Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket
Showing posts with label hobby. Show all posts
Showing posts with label hobby. Show all posts

Sunday, July 3, 2011

Meow Borneo

Kat mana-mana pun ada si comel.... Lastweek masa bercuti kat Labuan & Kota Kinabalu untuk 5 hari sempat saya snap beberapa keping gambar meow yang saya jumpa... 
jom tengok...
meow ni saya jumpa masa melawat Muzium Chimney kat Labuan... kuruskan dia nampak tulang-tulang, sian sangat masa ni dia mengiau-ngiau kelaparan, memohon sesuap makanan.. nampakkan mulut dia terbuka tu... masa saya usap kepala dia, dia terus baring kat kaki saya... cepat-cepat saya bangun tak sampai hati dengar bunyi dia.. mudah-mudahan dapat la dia bertahan..

si mata seksi ni saya jumpa kat Labuan jugak.. kat restaurant Anjung Ketam, Kg. Tanjung Aru... saya bagi dia makan isi ketam...

yang oren ni plak saya jumpa kat Pulau Manukan, Sabah... nyaring suara dia hensem plak tu... jantan dia ni, susah nk snap gambar dia sebab tak reti duduk diam... asyik beraksi pusing kiri pusing kanan je, sudahnya dapat la gambar belakang je..
ni pun si oren tu jugak...

yang ni pun jumpa kat Pulau Manukan... hampir sama dengan si oren tadi, yang ni betina tengah bunting... mungkin pasangan si oren agaknya... yang ni pemalu lebih... susah nk dapat gambar dia, last-last dapat gambar belakang je tak dapat gambar muka... yang ni pun comel sangat...
heran jugak, macam mana la kucing boleh sampai kat pulau tu, mesti ada orang bawa naik bot la agaknya... takkan beranang kot... ^___^

yang dua ekor tengah syok membuta ni plak saya jumpa kat pintu gerbang masuk Universiti Malaysia Sabah (UMS)... masa ni diorang tengah syok tido, tengok si tompok tiga warna tu siap tutup muka lagi, yang ni kanak-kanak lagi, yang warna hitam putih tu dh besar sikit... elok lepas saya snap gambar je terus diorang terjaga & terpinga-pinga.... cepat-cepat diorang lari pegi kat post guard... ehehehe

Saya Pencinta Kucing!!

Tuesday, June 21, 2011

Ch!Mot Bers!ram Ch!Tam Lar!

Suatu pagi...
 ChiTam : apehal ko ni pagi-pagi dah lenjun, jatuh longkang pe?
ChiMot : mana ada, mandi la... ko taknak mandi ke, syok tu jakuzi dalam baldi lagi. Baru la bersih & segar..

ChiTam : mandi!! oh tidaakkkk... aku nak jimat air.. =D
ChiMot : tu pasal la ko tak cerah-cerah..

ChiMot : tengok macam aku tiap-tiap minggu mandi, bulan depan gerenti putih... ^__^ 
ChiTam : ceh, piirrahhh... takyah temberang la auta je lebih... kalau dah comot tu comot jugak.. (^3^)

Tuesday, June 14, 2011

..::Special Entry For KaMi PeNcInTa KuCiNg a.k.a KPK::..

Entry ni dibuat khas untuk FB KaMi-PeNcInTa-KuCiNg a.k.a KPK.. kepada pencinta-pencinta kucing sekalian alam yang dah join page ni tahniah diucapkan dan pada yang belum, sila la LIKE dengan segera.. anda tidak akan dikecewakan.. trust me.. ^^,

 logo profile rasmi KPK

Ninja Turtle Ku

Batik & Songket dah makin membesar.. dah almost 10 bulan pun, macam kereta kebal.. masa umur 8 bulan still comel lagi, sekarang ni agak menakutkan... ehehehe.. Songket pun dah nampak improvement kalau tak, dok kenit je saiz nya tak beso-beso..

-saiz terbaru Si Batik & Si Songket-

.:ChiMot & ChiTam:.

Name : ChiMot & ChiTam
Age : 6 month
Place : Backyard

::chitam dalam usaha nak ambush belalang::
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...