Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket
Showing posts with label binatang. Show all posts
Showing posts with label binatang. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

Pernah Tengok Tak??

Tahukan anda wujud cicak berbelang merah seperti ini di dunia? Pernah tengok, jumpa @ ini kali pertama...
Mempersembahkan cicak malang berbelang merah.. Ini bukan semulajadi  sejak azali tetapi terjadi kerana tak berhati-hati.. >___<


Macam ini la hasilnya kalau suka suki je diving dalam jug air sirap ku.. nak bunuh pun tak sampai hati, akhirnya lepaskan aje la.. tu pun punya la lama duk melekat kat batang paip tu... 2,3 ari lepas nampak lagi cicak merah ni.. hai panjang umur ko!!

Sunday, September 18, 2011

Coreng Si Kucing

hai.. hai... hai...
Perkenalkan meow baru si 'coreng' tapi bukan kucing saya...huhuhu ~ kucing bapa mertua ku =D Dah makin membesar budak coreng ni... anyway dia takde nama sebenarnya so balik raya baru ni dek kerana payah sangat nak panggil sudahnya saya panggil 'coreng' seiring dengan corak seakan bangel kat badan dia... Mak dia kucing kampung biasa je, dah tentu-tentu bapak dia keturunan kucing mahal-mahal tu...

Gambar ni snap masa raya baru ni... dah besar & dah tak takut kat saya lagi... bila panggil dia datang.. dia ada adik beradik lain tapi ma cakap yang lain mati tinggal dia sekor je. Selalunya dia main dengan mak dia, sentiasa mengekor kemana je mak dia pegi tapi masa ni mak dia dah putuskan susu sebab mak dia bunting lagi so kalau dia datang dekat, mak dia akan marah & cakar...

Kesian kat dia, dah la takde adik beradik lain so takde kawan nak main... main sendirian je. Dan saya pulak memang pantang tengok kucing ----> saya pencinta kucing ^__^.. hari-hari main dengan coreng sepanjang cuti raya tu.. sebelum ni balik masa bulan puasa, dia takut sangat kat saya... tengok je la gelagat dia bawah ni...
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
v

Bila pegang pun asyik nak lari je...

Pastu badan pun keras je... tengok la tu~ekor pun jatuh ke lantai, nampak sangat dia takut...

Tengok la muka takut dia, berdegup kencang macam baru lepas berlari je jantung dia.. hik...hik..hik... coreng...coreng =D

Ni la mak dia... mak dia pun takut-takut jugak dengan saya, ye la jarang-jarang dia nampak tapi kalau dengan my father in law, bukan main nyaring lagi bunyinya siap mengekor lagi...
Harap-harap coreng sihat dan gembira la... Miss u Coreng!!! >_<

Sunday, July 3, 2011

Meow Borneo

Kat mana-mana pun ada si comel.... Lastweek masa bercuti kat Labuan & Kota Kinabalu untuk 5 hari sempat saya snap beberapa keping gambar meow yang saya jumpa... 
jom tengok...
meow ni saya jumpa masa melawat Muzium Chimney kat Labuan... kuruskan dia nampak tulang-tulang, sian sangat masa ni dia mengiau-ngiau kelaparan, memohon sesuap makanan.. nampakkan mulut dia terbuka tu... masa saya usap kepala dia, dia terus baring kat kaki saya... cepat-cepat saya bangun tak sampai hati dengar bunyi dia.. mudah-mudahan dapat la dia bertahan..

si mata seksi ni saya jumpa kat Labuan jugak.. kat restaurant Anjung Ketam, Kg. Tanjung Aru... saya bagi dia makan isi ketam...

yang oren ni plak saya jumpa kat Pulau Manukan, Sabah... nyaring suara dia hensem plak tu... jantan dia ni, susah nk snap gambar dia sebab tak reti duduk diam... asyik beraksi pusing kiri pusing kanan je, sudahnya dapat la gambar belakang je..
ni pun si oren tu jugak...

