Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket
Showing posts with label relation. Show all posts
Showing posts with label relation. Show all posts

Saturday, July 16, 2011

Snorkeling @ Mamutik & Manukan Island

hai...
 ni nak buat sambungan kepada entry Journey to Kota Kinabalu yang lepas... kali ni story hari kedua di KK, sempat la swimming, diving and snorkeling di Mamutik & Manukan Island... dapat la tengok coral's & ikan-ikan yang pelbagai rupa, bentuk & warna... ni la yang dipanggil taman laut yang ternyata indah & cantik-cantik. Ni baru coral dengan ikan persisir pantai belum lagi penghuni taman laut dalam sana... tentu tak tercapai dek akal dengan keindahannya..

seawal jam 0800 am dah sampai kat Jesselton Point (nama lama bagi KK) dengan bas, bas turunkan ngam-ngam depan pintu gerbang ni..

dalam ni ada banyak kaunter tiket, feri nak ke labuan pun ada. So pilih la mana-mana kaunter yang berkenan. Kalau nak snorkeling boleh sewa mask, snorkel, life jacket, fins atau beach mat kat kaunter terus..

senarai harga tiket

jetty fee pun kena bayar jugak.. RM 7.20/person untuk dewasa

sementara nak tunggu bot jalan, posing dulu... besar tak kapal kat belakang tu... tengok orang kecik je kat tepi kapal tu, bayangkan kapal titanic mesti 3,4 kali ganda besar dari kapal ni, macam semut dengan dinosaur je... =D 

first time naik bot ni... air laut biru jernih je, dekat-dekat dengan jeti airnya hijau jernih siap nampak dasar lagi.. sangat indah ^^,

orite, first destinasi dah sampai ~ Pulau Mamutik... kitorang antara pengunjung terawal yang sampai...

Akhirnya sampai jugak ke pulau mamutik... selalunya tengok dalam gambar je keindahannya...

Ni hubby punya kerja, gambar toilet pun nak di snap nya... well, ni prasarana yang disediakan, toilet yang besar, luas, bersih & selesa...

Ni je barang yang kitorang bawak... peringatan, jangan lupa bawak mineral water... walaupun dok menyelam dalam air tapi still rasa dahaga & sudah semestinya apa je yang dijual kat sini mahal.. sebotol air mineral besar RM6.00 berbanding RM2.00 je kat jetty... nak buat macam mana, air mineral pun naik bot...ehehehe

pose dulu sebelum snorkeling activity... dah macam alien je gayanya >_<

jetty Mamutik Island
nampak tak orang ramai-ramai tu, kat situ area untuk snorkeling, banyak coral cantik-cantik..

on boat lagi sekali menuju ke Pulau Manukan

Jeti Pulau Mamutik

sebahagian daripada pantai pulau manukan, yang panjang tu laluan untuk ke jeti... dapat la tengok banyak ikan yang bebas berenang...

teruja tengok ikan-ikan yang banyak ni berenang-renang dalam air yang jernih kehijau-hijuan menyambut kedatangan pengunjung kat jeti...

Alhamdulillah... impian untuk ke Pulau Manukan ni akhirnya terlaksana... 

Meneruskan aktiviti snorkeling kat Pulau Manukan... tak berapa best sebab air agak keruh, tak jumpa ikan langsung apatah la terumbu karang... memang la tak jumpa sebab ni kawasan 'swimming area'..ehehehe.. tapi kawasan swimming area pun takkan la tak nampak ikan langsungkan.. 

Banyak kali jumpa ikan yang macam ikan todak ni... ikan malin kot namanya... tak tahu la.. =p

Benda pelik warna biru hijau tu alat yang digunakan untuk aktiviti 'sea walking'.. kena bayar agak mahal kalau nak buat aktiviti ni, boleh terus bayar masa beli tiket... RM100+ untuk sorang pengunjung... pada yang berminat tak salah berbelanja besar untuk satu pengalaman yang hebat... bukan kat bulan je orang berjalan, dalam laut pun orang berjalan jugak.. 

Sebahagian dari pantai pulau manukan, ni kawasan snorkeling... view dah cantik dah tapi ada pulak sepasang couple china/korea yang mencacatkan sikit pemandangan...

Pantai Manukan ni lebih jernih tapi yang tak best nya berbatu-batu... memang rasa tak selesa la bila asyik terpijak batu je... ni pun area untuk snorkeling jugak tapi malang nya langsung tak nampak coral... ikan ada la nampak beberapa ekor je & arus sangat kuat..

antara chalet yang disediakan untuk pengunjung yang nak bermalam... sediakan duit je lah ye...

Antara BOMB perang dunia..

petugas-petugas life guard... penting tugas diorang ni mana la tahu kot-kot ada yang terlemas..

Senarai bayaran yuran masuk Taman-taman TAR (maksudnya pulau-pulau la)... bayar sekali je untuk semua pulau then simpan tiketnya, bila masuk pulau berikutnya tunjuk je tiket tu nanti diorang cop untuk mengesahkan kita dah masuk pulau tu...  

Ni la rupa tiket yang nak masuk pulau... nampak tak cop-cop tu, itu la cop pengesahan bukti kita dah masuk pulau tu....

Penyu yang diperbuat daripada pasir... hebat betul siapa yang buat penyu ni, terletak betul-betul kat tepi laluan dari pintu masuk pulau ke jeti...

masa untuk pulang... pose dulu =)

Pulau Manukan~ada track jogging disediakan, laluannya masuk kat hutan-hutan tu la... tak berkesempatan nak menyusuri track tu sebab masa agak terhad & badan pun dah letih...  

