Friday, August 19, 2011

Masih Ada Yang Sayang

Assalamualaikum....
Kasih sayang semestinya tak boleh dibeli dengan wang ringgit... sebelum ni penah buat entry tentang Ocean & Millo tapi sayangnya tak pulak yang sudi nak adopt diorang maka jadi la dulu 2 sekarang 7.. apa benda 2 & 7 tu??... tengok bawah ni..
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
V

makan time..
Kata 7 tapi ada 6 je... sebabnya sekor lagi dah tercicir... si Bulan tu ada kembar sebijik bulu macam dia nama Bintang, kadang tu confuse jugak nak beza budak dua ekor ni... si Bintang ni asyik tercicir je, yang lain sibuk nak makan dia boleh buat derk je...

Dulu adopted Chimot & Chitam... dah umur 8 bulan pun...

Sekarang ni adopt 4 beradik ni pulak, cian pulak tengok budak-budak ni terbiar macam tu je... sekadar bagi makan dengan sedikit sentuhan kasih sayang...
Ni Millo ~ makan tak reti rebut-rebut... kalau tak letak makan depan dia jangan harap la dia nak ambik makanan dalam pinggan.. tapi sangat manja, kemana kaki melangkah mesti dia nak ikut... penah sekali tertolak dia jatuh longkang sebab tak perasan dia ikut... mjur la longkang tak dalam...

Ocean ni hyperactive nak-nak time pagi & malam... bagi nama ocean sebab mata dia biru =D
kerana tersangat aktif dia la abis terkopak-kopak pintu dapur dia tarik-tarik, gigit-gigit hari-hari... >_<

Yang kat dalam longkang tu Bulan.... tepi pintu tu Millo...
Bintang tercicir lagi.... next time kalau dapat snap gambar dia baru la boleh upload... tunggu ye...

Yang ke 7 ~ IBU... dia ni mak kepada Chimot & Chitam.... dulu dia on off je tapi sekarang makin rajin dia lepak sini. Mula-mula dulu Chimot & Chitam tak sebulu ngan budak-budak kecik ni tapi nasib baik sekarang ni dah makin mesra... ok la tu kalau tak asyik bercekau je masing-masing...

Masih Ada Yang Sayang!!

0 Br!LL!anT !DeA:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...