Kat mana-mana pun ada si comel.... Lastweek masa bercuti kat Labuan & Kota Kinabalu untuk 5 hari sempat saya snap beberapa keping gambar meow yang saya jumpa...
jom tengok...
meow ni saya jumpa masa melawat Muzium Chimney kat Labuan... kuruskan dia nampak tulang-tulang, sian sangat masa ni dia mengiau-ngiau kelaparan, memohon sesuap makanan.. nampakkan mulut dia terbuka tu... masa saya usap kepala dia, dia terus baring kat kaki saya... cepat-cepat saya bangun tak sampai hati dengar bunyi dia.. mudah-mudahan dapat la dia bertahan..
si mata seksi ni saya jumpa kat Labuan jugak.. kat restaurant Anjung Ketam, Kg. Tanjung Aru... saya bagi dia makan isi ketam...
yang oren ni plak saya jumpa kat Pulau Manukan, Sabah... nyaring suara dia hensem plak tu... jantan dia ni, susah nk snap gambar dia sebab tak reti duduk diam... asyik beraksi pusing kiri pusing kanan je, sudahnya dapat la gambar belakang je..
ni pun si oren tu jugak...
yang ni pun jumpa kat Pulau Manukan... hampir sama dengan si oren tadi, yang ni betina tengah bunting... mungkin pasangan si oren agaknya... yang ni pemalu lebih... susah nk dapat gambar dia, last-last dapat gambar belakang je tak dapat gambar muka... yang ni pun comel sangat...
heran jugak, macam mana la kucing boleh sampai kat pulau tu, mesti ada orang bawa naik bot la agaknya... takkan beranang kot... ^___^
yang dua ekor tengah syok membuta ni plak saya jumpa kat pintu gerbang masuk Universiti Malaysia Sabah (UMS)... masa ni diorang tengah syok tido, tengok si tompok tiga warna tu siap tutup muka lagi, yang ni kanak-kanak lagi, yang warna hitam putih tu dh besar sikit... elok lepas saya snap gambar je terus diorang terjaga & terpinga-pinga.... cepat-cepat diorang lari pegi kat post guard... ehehehe
Saya Pencinta Kucing!!
0 Br!LL!anT !DeA:
Post a Comment