem'blogging'... 
Jom tengok gelagat budak-budak bulus ni dok terbungkang tengah-tengahari bulan-bulan puasa ni...

Depan Millo & belakang tu dah tentu-tentu la Chitam... jelas sangat kegelapannya >_<

Ni pulak Chimot, adik beradik Chitam... memang terkenal ngan kaki tido tak kira masa... nak tido punya pasal sanggup buat tak tahu je walaupun letak plate depan mata..

Ni pulak si Bulan sibuk mengira butir nasi agaknya... kira berapa banyak yang telah dimakan oleh Bintang kot tu... yang nampak badan ngan ekor je tu la Bintang... susah nak dapat snap gambar budak ni ~ suka main sendiri-sendiri tak peduli orang lain...

Entry sebelum ni si Bintang tercicir tapi kali ni baru la dapat snap the whole family... semua ni meow-meow yang saya adopt, lahir kat belakang rumah jiran-jiran... masing-masing hadir dengan pelbagai ragam & perangai... diorang cuma kucing~hanya tahu makan, minum, main & tido je... apa salahnya hulurkan secebis kasih sayang... kita tak rugi apa-apa pun... betul tak??

Friday, August 19, 2011

Masih Ada Yang Sayang

Assalamualaikum....
Kasih sayang semestinya tak boleh dibeli dengan wang ringgit... sebelum ni penah buat entry tentang Ocean & Millo tapi sayangnya tak pulak yang sudi nak adopt diorang maka jadi la dulu 2 sekarang 7.. apa benda 2 & 7 tu??... tengok bawah ni..
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
V

makan time..
Kata 7 tapi ada 6 je... sebabnya sekor lagi dah tercicir... si Bulan tu ada kembar sebijik bulu macam dia nama Bintang, kadang tu confuse jugak nak beza budak dua ekor ni... si Bintang ni asyik tercicir je, yang lain sibuk nak makan dia boleh buat derk je...

Dulu adopted Chimot & Chitam... dah umur 8 bulan pun...

Sekarang ni adopt 4 beradik ni pulak, cian pulak tengok budak-budak ni terbiar macam tu je... sekadar bagi makan dengan sedikit sentuhan kasih sayang...
Ni Millo ~ makan tak reti rebut-rebut... kalau tak letak makan depan dia jangan harap la dia nak ambik makanan dalam pinggan.. tapi sangat manja, kemana kaki melangkah mesti dia nak ikut... penah sekali tertolak dia jatuh longkang sebab tak perasan dia ikut... mjur la longkang tak dalam...

Ocean ni hyperactive nak-nak time pagi & malam... bagi nama ocean sebab mata dia biru =D
kerana tersangat aktif dia la abis terkopak-kopak pintu dapur dia tarik-tarik, gigit-gigit hari-hari... >_<

Yang kat dalam longkang tu Bulan.... tepi pintu tu Millo...
Bintang tercicir lagi.... next time kalau dapat snap gambar dia baru la boleh upload... tunggu ye...

Yang ke 7 ~ IBU... dia ni mak kepada Chimot & Chitam.... dulu dia on off je tapi sekarang makin rajin dia lepak sini. Mula-mula dulu Chimot & Chitam tak sebulu ngan budak-budak kecik ni tapi nasib baik sekarang ni dah makin mesra... ok la tu kalau tak asyik bercekau je masing-masing...

Masih Ada Yang Sayang!!

Wednesday, August 3, 2011

Adakah Bulu Binatang Itu Najis?

Assalamualaikum... tengah blog walking tiba-tiba terjumpa satu blog, Blog Jom Faham dengan topic yang sangat menarik, khususnya kepada pencinta-pencinta haiwan terutamanya meow yang comel-comel... mesti ramai yang memelihara kucingkan termasukkan la saya... saya adopted 2 ekor budak nakal ni...
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
V

haiii... saya ChiMot & saya Chitam.... kami budak baik tau...eheheheh

Friday, July 22, 2011

Meow For Adoption

Hai...
korang suka kucing?... ni meow tak bertuan... ada 4 beradik, salah satunya kasi nama Ocean... tapi yang ni tak bernama... jom tengok :-
nama : belum ada nama
umur : 2 bulan
baka : kampung
kebolehan : dah pandai bersosial, pandai guling-guling & dah pandai lompat longkang ^^,
harapan : saya sedang mencari seseorang yang sudi memberi sedikit kasih sayangnya kepada saya & adik beradik yang lain...
lokasi : salak tinggi / putrajaya

comelkan..

apa la nasib diakan... kalau ada insan yang sudi adopt mungkin kehidupan dia lebih baik..

p/s : Haiwan juga punya perasaan

Sunday, July 10, 2011

Saya Nak Beli Boleh..?

 Haiii...
saya takde nama tapi saya selalu dengar kakak depan tu panggil saya Ocean..
saya tumpang tido kat stor belakang umah pakcik ni dengan 3 lagi adik beradik lain, mak tak tahu pegi mana... bila lapar kami selongkar tong sampah makcik sebelah, abis tonggang langgang bakul sampah makcik tu kami kerjakan tapi makcik tu tak pernah pukul, paling tidak pun dia angkat kami letak kat luar pagar...

saya ada misai panjang, kening pun panjang... mata saya warna biru jernih, mungkin sebab tu la kakak tu panggil saya Ocean agaknya...
 tepi pagar tu ada longkang besar & dalam bagi kucing kecik macam saya, sekarang saya dah pandai lompat longkang tu tapi takut jugak takut jatuh dalam longkang mesti dah tak boleh naik lagi.. abis la.. huhuhu... tapi saya suka pergi seberang longkang sana sebab kawasan luas boleh main... ada banyak pokok pisang boleh panjat-panjat, ada tangga tinggi boleh lompat-lompat & ada banyak rumpun serai boleh main kejar-kejar..

 tapi saya selalu lapar, bila malam selalu sejuk... memang macam ni ke semua species macam saya rasa seumur hidup, saya tak tahu... kalau tak, macam mana nak ubah supaya saya boleh sentiasa kenyang, dapat tido dengan selesa & main dengan gembira... ada jual kat kedai tak..?

 ni tangan kakak yang selalu panggil saya ocean.. teringin nak masuk umah kakak ni tapi kat umah tu ada 2 eko abang hero... takut nak dekat, nanti kena tampar pulak...

 ni la saya, saya ada eko panjang warna gelap, telinga pun warna gelap, kaki saya ada belang coklet... tapi perut saya buncit & keras, selalu rasa sakit.. >_<

 kat hidung dengan muka pun ada belang-belang... rupa saya lain dari adik beradik yang lain... alangkah indahnya kalau saya dapat ubah hidup saya jadi lebih baik... kalau ada jual kat kedai Saya Nak Beli Boleh..?

Tuesday, June 14, 2011

.:ChiMot & ChiTam:.

Name : ChiMot & ChiTam
Age : 6 month
Place : Backyard

::chitam dalam usaha nak ambush belalang::
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...