Ikan-ikan kat jeti... ni kumpulan ikan yang berwarna-warni... geram tengok rasa nak tangkap bawak balik je... >_<

Sementara nak tunggu bot sampai, snap la gambar kenang-kenangan... benda setompok hijau kat belakang tu la Pulau Mamutik...

Jeti Pulau Sapi...
Pantai pulau ni paling kecik berbanding Manukan & Mamutik tapi kata pakcik yang bawak bot tu, air kat pantai pulau sapi ni lebih jernih dari pulau manukan.. Pulau Sapi berhampiran dengan Pulau Gaya... 

Perjalanan balik dari pulau ke Jesselton Point... tak jauh pun, sekejab je dah sampai...

Selamat tiba di Jesselton Point... Cantik pulak pondok telefon ni... ehehehe snap je la walaupun telefon kat dalam tu ganggang pun dah ghaib ntah kemana... =P

Pendapat berdasarkan pengalaman :-
Secara personally bagi saya pulau mamutik lebih menarik dengan jumlah terumbu karang & ikan-ikan yang banyak berenang-renang diantara terumbu karang yang ada, arus pun tak deras sangat tenang & santai untuk berenang menikmati keindahan taman laut berbanding pulau manukan saya tak nampak langsung terumbu karang, cuma ikan dalam bilangan yang sangat kecil, arus yang agak kuat & deras selain pantainya berbatu.. tapi air persisir pantainya jernih & persisir pantainya lebih besar.. 

Kalau rasa nak buat aktiviti snorkeling adalah lebih baik datang seawal yang boleh sebab anda berpeluang untuk melihat bahkan seakan-akan dapat menyentuh ikan-ikan yang berenang sedekat yang mungkin di gigi pantai... kalau pengunjung dah ramai, ikan semua dah lari ke kawasan berterumbu karang yang lebih dalam..

Alhamdulillah, dengan keadaan cuaca pun cantik dapat la menyusuri & mencipta kenangan terindah bersama hubby di Pantai Pulau Manukan & Mamutik.. Terima Kasih diatas hadiah terindah ini.. i always L.O.V.E you..


  

Friday, June 17, 2011

-Ketika Cinta Bertasbih-

Entry lagu buat suami tersayang ~ Azhairi

obses ku terhadap anime, maka vid ini menjadi pilihan.... ^^

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta
Cinta...

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu

thanks mr google 


Tuesday, June 14, 2011

.::SeLamaT PenGanT!n BaRu::.

Entri ni dibuat khas untuk seorang kenalan lama. 
Sabtu lepas bersamaan 11 June 2011 bertempat di Tapah Road, seorang sahabat lama ku 'Mohd Rashidee' telah selamat mendirikan rumahtangga dengan pasangannya 'Siti Ruzuh'
"semoga kalian berbahagia sehingga keakhir hayat, Amin"

..:: CD & CT ::..

..:: SELAMAT PENGANTIN BARU ::..

Sunday, June 5, 2011

Anniversary Gift

gift time..
sebelum ni saya dedicate special song to him click here..
yang ni plak gift from me to him..
handmade with full of memories...

sebuah kad ucapan

 lirik lagu yang didedikasikan untuk suami tersayang
-when you say you love me by josh groban-

                   
yang dalam sampul merah hati tu something special jugak... nak tahu apa dia... tungguuuuu... =)




Ann!versary D!nner - Part II

entry kali ni sambungan dari entry 'anniversary dinner' click here.. 


H. M Sri Bagan Sdn. Bhd 
Restaurant Terapung, Pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor..
hmsribaganlalang.blogspot.com
Tel : 03-31412895
0600pm - 0100am



ni tempat pilihan seafood sebelum dimasak..

 golden palm tree, sepang goldcost

 jeti pendaratan nelayan terletak bersebelahan h.m sri bagan

permandangan selepas sunset

 ikan todak berenang-renang... >_<

 sebahagian daripada kawasan restaurant..


 pelantar memancing


 permandangan ketika sunset


kemunculan pelangi di dada langit ketika sunset


permandangan sekitar jam 0800pm


secara keseluruhannya suasana memang menarik la. sesiapa yang nak try restaurant ni kena datang seawal jam 0600pm terutamanya lepas gaji dan weekend.. couse time ni la orang sangat ramai.. kalau lambat jawabnya kena tunggu lama la nak dapat meja, nak pilih seafood dan nak tunggu menu sampai... tu belum cite nak parking lagi..


 so dinasihati kalau nak datang lambat buat la tempahan meja dulu.. seafood pun jangan order je, lebih baik pilih sendiri so boleh pilih banyak mana dan besar mana saiz nak.. kalau main order je nanti diorang bagi ikan saiz besar, udang, sotong dalam kuantiti lebih banyak.. well, kita tahu banyak mana nak makankan so ceritanya lebih baik pilih sendiri...


kat sini pun ada kemudahan toilet & surau so mudah la untuk menunaikan solat maghrib kat situ.. dari segi service diorang okey la lagi pun ada service charge tu.. dari segi menu rasa setiap individu tak sama, so pada saya ketam rempah ok la, pepahat tak berapa, prawn butter muak sket tapi still sedap.. next time klau nak try lagi, cuba menu masakan lain pulak la...


kalau makan 2orang charga dalam rm100 tu pun tak masuk ikan la.. cara charge diorang pun ikut menu masakan yang kita pilih kemudian baru darab dengan berat seafood tu dan harga pasaran sekilogram...
pada yang gemar tak rugi mencuba..  ^___^


Selamat Mencuba, Menjamu Selera Dan Mencuci Mata!!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...