yang ni pun jumpa kat Pulau Manukan... hampir sama dengan si oren tadi, yang ni betina tengah bunting... mungkin pasangan si oren agaknya... yang ni pemalu lebih... susah nk dapat gambar dia, last-last dapat gambar belakang je tak dapat gambar muka... yang ni pun comel sangat...
heran jugak, macam mana la kucing boleh sampai kat pulau tu, mesti ada orang bawa naik bot la agaknya... takkan beranang kot... ^___^

yang dua ekor tengah syok membuta ni plak saya jumpa kat pintu gerbang masuk Universiti Malaysia Sabah (UMS)... masa ni diorang tengah syok tido, tengok si tompok tiga warna tu siap tutup muka lagi, yang ni kanak-kanak lagi, yang warna hitam putih tu dh besar sikit... elok lepas saya snap gambar je terus diorang terjaga & terpinga-pinga.... cepat-cepat diorang lari pegi kat post guard... ehehehe

Saya Pencinta Kucing!!

Saturday, July 2, 2011

Tr!p To PeaRL Of BorNeO - LaBuaN (Part II)

sambungan dari Part I... pada sesiapa yang baru kali pertama nak berkunjung ke labuan ni pastikan sewa kereta termasuk dalam perancangan anda, kalau tak memang susah la.. pulau labuan ni tak besar pun, pusing-pusing jumpa jalan sama balik, lagi pun mudah nak gerak kemana-mana berbanding nak ambik taxi harga pun boleh tahan.. standard harga kancil RM80 tapi kalau bernasib baik boleh dapat lebih murah daripada tu...

ni kereta yang saya sewa untuk 24 jam...
pemiliknya bernama En. Din (019-6226996), en. din ni ada 3 kereta yang dibuat sewa :-
i) Viva Manual - RM 50.00 / day
ii) Viva Auto - RM 60.00 / day (keluaran 2011)
iii) Gen2 - RM 80.00 / day

ni antara sewa harian yang paling murah, ada orang persendirian yang lain tawarkan harga lagi murah-kancil Rm45.00 / day tapi tengok keadaan macam kancil lama so taknak ambik risiko la takut rosak tengah jalan ke lagi susah..
----------*----------*----------*----------*----------*----------*----------
selesai ambik kereta, check in bilik & solat jamak terus drive menuju ke Bird Park terletak dibahagian paling atas pulau... dari pusat bandar ikut je signboard, kalau ikut jalan lubok temiang akan jumpa Chimney dulu sebelah kanan & Bird Park sebelah kiri..

Tiket masuk...




helang putih ni cantik sangat kalau tengok real, dalam gambar tak berapa cantik tapi kesian dia... duduk bersendirian je dalam sangkar besar tu, dah nasib ko la burung, mata terlepas tapi badan terkurung..

tengok la pungguk ni, patut la orang panggil burung hantu...gaya dia memandang macam nampak sesuatu yang menakutkan... muka tanpa perasaan...

yang ni helang jugak tapi tak ingat jenis apa, rasa geram jugak dengan helang yang warna putih bintik-bintik coklet tu, macam tahu-tahu je benda 4segi yang saya pegang tu kamera, bila angkat je kamera mula la dia terbang kehulu kehilir tapi bila kita letak kamera elok pulak dia statik kat 1 tempat... kurang asam punya burung, akhirnya dapat jugak snap gambar dia... >_<

hornbill...

tiong ni pandai bercakap... syok melayan, antara perkataan yang dia pandai sebut :-
i) Hai
ii) Assalamualaikum
iii) Dah makan
iv) Wah...wah...wah..


