kenapa la aku penakut sangat, bukan takut tapi geli tapi takut pun ada jugak...heheheh
alahaiiii.... kerana kau lipas.. ><
malam tadi terperasan sekor lipas tengah wall climbing...baik punya port kat tepi grill umah, aku ada kat lua ~ macam mana nak masuk ni?? macam ni punya saiz confirm
boleh terbang..alamak..
mujur la hubby tak berapa nak geli ngan binatang yang merayap tu, kalau tak,
puas la nak bersilat...hubby halau je tak bunuh pun sebab bila jatuh ke lantai terus dia lari menyelamatkan diri. rasa tak puas hati jugak, kalau tak bunuh nanti dia datang lagi..
keesokkan harinya....
kan betul dia datang lagi... pagi-pagi lagi dah memanjat dinding bilik plak...laju je... hai kalau lepas masuk bilik ni lagi haru ><... terasa macam terancam je....eheheheh. harus ditamatkan riwayatnya tapi dia terselamat lagi...huhuhuh...
teringat masa pegi klinik gigi, masa kat dalam bilik rawatan, pembantu doktor tu tengah cari barang dalam almari, tiba-tiba dia melompat...rupa-rupanya ada seko lipas dalam tu... doktor gigi tu tanya kat pembantu dia....
doktor : kamu dengan lipas tu sapa lagi besar? yang kamu nak takut buat apa...
pembantu : sebab lipas tu lagi cantik dari saya, doktor...
doktor : <tersenyum>
aku hingga ke hari ni rasa geli ati bila ingat balik jawapan spontan pembantu doktor tu...... keh..keh...keh... gelak-gelak jugak tapi bulu roma tetap terpacak...
walaupun secomel ni |
atau ni |
wahai lipas...syuhhh...syuhhh... pegi la jauh-jauh dari umah ku... =p
0 Br!LL!anT !DeA:
Post a Comment