Note : Pada pandangan saya, Bird Park ni tak berapa menarik, nampak macam tak berjaga, daun-daun kering tak bersapu seakan-akan tempat yang dah lama ditinggalkan...  kolam untuk itik & angsa pun penuh dengan lumut hijau, jelas sekali pandang kawasan itu seakan-akan mati, suram & sunyi... kesian hidupan yang menghuninya. masa saya sampai cuma terdapat 3 buah kereta pengunjung & bila balik tinggal sebuah je... tiada pertambahan. amat berharap pihak berwajib untuk berbuat sesuatu agar tempat ini tidak mati dipandangan umum sedangkan masih ada yang bernyawa menghuninya dalam keterpaksaan.
----------*----------*----------*----------*----------*----------*----------
Mystery Of Chimney
Dari Bird Park terus ke Muzium Chimney yang terletak cuma 2 minit dari bird park, masuk free je... muzium ni menceritakan tentang arang batu zaman dulu kala..

nia la dia rupa chimney tu

----------*----------*----------*----------*----------*----------*----------
dari chimney terus ke Anjung Ketam yang terletak di Kampung Tanjung Aru. Masuk ikut signboard Terumbu Warisan terus ketepi pantai sebab dari tepi jalan takde signboard Anjung Ketam, jalan kecik je... kat anjung ketam ni ada 4 buah kedai atas 1 restaurant terapung... pilih la mana-mana kedai nak, open dari jam 1500

pintu masuk anjung ketam... nampak macam satu kedai tapi sebenarnya ada 4 kedai lain-lain owner...

saya pilih kedai no 3... kat sini kena order dalam kuantiti sekilo-sekilo untuk 1 menu tak boleh kurang..

ketam masih hidup & segar sebelum dimasak... pilih la mana-mana yang berkenan, warna biru tu ketam jantan & hijau coklat tu ketam betina... saya lebih suka ketam betina sebab isi penuh..

yang ni pulak namanya 'kelasiu' seperti yang tertera kat akuariumnya... tak tahu la siput apa..

4 ekor ngam-ngam sekilo-mintak buat masak stim je...


dah ready untuk dimakan... kacang tu tak order tapi kena charge jugak, kicap dalam mangkuk kecik tu pun kena charge jugak.. nasib baik nasi dah hantar balik kalau tak kena charge jugak walaupun tak makan...

Note : Sebelum sampai menu yang dipesan, diorang akan hantar 2 gelas ais kosong dengan sepiring kacang tanpa kita order. kalau kat semenanjung contohnya macam restaurant terapung HM Sri Bagan kat Bagan Lalang, sepang diorang hantar air & kacang/keropok jugak tanpa kita order secara percuma. tapi kat anjung ketam ni air & kacang yang diorang hantar tu kita kena bayar seolah-olah kita order. sepiring kacang tu berharga RM6.00... kat sekitar kedai tu tak pulak tulis apa-apa info so bila bayar baru tahu kena charge, macam hidden charge la.. rasa macam ditipu pun ada.. and then jangan terkejut, sos @ kicap yang selalu kita makan dengan ikan bakar tu pun di charge RM2.50 untuk semangkuk kecik macam dalam gambar atas tu. tak kisah pun kena bayar tapi atleast inform la.

Will be continue... 




Saturday, May 28, 2011

Tak Malu Ke..

disuatu pagi yang indah.. seekor monkey jantan
tengah exercise...

"jogging atas pagar boleh menguatkan kaki & membesarkan otot..."

 "ulang 25 kali sehari selama seminggu boleh dapat otot macam gorila ni...
perhhh.... hensemnya aku nanti...."

"sapa pulak yang kacau port aku ni...
fuyooo ada cikaro laaaa.. cun!! "
jeng...jeng...jeng...

I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V


"kat sini pun boleh la, bikin kenangan terindah..."
"lu apa tengok-tengok, pandang sana la..."


 (beberapa kaki dibelakang)
oit mat, tunggu la..suruh aku pegang menda alah ni nk bt apa..
dapat cikaro terus lupa aku... 

tak tough pun ada cikaro nak...cancel la exercise, buat sakit badan je..
dating ngan aweks lagi syok.. darlingggg wait for me!!


p/s :- manusia & binatang dibezakan dengan akal fikiran, justeru itu gunakan lah akal yang waras untuk menentukan pilihan jalan hidup di dunia ini. 

"Dunia Hanya Pinjaman akan tetapi Akhirat Adalah Kekal Abadi"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...